Wednesday, June 24, 2015

Nasi goreng daging.. dari intai-intai akhirnya jadi realiti..

Makan berjadual..
Itulah hakikat yang perlu kita terima ketika bulan Ramadhan ni. Tanpa melengahkan waktu iftar dan begitu jugalah dengan waktu bersahur.

Well in my case kalau dulu boleh sahaja bersahur setakat dengan buah tamar and air zam-zam.. tapi la ni terpaksalah jugak makan. Tenaga babe..

And tambah pulak dengan Ibu ni yang jenis kena cukup 'gula' setiap masa.. semua ni langsung tidak membantu. So redho jer la bila tengok angka di mesin penimbang setiap hari semakin bertambah.

Dah jadi macam tu.. maka weight scale dengan sukses nyer asyik nak memberat ke sebelah kanan. Nak makan lebih kurang waktu sahur.. takut tak ada tenaga pulak nanti. Makan banyak.. perut pulak kurang beri kerjasama sebab yang hok iftar tadi pun tak hadam lagi.

So..
Adjust la ikut mana-mana yang lebih selesa.

Anak-anak..
Kita pun pernah jugak jadi budak-budak kan. Rasa macam semua nak makan. Semua nak cuba. Walhal dapat air segelas.. khalass..

Cerita kami..
Bujang Sulong tu memang peminat tegar segala jenis 'nasik goreng'. Tapi dengan syarat.. mesti pedas. Tak pedas.. slow la sikit.

So selepas dengan sukses nyer men-skodeng juadah iftar dan sahur di beberapa blog tersohor.. I have finally succeeded jumpa beberapa menu yang boleh dibuat pencetus selera di meja makan during this Ramadhan.

Antaranya..


Walaupun ada berlaku sedikit rombakan sana sini (adat la tu kan) tapi maksudnya masih sama. Nasik goreng daging selamat sudah jadi rezeki kami untuk sahur pagi tadi. Tang resepi.. boleh la directly jenguk-jenguk di blog Kak Rose.

Okey.. now its already 3pm Kuwait time. Boleh la mula intai-intai apa yang ada dalam fridge untuk dibuat jamuan iftar nanti.

Yang di Malaysia.. selamat berterawih.. tak mampu buat penuh.. 8 pun dah alhamdulillah. Tak mampu berjemaah.. kita pelan-pelan kayuh buat solo. Mudah-mudahan Ramadhan kita lebih meriah dengan segala kebaikan dan semoga beroleh barakah dari-Nya.

Assalamualaikum.

8 comments:

  1. Syukur...nampak sodap.tu.kak....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Aziela.
    Sepinggan ponoh.. lopeh la hajat Bujang soghang tu.

    ReplyDelete
  3. senang buat nasik goreng, semua taruh dalam kasi. lengkap lauk n sayur dah!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Kak Rose.
    Blog Kak Rose memang selalu jadi bahan rujuk masak-masak Sham.

    ReplyDelete
  5. Insya'Allah Zulhilmitempoyak,
    Kalau ada yang request.. boleh la diusahakan lagi.

    ReplyDelete
  6. Kalau dirumah acik ni pulak sham nasi goreng tu kalau bukan bulan puasa hari2 pun x pe buat sarapan..kalau bulan puasa je tak mau lansung..kot tak.senang kan buat sahor

    ReplyDelete
  7. Bulan poso ni Acik.. macam-macam peil semasing.
    Budak-budak Acik.. ikut an jo la.

    ReplyDelete