Thursday, April 2, 2015

Telur itik.. pasar secondhand..

Min haisu la yahtasib
(dari arah yang tak disangka-sangka)

Memang ini nak cerita pasal rezeki yang tak disangka-sangka la ni.

Baru-baru ni ada partner sembang bab cerita masak-masak sempat pi ziarah ke pasar secondhand. Kalau di sini biasa yang paling famous.. Souk Al-Juma atau nama lain Friday Market. Dibuka setiap Khamis malam Jumaat hinggalah ke hari Sabtu. Hari lain.. market ni tak bukak.

Hampir segala jenis barang-barang secondhand ada kat sini. Dari yang nak repair washing machine sampailah yang nak mencari spare part motor atau kereta. Cumanya.. pastikan kaki sanggup nak melangkah dari satu kedai ke satu kedai.

Luasnya kawasan Souk Al-Juma ni.. lagi besar dari Nilai 3. Itu jer la yang Ibu boleh kata.. sebab itu jer la yang terfikir dek otak ni. Rantau Panjang.. Pengkalan Kubor.. lama sangat dah tak jejak kaki.

Anyway.. back to our story.
Cik Kak kita ni pi la ronda-ronda kat sana.. nak menemankan Cik Abangnya yang nak mencari barang.. sekali tu.. dia jumpa pulak telur itik.

Teruslah Cik Kak ni roger-roger ke Ibu. At last.. 1 tray bertukar tangan. And hasil dari telur itik tu.. sempatlah Ibu menggulai.. sekali untuk rezeki jiran-jiran yang dok di area Hawally.

Presenting..
Gulai telur itik dengan mangga muda..

Satu tray dalam RM30.00 jugak la kiranya. Kalau di Malaysia.. mahal ke murah tu?

Anyway.. Ibu memang lama sangat dah tak sampai ke Souk Al-Juma ni.

1- Sebab anak-anak malas nak layan Ibu cuci mata.
2- Kawasan ni luas sangat.. budak cepat bosan.. cepat letih.
3- Anak-anak tak berapa suka sebab 'tak ada benda' untuk dia orang layan.
4- Nak beli apa sangat pun.. unless.. kalau Ibu nak cari yang kat bawah ni..


Cerita pasal karpet ni.. subhanallah.. dari yang untuk kesat kasut sampailah yang hat paling besar (untuk hall diwaniya) ada kat sini. Dari yang hat biasa-biasa sampailah yang ke karpet Parsi pun ada. Yang untuk dibuat sejadah kat masjid pun ada macam-macam. Siapkan saja Kuwait Dinar.. insya'Allah.. tunjuk saja mana-mana yang berkenan.

Cerita pasal harga pun.. rasanya jauh lebih murah dari yang di Malaysia. Ntah la.. Ibu ni tak ada pengalaman sangat sebab bukan selalu pun nak beli karpet (nak buat apa pulak kan) and selama dok sini baru sekali Omak sey bawak balik kampung (as buah tangan) and itu pun kena tahan masa di epot KLIA.

Btw.. rasanya dah hampir 2 tahun jugak Ibu tak ziarah Souk Al-Juma ni. Walhal bukan jauh sangat pun.

Anyway.. sementara Ibu tak ada stok gambar sendiri.. Ibu share dulu gambar-gambar yang Ibu jumpa kat rumah Cik Gugel.


Ini section barang-barang perak

Chandelier hat secondhand pun ada jual


Sofa diwaniya
(yang saiz kecik pun ada)


Segala jenis perhiasan rumah

Anak itik.. anak angsa.. ntah la
(tu yang jumpa telur itik tu kut)

Segala jenis barang antik

Segala suku-sakat barang perhiasan

Actually banyak sangat jenis barang-barang yang ada jual di sini. Tekstil, jubah, distasya, batu perhiasan untuk cincin, minyak wangi, kasut, perabot rumah.. as I said.. bersedia jer la untuk menapak dari satu kedai ke satu kedai.

Ada rezeki nak jugak pi sana.. if can before masuk musim panas la. Tak sanggup babe.. mandi peluh nanti..

Abis dah cerita.. nak masuk opis pulak..

Until later..

17 comments:

  1. Berkenan tang karpet dengan lampu tu Ibu Sham.. memang cantik2 tu... kalau luas memang berpeluh satu badan ye :)

    ReplyDelete
  2. tpt gini konfemlah anak2 x suka pegi
    kaum ibu, tak beli pun xpe asal dapat cuci mata

    ReplyDelete
  3. Samalah anak2 kat rumah kalau setakat pi supermarket beli barang dapur sanggup duduk kat rumah lagi nasib baik ada anak perempuan sorang itulah jadi peneman mama.

    ReplyDelete
  4. Nilai 3 pun acik x abis round sham..kot kat sini mau hari2 acik pusing sampai habis

    ReplyDelete
  5. saya rasa kalau saya pergi situ boleh gila sorang-sorang..haha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum k.sham.
    Lama tak komen.ehehe..trgoda tgk byknya barang2.. naik kelabu mata walaupun tgk dlm gambar je..huhu

    ReplyDelete
  7. Tak nak barang2 tu, tp gulai tolo tu mmg raso nak sonduk masuk dalam pinggan yo.

    ReplyDelete
  8. Kak, kek Juaseh ari tu, tolo itik ni, tujuh posen sebutir. Kok kek KL kenkadang mau sampai 80 sen sebutir kak.

    Sey bokonan lak dongan sofa diwaniya tu kak. Ado tompek lotak tangan kan...hehehehe

    ReplyDelete
  9. Nur Hayati,
    Sekarang ni pun dah mula panas.. solution.. masuk dalam mall je la.

    ReplyDelete
  10. Irfa & June,
    Tempat macam ni mmg anak2 lelaki bosan nak layan.. tapi kalau tempat 'dia orang'.. sehari suntuk pun takda komplen.

    ReplyDelete
  11. Acik,
    Sham kut poei Nilai 3.. abih banyak pun 2-3 kodai jo.. dapek barang.. balik..

    ReplyDelete
  12. Zaila,
    Dulu masa baru sampai sini.. macam tu la jugak K.Sham rasa. Tak beli pun takpa.. janji cuci mata..

    ReplyDelete
  13. Chot,
    Mmg macam2 ada. Tu yg takut nak pi sana selalu.. takut terjebak.

    ReplyDelete
  14. K.Rose,
    Kok dokek ni.. Sham antar dah mangkuk tingkat.. tapi ghaso tu.. biaso2 jo la.

    ReplyDelete
  15. Aziela,
    Umang aiii.. mahal gak tu kok dah 80sen sebijik. Akak ni tau ado jo.. selalu eh Omak yang poei boli.

    Sofa diwaniya tu memang ado hand rest.. tu yang best tu.. kut akak lentok sikit.. memang lolap la.

    ReplyDelete
  16. saya dah beberapa kali cuba masak gulai telur itik tapi berderai , alahai ... klu saya pergi pasar tu pun mau kempes poket . tgk gambar je pun dah sgt teruja . lampu , pinggan mangkuk ... geram !

    ReplyDelete