Saturday, August 22, 2015

Pasar Pinoy.. Kebayan??

Its Friday and its hot..
Extremely hot.. boleh kata di antara banyak-banyak Gulf countries.. Kuwait la yang paling panas. And macam tu jugak kalau musim sejuk. Kalau sejuk.. sejukkkkk la sangat. Tapi tak la sampai ke tahap bersalji. Tapi below '0' tu.. selalu la.

Ari cuti.. buat la apa yang patut kan.
Tempat dituju lepas solat.. pi antar anak-anak bergunting rambut. Tambah pulak tak lama lagi dah nak bukak sekolah.

Satu kepala 2.5KD..


Anak-anak bergunting rambut.. Ibu dok kat luar layan 'halo-halo' bagi tekak sejuk. Walaupun bukan sesedap ABC di Malaysia.. apa ada hal kan..


Kedai ni memang dah jadi kedai gunting rasmi budak-budak ni for a long longgggg time. Pernah gak try antar kedai lain.. unfortunately ada yang sampai tak pi sekolah sebab kepala dah macam kepala tutttttt..


Kedai Pinoy..
Khabarnya dah 16 tahun beroperasi.. sampaikan dah ada loyal customers. Anak-anak kami jer dah 8 tahun keluar masuk kedai ni.




One stop center..
Semua ada.. nak beli sayur.. pun ada kat sini. In short.. tak yah pi tempat lain. Cuma seikhlasnya.. kalau diberi pilihan memang kami kurang suka nak mai sini ari Jumaat. Ramai sangat manusia. Tapi dah terpaksa.. dayakan jugak la.

And.. kalau mai sini.. seboleh-bolehnya biarlah ada (at least) anak-anak yang meneman. Kat sini (bukan semua) sedia maklum ada saja Pok Sheikh yang rajin jalan-jalan dok cari second, third or even fourth wives. Ada jugak yang mencari yang teman ehem ehemmmm. Dah jadi macam tu.. semanisnya bawaklah bodyguard meneman sama.


Curik-curik snap gambar.. pemandangan biasa di sini. Walaupun dia orang ni tak sesensitif Minah Arab kat sini.. kita kena jaga jugak kan.

And later bila dah semua selesai.. agenda seterusnya.. dah tentulah carik makan pulak kan. And knowing ini kawasan Pinoy.. kita layan something different dari kebiasaan la. Asyik tomyammmm jer.. bosan jugak.

Tempat dituju..


Harga makanan di kedai ni.. even lepas convert ke RM.. kira munasabah la. Nak yang mahal.. banyak jer kedai lain. Tang rasa pulak.. not bad la jugak. Tapi yang buat kami masih tetap ziarah ke sini sebab anak-anak selesa dengan makanan yang ada di sini.

As I said.. ada jer Pok Sheikh melepak kat sini walaupun ini area Pinoy..

Antara yang jadi pilihan anak-anak..


Macam-macam ada.
Actually.. kat sini setakat singgang.. sup tulang.. kari.. pun ada. Tapi dah bukan pilihan anak-anak.. so order sajalah yang mana patut.

Ayam goreng.. dah tentu ada..

Daging  goreng kering..

Sizzling seafood..



And knowing that di kedai ni memang most of the food memang kering (tak berkuah).. so ada la disediakan 3 jenis sos. Kicap.. sambal.. and cili. And dah tentulah cili tu yang habis dulu.

Ada jer yang sudi nak senyum..

Perut dah berisi.. lokasi seterusnya.. actually agenda terakhir kami. Tak larat dah nak ngukur pasar Pinoy ni. Muka semua dah merah-merah. Penat.. lesu.. semua ada..


Kami terjah underground pulak. Cari apa-apa yang berkenan buat layan malam minggu. And since most of the film Cik Asben dah copy.. so cuma tinggal Si Cinonet jer la melayan Tom & Jerry.

Khalass..



14 comments:

  1. Replies
    1. Tuan kedai gunting rambut yang berpesan.. 'jangan jalan sorang-sorang'.. ditakuti nanti jadi fitnah.
      - urusan masing-masing la kan.

      Delete
  2. pinoy pun ada sampai ke sana mencari rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaaaa.
      Actually memang ramai dia orang kat sini.

      Delete
  3. Pinoy means Philippines yer kak? Ramai muslims jugak rupanya yer....

    Sambal cili tu podeh x kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela,
      Ya.. Pinoy tu Philippines.
      Memang ada yang Muslim.
      - cili tu tak podeh langsung.

      Delete
  4. pinoy mmg ramai kat middle east kan selain bangla?. heheh!! kat brunei pun majority set2 dia conquer market selain india…..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Memang sedap Ling.
      Cicah pulak dengan cili tu.. tak tengok dah lauk lain.

      Delete
  6. kak, pinoy tu apa?

    nm tmpt ke?

    sbb ada sttmnt ni:

    "As I said.. ada jer Pok Sheikh melepak kat sini walaupun ini area Pinoy."

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinoy tu.. kependekan dari Philippines.
      Pasar Pinoy ni famous dengan segala bangsa dari Philippines, Bangladesh, India dan Myanmar.
      Tapi yang Melayu memang boleh kira dengan jari sebab ramai yang dok area Selatan.. area minyak.

      - jarang orang Arab kaya-kaya tu nak jalan-jalan ke sini kecuali dengan maksud yang tertentu sahaja. Antaranya.. cari calon isteri.. extra.

      Delete
  7. saya suka semua quotes ni...

    “You can take a girl out of the "kampung" but you can't take the "kampung" out of the girl” ~By anonymous~


    ni bawah ni semua dh pnh baca... yg kampung girl tu 1st tyme baca... auwww awesome... hihihi,....

    “All you can change is yourself, but sometimes that changes everything!” ~Gary W. Goldstein~

    “Respect your efforts, respect yourself. Self-respect leads to self-discipline. When you have both firmly under your belt, that's real power” ~Clint Eastwood~

    “Love all, trust a few, do wrong to none” ~William Shakespeare~

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Sham memang suka kumpol quotes.
      - tak cukup space kut nak paste semua kat sini nanti.

      Delete