Tuesday, August 25, 2015

Ulam pegaga.. a little bit of heaven..

Nak buek camano.. dah kito oghang kampung.
Nak jugak sesekali makan makanan yang biasa jumpa.. biasa makan di kampung nun. And alhamdulillah.. ulam pegaga ni senang jugak la nak jumpa kat sini. Bakalah di bawah nun (tuan punya orang Bangladesh) memang berjual ulam pegaga ni.

Kalau ikut kebiasaan, dia orang akan buat kerabu. Boh kelapa parut.. perah asam limau.. adjust garam. Begitulah lebih kurang resepi yang pernah the wife shared. Senang.. tapi nak cuba.. ntah laa..


And last week..
Knowing that yang kami memang dah pesan.. kalau ada stok.. tolong ketepikan secekak dua untuk kami.. plus kebetulan pulak anak Bujang turun ke bakalah.. aiwahhhh.. pucuk dicita.. ulam pegaga yang kita dapat.


Nak makan.. sonang bona..
Nak dibuat partner dalam gulai boleh. Nak dibuat ulam.. apatah lagi. Tapi hari ni.. share sikit la ya. Tayang-tayang dari pinggan makan kita..

Sejemput nasik and segenggam ulam pegaga..

Ayam masak kari and telur dadar (podeh)..

Sambal belacan dilupa jangan..

In the mean time..
Kut ada yang belum tahu.. pegaga ni memang banyak khasiat. 

- Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.

- Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.

- Apabila disapukan pada kulit, sifat anti bakteria, anti kuman dan anti radang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.

- Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

- Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

- Pegaga juga dikatakan mampu ­meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.

- Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia ­memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.

- Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

- Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

- Lebih me­ngujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

- Sifat anti bakteria yang ada pada pegaga membuat­kan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.

- Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandu­ngan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya.

- Ia mampu me­nguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta me­ngelak masalah rambut yang lain.

- Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkat­kan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah ra.mbut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.

- Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang me­ngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.

Copy paste dari : sini.

Semoga bermenafaat.

8 comments:

  1. Sodap masak lomak cili api ikan kombung dgn pegago ni ibu sham weiii..
    Udah meleleh lak air liur nengok pinggan makan ibu sham tu ..
    Hidup subur pulak kek sanun yo ibu sham.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gulai ikan kombung.. lawan lak ngan ulam pegago.. memang tak soda nasik betambah..

      Delete
  2. Replies
    1. Tak pernah lagi buat kerabu pegaga.
      Kena cuba jugak ni.

      Delete
  3. akar pegaga saya blend buat jus . minum selepas dicampurkan madu dan erahan limau ... jgn buang , rugi . byk khasiatnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee,
      Itu lagi baik dari segala pil/jamu instant yang banyak jual kat market.

      Delete
  4. Lazaaat...

    Tp hilang arh khasiat mkn dgn cili pedas2... hihi...
    Eh... yer ke... memandai je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lagi asli.. makan dengan akar-akar pegaga tu skali.
      Itu yang paling baik.

      Delete