Tuesday, June 2, 2015

Jangan sombong..

Tertarik dengan isu pakaian salah seorang Pak Menteri kita di Malaysia nun. Tapi bukan itu yang Ibu nak kongsikan di sini. Read first.. maybe then you’ll understand.

Untuk pengetahuan semua.. kesahihan cerita tidak Ibu ketahui namun perkongsian sebenar dari cerita ini perlu kita fikirkan sejenak. Selamat membaca..

Nu’man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.

“Imam Hanafi berkata, “Hati-hati anak kecil dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kamu tergelincir.”

Anak kecil itu pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

“Bolehkah saya tahu namamu, tuan?”, tanya si anak kecil.

“Nu’man namaku.”, jawab imam Hanafi.

“Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A’dhom (Imam Agung) itu..?”, tanya si anak kecil.

“Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku.”

Kata anak kecil itu; “Wahai Imam, hati-hati lah dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan nanti tergelincir ke dalam neraka kerana gelaran itu”. “Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu tuan Imam mungkin dapat menjerumuskan mu ke dalam api neraka yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertai mu”.

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun terharu dan lalu menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan ini datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia hari ini tertipu kerana pangkat dan harta, tertipu kerana kedudukan serta kesombongan dengan ilmu yang ada kerana kelalaian. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan dan kemegahan sesama manusia.

Nota ;
1- Cerita ini Ibu copy paste dari komen salah seorang Hamba Allah di FB.

2- Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya:
“Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Adam.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)


4 comments:

  1. Perkongsian yg bermanfaat Ibu Sham..
    Terima kasih mengingatkan saya yg alpa ini :(

    ReplyDelete
  2. Nak kemanalah dibawanya kesombongannya tu kan.... anak dan bapak sama jer!

    ReplyDelete
  3. salam. hee keinsafan n peringatan utk diri sendiri juga ;p tq

    ReplyDelete