Wednesday, June 24, 2015

I just want to do myself justice..

Solat terawih di sini memang sangat ringkas. 8 terawih.. 3 witir. Tak ada berselawat ke atas Nabi yang biasa kita buat seperti di Malaysia. Cuma pada rakaat witir yang terakhir.. akan ada doa qunut dibacakan. And time ni.. walaupun tak faham sangat apa yang dibacakan.. tapi bila dengar imam jadi sebak.. kita pun sama jadi sebak. Silap-silap siap sampai berjurai air mata.

Malam tadi.. sempat join terawih di Masjid Daiya (masjid Ustaz Muhammad). Mungkin sebab kami sampai awal.. so mula-mula tu.. nampak macam lengang saja. Sekali.. bila selesai jer azan isyak.. penuh jugak la hall untuk an-nisa' tu.

Yang sebetulnya.. ramai yang memilih untuk berterawih di Masjid Kaber sahaja. Siap dengan iftar.. solat maghrib.. isyak and last sekali terawih. Khalass..

Tapi cuma diingatkan..
Kut nak join terawih di Masjid Kaber.. sebaiknya keluar la awal sedikit. Kut lewat.. kena join jemaah yang hok dalam khemah saja. Tapi yang dalam khemah pun.. aircorn sampai menggigil satu badan. Especially yang dok saf depan.

And biasanya 10 malam terakhir.. lagi haru. Jemaah melimpah-limpah.. semuanya dengan maksud nak kejar barakah 10 malam terakhir. Masya'Allah.. terharu sungguh..

Bulan Ramadhan ni.. kut nak extra jimat belanja.. pi jer la join iftar di masjid-masjid. Macam-macam boleh jumpa. Yang biasa.. nasik yang dah siap tapau dalam bekas tu la.. sekali dengan segala macam juadah. Tapi kalau nasib terlebih baik.. dapat jamu nasik talam ke.. nasik bukhari ke and macam-macam nasik lagi.

Kebiasaannya semua ni hasil dari sumbangan dan sedekah.. baik dari individu mahu pun syarikat-syarikat. Di Malaysia pun.. rasanya dah biasa macam ni kan kan..



Tamar yang siap bersarung..


Masya'Allah.. geram jer.. rasa macam nak petik rasa sebijik..

And earlier that evening..
Tayang-tayang juadah berbuka puasa dari dapur Ibu..

Ikan goreng..
Goreng bawang.. goreng cili.. tabur.. settle..

Goreng kacang botor dengan telur..

Gulai ayam dengan kentang..
 
Mi hailam..
(kut la ada yang takmo makan nasik)

Sahur.. nanti-nanti kita cerita la..

10 comments:

  1. cantik nye Masjid kat sana ye..lain sgt klu dgn M'sia bertaraweh..
    hihihi kurma dibungkus takut kna curik la tu ;p

    ReplyDelete
  2. Kacang botor tu yg tak menahan ibu sham..
    Ngaso nak buek lak utk iftar..
    Ado yo kacang botor kek negori Arab tu Ibu Sham :)

    ReplyDelete
  3. Sham acik pun suka.buat macam tu.goreng ikan..tabur je cili ngan bawang..kalau bulan puasa la..kalau tak puasa tu mesti nak berkuah atau sambal ikan tu

    ReplyDelete
  4. Salam Sham, terliur pulak tengok kacang botor tu... lama dah x makan nih!

    buek kerabu pun sodap!

    ReplyDelete
  5. Sojak poso ni sey bolun.laie dapek masak lomak tu kak. Orang rumah ni takbtahan makan podeh lak. Tp one of the days kono buek gak lah. Goram nengok lauk akak tu.

    ReplyDelete
  6. Dik,
    Tamar yg bersarong tu sebenarnya nak mengelakkan burong-burong.
    Rugi kalau dibiarkan rosak macam tu saja.

    ReplyDelete
  7. Nur Hayati,
    Sayo macam kacang botor tu selalu ehh import dari luar.
    Pok Sheikh tak pandai makan buek ulam.

    ReplyDelete
  8. Acik,
    Kut Sham lagi suko ado kuah ko.. ado sambal sikit ko..
    Tapi bulan poso ni.. kito tuka-tuka la sikit kan.

    ReplyDelete
  9. Kak Rose,
    Kacang botor buek kerabu memang sodap.
    Tapi anak-anak pulak slow.
    Tu yang kono gogheng podeh.

    ReplyDelete
  10. Aziela,
    Ghumah ni tiap aghi kono ado yang podeh.
    Tambah time sahur.. nak bagi naik selegho.

    ReplyDelete