Wednesday, September 30, 2015

Watching and learning..

Habis modal dah nak cerita-ceriti pasal rewang makan-makan kami masa balik cuti tu ari.

Tak sempat nak explore macam-macam sebab kesuntukan masa plus ari raya kan.. kedai masih banyak yang tutup. Nasik dagang pun tak sempat nak makan. Takpa la.. dah takda rezeki..

So..
Kita rewind sikit la cerita pasal kenduri akiqah anak saudara dari adik bongsu Cik Asben. Gulai kambing pulak la kami lepas tu..

First time Ibu perasan pasal 'kebiasaan' orang di sana ni was during my wedding. Sampai ke malam babe. Bayangkan la.. sampai kul 11 malam masih ada orang datang ke rumah. Mak aiiii..

But later.. years goes by.. biasa la dah. Dah cara dia orang macam tu kan.

Then.. no doubt ada yang dah ambik khidmat catering.. tapi di rumah MIL masih kuat mengamalkan kerja gotong-royong. Maka sehari sebelum majlis tu.. ramai la yang datang berziarah.. tolong apa yang patut.

Me..
Kita buat la apa yang patut kan. Otherwise.. tugas yang biasa.. jaga bab hal ehwal makan minum orang yang datang tolong-tolong buat kerja tu la. And tahun ni.. Ibu ada tugas khas.. 'Mok Long.. tolong buat teh tarik and mi goreng lagi'. Waaaa.. sudah ada peminat babe.

Okey.. jom layan gambar..


Cik Putih and Cik Hitam yang bakal dikurbankan..

Ayah Chik melayan anak-anak sedara main pasir..


Kepala kambing yang dibakar untuk memudahkan proses membuang bulu-bulu nyer untuk diambil otak (nak boh dalam gulai kawah). Lepas bulu kambing tu dah abis terbakar.. dikikis.. dibelah kepala.. dikeluarkan otak.. dicuci.. dan dimasukkan ke dalam gulai kawah.

And untuk make sure otak tu tak berterabur.. ada yang guna kaedah.. memasukkan otak kambing tu dalam bekas bawang (yang macam net tu) then diikat. Anyways laa.. tak gamak la ambe nak makan otak kambing weiiii..

Kita bagi peluang Arif main pisau..

Tapi ni semua cerita petang sebelum hari kenduri tu la. Time ari kenduri tu.. macam biasa jer. Masak ramai-ramai.. then bila dah siap hidang and macam kenduri yang lain-lain tu jugak la.

Cuma the last part.. bab cuci periuk yang saiz gedabak tu. Since lauk masih banyak berbaki.. Ibu mintak izin dari MIL untuk tapau and agih-agih ke orang kampong. Nak bagi cepat abis sebenarnya.. senang pulak nak cuci periuk lepas tu.

So..

AJK tapau lauk..
Dah kita gatal mulut pi propose.. so kita kena la turun padang jugak kan..

Cuma tang part pengagihan tu.. kita gunalah kerahan tenaga anak-anak sedara yang ada tu. Cik Asben and BIL kena ada sama untuk monitor la. Karang ada pulak yang pi longgok 5-6 peket satu rumah.

Sikit sama sikit la kan..

Tapi sedikit manis.. kebetulan ari tu.. kebetulan pulak jatuh hari lahir yang ke-3 anak sedara yang sorang ni. And Mok Long dengan skima nak 'curik tulang'.. pi la cari birthday cake (yang ada api - bak kata Fatin la) di nunnnnn kat bandar.

Ni la baby baru tu..


Tok Ayah sedang baca doa untuk birthday girl..


And petang tu di samping meraikan majlis akiqah.. kami raikan jugak majlis hari lahir gegirl yang sorang tu.

And as axpected.. sampai ke lepas isyak.. masih ada yang berkunjung. Ye la kan.. tak semua pulak yang available masa belah siang kan. Orang dah nak datang ke kenduri kita pun dah kira syukur.. alhamdulillah.

Okey.. habis cerita.

Assakamualaikum.

Tuesday, September 29, 2015

Pulut Ikan Bakar and Meggi Ketam.. at Tok Bali..

Sedia maklum..
Memang kita orang akan selalu makan di luar. Errr.. over sangat la ayat tu.. tak kerap mana pun makan kat luar. Tapi bila adik ipar yang sorang ni balik.. memang biasa nyer kami pakat cerita pasal kedai makan yang tengah ‘femes’ jer la.

Nak jadi kisah..
Semua dah tak larat nak makan segala suku-sakat daging lagi. So mulalah dok berpakat nak pi makan sana ke.. sini ke..

Kali ni..
Kami pi try pulut ikan bakar pulak. Cuma bonus.. kat kedai tu pun ada offer jual meggi ketam (settle dah wishlist si Amsyar). Cerita banyak pun tak best.. jom layan tengok gambar. Kut la ada yang tengah mencari inspirasi.


Lokasi..
Area Tok Bali. Kalau dari Bachok.. kedai ni di sebelah kiri jalan. Sign board sedikit tersorok.. tapi apa ada hal.. rajin-rajin la bertanya ke orang keliling.





Yang jadi sebahagian dari rezeki kami..

1- Meggi ketam.
Ikhlas.. Ibu prefer lagi meggi ketam nipah. Rasanya lagi manis. And mungkin sebab ketam-ketam tu walaupun 3 ekor tapi sebab saiz kecik.. renyah sikit nak ngopek kulit. At last Ibu makan meggi jer.. ketam semua sedekah ke anak-anak.

2- Pulut ikan bakar.
Memang sedap tapi Ibu jamah sikit jer sebab nak tunggu meggi ketam nyer pasal.

3- Lokan.
Besar nyer.. mak aihhhh.. dapat 2-3 keping dah kenyang. Tapi rasa nyer kalau yang saiz kecik tu lagi sedap and manis. Yang hok besar ni.. liat sikit.

Skima Ibu senang jer..
Sedap kita makan banyak.. kurang sedap.. kita makan sikit. Rezeki Allah beri.. jangan kita nak sombong. Sekali Allah terus tarik.. melopong.. 1 sen pun tak guna.

Nak rekomen pun tak berani sebab bab taste ni.. very subjective kan. Tambah pulak tak jumpa lagi any review pasal kedai yang satu ni. Unlike roti titap kat Kopitiam Kita tu.. memang dah sedia maklum la kan..

Anyway..
Kut nak mencuba.. apa salah nyer kan..

Okey.. abis cerita dah.

Assalamualaikum.

Monday, September 28, 2015

Roti Titab at Kopitiam Kita, Kota Bharu..

Roti titab..
Itulah nama yang diberi. A combination of roti paun (roti tebal tu la) yang disapu dengan majerin.. then dibakar.. lepas tu diletak telur separuh masak di tengah nyer and last sekali ditambah dengan seri kaya di setiap bucu roti.

Cerita kami..
Datang masa hari cuti.. apa lagi.. sejam setengah jugak kami terpaksa beratur before dapat sampai ke kaunter nak order makanan. And alhamdulillah.. memang rezeki kami. Walau memang pada asalnya pekerja di kedai tu dah buat announcement 'roti habis'.. tapi ntah dari ceruk mana dia orang dok pi korek.. dapat jugak kami merasa 3 sets.

Comment..
Memang tak sia-sia kami beratur selama 1.5 hours tu. And walaupun khabarnya roti titab dah naik harga ke RM5.00 sekeping.. rasanya.. walaupun agak mahal.. berbaloi la jugak.

Dapat yang kerak roti jer pun..

Serik ?!
Kalau dah terdesak sampai tahap meleleh air liur kempunan nak makan roti titab.. mungkin diusahakan jugaklah. Otherwise.. banyak yang lain lagi boleh dimakan. Reason.. sakit tumit kaki sebab kena beratur lama sangat. Dah tua kan.. tapi kut time tu.. line clear.. mau jugak rasa repeat 2-3 sets..

Ikhlas nih.. I'm really loving it..

Sebenarnya.. kemaruk nak makan roti titab ni asal cerita dari group wassup dengan adik-adik students Kuwait U la ni. Then dah tentu la kita ni time tu jauh nun kat negara Pasir Berdengung kan.. tu yang dayakan jugak buat sendiri. Ada dulu sekali Ibu post cerita tu.. and kut nak baca.. boleh la try skodeng kat sini. Tapi memang tak sama la dengan yang Ibu buat sendiri compared to yang kami makan kat kedai tu. Jauhhhhhh sangat beza. Sedap yang hok di kedai tu lagi.


Kut ada yang rasa nak pi cuba.. boleh jer tanya Cik Gugel untuk lokasi. Sign board pun dok pacak sikit nyer gedabak.. I'm sure you won't miss it.

Pada yang rajin nak 'jalan-jalan cari makan'.. selamat mencuba.. tak sedap di tekak sendiri.. rezeki masing-masing la kan.

Assalamualaikum.


Sunday, September 27, 2015

Cerita raya korban kami..

Bila balik kampong..
Sure banyak benda yang boleh jadi bahan untuk Ibu share bercerita di sini. Tapi apakan daya.. kadar tenet yang tenat.. membatasi segala angan-angan thus terpaksalah berkarya dalam otak sahaja dulu.

Tapi ada jugak.. not just once but selalu sangat terfikir.. ada ke orang yang sudi membaca bebelan Ibu ni.. tapi apa ada hal.. tak ada orang nak layan.. kita layan syok sendiri jer la.

Raya korban 2015..
Ikut turn.. patut tahun ni kami raya ni N9 dulu. Tapi kebetulan Cik Asben ada buat korban tahun ni and selalunya kami asyik 'mewakilkan' pada keluaga di sini.. lalu Ibu mintak izin my Omak untuk beraya di sini dulu. Bagi can la Cik Asben melapah and merasa daging korban.. as well as satu learning experience for my boys too.

Masa di Kuwait dulu ada jugak buat korban.. tapi.. ntah la.. the feeling is just not the same..

Cerita bab 'turn balik raya' ni.. kut nak kira.. kita kena follow la apa keputusan suami kita kan.. tapi selalu Ibu kata ke Cik Asben.. both of us ada keluarga.. so kita sama-sama tolerate la.

Begitu jugak to my Omak.. knowing that Ibu memang jadi anchor setiap kali balik raya.. Ibu 'pasak-kan' jugak.. 'along kena be fair to my husband's family too'. Alhamdulillah.. lelama 2 belah pihak dapat terima keputusan kami.

Sapa tak sedih weiiiii.. sure kita lebih selesa beraya dengan family sendiri kan.. tapi demi long term relationship.. one must be firmed.. jangan cepat melatah sebab the impact.. kena ke diri sendiri jugak nanti kan.

Errrrr.. jauh la pulak melencong.

Baju dari previous years.. apa nak kira.. janji bersih..

Okey.. pagi raya.. lepas siap-siapkan my boys untuk solat hari raya.. Ibu paksa masing-masing ambik gambar raya dulu. Sebab kebiasaannya lepas solat.. semua dah macam-macam rupa. Dengan kain samping dah herot.. songkok dah bukak thus nasib tak baik.. kita sendiri dah sibuk yang macam-macam. 

Lepas balik dari solat and makan-makan.. kami terus ke tempat penyembelihan. Biasa kalau di kampong Cik Asben ni.. kut tak di masjid.. di kawasan lapang belakang rumah tuan pada yang punya lembu atau kambing.

 The 'akad'..

Mana yang lebih menyerlah.. my Cik Asben with his dad or the photo-bomb?!


Budak Cinonet one to one with the Cik Lembu..

Proses menumbangkan..

Then bila dah complete dengan urusan 'akad' kita proceed dengan penyembelihan, melapah and akhir sekali pengagihan. And seperti yang diramalkan.. memang macam-macam la anak-anak ni bertanya. And me.. memang jadi bahan la pagi tu sebab datang siap bawak kamera bagai.

Selamat sudah..

Dalam semak pun sempat jer posing..

Apa ada hal.. kita explain jer la baik-baik. And yang Ibu tengok.. lepas Ibu mula bereksperimen tu.. ramai pulak yang keluar gadget masing-masing posing dengan lembu and bahagian korban masing-masing. Itu sendiri punya hal la kan.

Cik Asben dengan golok baru.. result.. errrrr..



Kerja gotong-rotong.. memang riuh dengan gelak jer la pagi tu..

Selepas lebih kurang 1.30 jam.. semua setel.. and kami pun balik dengan 2 besen penuh daging korban. Memang hari tu sakan kami beraya dengan sup gear-box.. daging goreng kunyit and nasik dagang air tangan my MIL.

Errrr.. Ibu masak mee kari jer pagi tu. Tapi memang kembang semangkuk la sebab ramai yang puji.. sedap..

Selamat dah jadi rezeki sup gear-box kami.. alhamdulillah..

And petang tu kami mula bersiap-siap dengan agenda for the next day.. Kita sambung nanti-nanti la ya..

Assalamualaikum..

Friday, September 25, 2015

The In Laws..

Assalamualaikum..

Kita nak cerita sikit la. Cerita-ceriti pasal pengalaman dengan mak mertua and ipar and biras.

Me, the only menantu orang luar dari Kelantan. Sad but true.. memang banyak dugaan yang Ibu kena hadapi untuk ‘membeli jiwa’ mak mertua. Bukan sikit hari tapi rasanya separuh dari tempoh perkahwian Ibu.

Makan hati.. itu kerap.. menangis pun ada. Especially during Ibu sambung study (kelas malam) semata-mata untuk memperbaiki taraf financial kami. Dengan anak sorang, husband pulak ambik kelas hujung minggu.. kerap saja Amsyar terpaksa ditumpangkan di rumah my Omak. Ada masa kalau clash dengan jadual exam.. etc.. terpaksa pulak Omak bawak Amsyar ke pejabat. Tak cukup dengan itu.. demi untuk menampung yuran study, Ibu dayakan bekerja shift hours.. so dapatlah extra RM260 sebulan. Semuanya demi untuk memperbaiki taraf hidup kami.

Then bila dah grad pulak.. tak sempat lagi nak merasa tangga gaji baru.. Cik Asben bagi offer ikut dia sama ke oversea. Tapi Ibu cuma sempat bertahan for one year, then Ibu nekad tinggal di Malaysia dengan the boys. Only for the pass 9 years Ibu ambik keputusan untuk mengikut Cik Asben bekerja di luar Malaysia semula.. itu pun dengan sebab anak-anak dah mula membesar dan masing-masing lebih selesa dengan AYAH.

Still.. cerita Ibu dengan mertua masih tak selesai.

Hati mana yang tak sedih kalau setiap perbuatan kita ada sahaja silapnya. Tambah dengan Ibu yang lebih betah berseluar panjang and tee.. sudah tentu cepat ‘jadi bahan’ untuk mertua jeling-jeling sinis.

Tapi Ibu nekad.. katalah apa sahaja.. that’s the real me.

Ibu buat macam biasa.. setiap kali balik ke kampong.. Ibu buat sahaja macam rumah sendiri. Capai penyapu.. sapu mana yang patut. Cuci toilet.. kut ada kederat extra.. Ibu pusing cuci semua toilet dalam rumah. Knowing that MIL suka layan pokok bunga.. petang-petang Ibu turun pi sapu daun kering keliling rumah. Time masak.. tho Ibu tak pandai nak masak masakan orang Kelantan.. Ibu selamber bodoh masak ikut cara orang Negeri Sembilan.

Ikhlas.. ada masa.. kita pun penat jugak tambah dengan travel hours yang lama. Tapi dengan niat nak membeli jiwa.. Ibu dayakan jugak. Time tu.. ikhlas.. tak ikhlas.. cerita nombor dua. As long as MIL tak senyum kambing dah kira sangat syukur.

Cuma sedikit pengalaman.. pernah Ibu kena perli dengan adik ipar konon orang Kelantan tak makan mihun goreng atau nasik goreng pedas during sarapan.. which at the end Ibu nangis belakang pintu. Time tu memang la sedih sangat.. tambah pulak tengah mengandung.. lagi la sedih. Well.. dah jadi macam tu Ibu call ke Cik Asben mengadu.. at that time he was in Kazakhstan. Dengan siapa lagi kita nak mengadu kan. Yang kelakar tu.. dalam kena perli pun.. semua yang Ibu masak.. habis jugak. Ntah lapar.. ntah sedap.. ntah laa. Sampai Ibu sendiri tak sempat nak menjamah.

Ikhlas Ibu katakan pada MIL.. Sham tak pandai nak masak cara Ma.. Sham tau cuma setakat daging goreng kunyit jer. Buat apa kita nak drama-drama kan. Tapi dalam masa yang sama Ibu try la jugak masak singgang, sup tulang and few dishes yang most of it Ibu dah alter yang macam-macam.

Tak cukup dengan tu.. Ibu paksa Cik Asben call MIL at least seminggu sekali. Kita dah la jauh.. dia orang tu.. walau setakat tanya ‘tadi makan apa?’ pun dah cukup bagus. Then Ibu mintak sikit budget untuk MIL. Kita pun tau.. pencen dia orang lagi besar banding dengan duit jajan yang kita bagi.. tapi Ibu yakin.. ikhlas lillahi’taala.. dia orang cukup besar hati bila kita selalu ingat kat dia orang.

Tambah sikit lagi..
Dengan orang kampong and sedara-mara.. Ibu cuba seikhlas mungkin banyakkan senyum. Kalau ada kenduri-kendara.. Ibu cuba buat-buat sibuk or at least potong bawang. Then time hari raya.. Ibu paksa heret Cik Asben pi ziarah rumah sedara-mara dia. In short.. memang Ibu buat exactly macam mana yang Ibu biasa buat dengan my Omak and sedara-mara belah sana.

And ini semua Ibu buat setiap kali ada peluang balik ke rumah mertua.

Well.. segala makan hati dalam tempoh ‘belajar’ tu.. berbaloi jugak.

Hari ini.. Ibu dah boleh senyum dengan orang kampong.. tho sampai ke ari ni tak semua Ibu ingat nama masing-masing. And khabarnya.. kalau time raya ada saja yang bertanya.. Sham tak balik raya ke tahun ni? Bukan dia orang sebut nama my husband but instead.. my name.

MIL pun dah macam selesa bawak ME kalau ada kenduri-kendara. Albeit ada jugak and most of the time Ibu tak faham apa yang dia orang cerita (ini kes bila jumpa OTAI).. apa ada hal. Korang sembang la.. dah tentu la kita tak sepatutnya ‘menyampuk’ sama.

Now.. in term of masak-masak.. Ibu dah boleh suka-suki buat my own decision. Rajin.. kita masak. Malas.. kita tapau untuk MIL and FIL then me pi layan makan-makan kat luar. Alasan Ibu.. balik setahun sekali dah for sure Ibu nak ronda-ronda ke Pasar Siti Khatijah.. makan satey ikan.. sotong kering.. sup gear-box.. etc. And alhamdulillah.. both of them faham.

Ada masa and selalunya.. bila Ibu mula masuk dapur.. MIL akan siap kata.. Ma dah beli itu ini.. nanti Sham masaklah apa-apa yang patut. Time tu.. sejukkkkk jer kita dengar.

Ada masa pulak.. adik ipar baik yang lelaki or yang perempuan.. akan sipi-sipi sound ke Cik Asben request Ibu masak itu or ini. Insya’Allah.. kalau cukup bahan dalam fridge.. boleh jer.

And sehari sebelum raya haji baru-baru ni ada request for siakap masak 3 rasa. Alhamdulillah.. 2 ekor siakap dah selamat jadi darah daging.

The moral of the story..
Ini ikut pengalaman Ibu la. Bila kita berkahwin ni.. kita bukan setakat berkahwin dengan suami kita but dengan ‘keluarga’ dia sekali. Bi’makna.. nasib baik dapat mertua yang sporting. Like me.. macam cerita yang kat atas tu la.

But Ibu yakin.. semua ni hanya dengan satu sebab.. dia orang tu nak anak-anak dia orang or cucu-cucu dia orang been taken care with the best care we could give. Kalau boleh macam mana dia orang bela anak dia orang.. if can macam tu jugaklah kita jaga suami and anak-anak kita.

Bukan nak tunjuk bagus tapi hari ni Ibu boleh kata.. segala usaha ‘beli jiwa’ yang dolu-dolu tu dah membuahkan hasil. And jangan lupa selalu mintak dengan DIA so that segala usaha kita.. dia orang terima. Mintak dilembutkan hati.. supaya dapat terima kita.. seadanya.

Dulu.. Ibu ni keras kepala jugak.. rasa kita jer yang betul. Tapi bila dah ada anak sendiri.. kita mula berfikir dengan cara macam tu jugak.

Ibu mula la terfikir.. lebih serious.. Ibu siap pesan ke budak-budak ni.. nanti nak kawin.. cari wife yang boleh buat itu ini.. there.. tak ke macam MIL layan Ibu jugak.

In short Ibu nak pesan.. time balik kampong mertua tu.. jangan la nak buat peil MALAS macam ko ada 10 orang bibik yang boleh layan setiap kehendak ko. Janganlah anak ko nak merangkak pun ko dok pi tunggu macam la anak tu boleh terus berdiri and berlari.
(ini contoh sahaja..)

Time macam ni.. berpakatlah dengan suami.. saya pi tolong ma.. mama.. ummi.. mummy (whatever la kan) awak tolong jaga anak kejap. Tapi kalau memang MIL ko ada bibik yang memang boleh buat semua benda.. kira syukur.. alhamdulillah la.

** sedikit peringatan..
Ibu bercerita ni base on my 'own' experience. Rezeki masing-masing la kan. Kalau ada yang terasa.. Ibu mintak maaf.. ikhlas lillahi’taala.. Ibu takda niat nak sakitkan hati siapa-siapa pun. Cuma sekadar berkongsi sedikit pengalaman hidup.

Last but not least.. Ibu nak share gambar siakap masak 3 rasa yang Ibu masak last few days.


P/s;
Jaga hati.. jaga diri..

Khalass..

Wednesday, September 23, 2015

Rewind and fast forward..

Mata sebenarnya masih at zombie land lagi ni. Pantang lepa.. atas kerusi pun jadik jer. Anak-anak pun macam tu jugak.. asal masuk kereta jer.. terus hanyut. Harap-harap by raya ni suma okey la. Kut tak rugi gak ari raya asyik dok layan mata jer kan.

Nak jadi kisah..
Flight kami delay sejam di Kuwait dan delay lagi masa di Dubai. Lama dah sebenarnya tak transit di Dubai ni. Asyik stop-over kat Sri Lanka, Qatar or dulu kami suka transit kat Bahrain jer.. otherwise direct flight via Kuwait Airways la. Tapi kaki pulak tak tahan.. 8 jam dalam flight.. aduhaiiii..

Anyway..
Kami tetap sampai ke Malaysia awal dari jangkaan.. alhamdulillah. Cuaca pun baik walaupun jerebu.. redha jer la kan. Alahhhh.. sana pun selalu kena sand-storm.. rasa macam sepusat-sepusing jer tu.

But since kami ada agenda menanti.. pagi Jumaat terus gerak ke Terengganu. Tak sempat nak relax lelama.. baju pun tak abis unpack lagi.

Sampai di Terengganu..
Tak sah kalau tak pi layan tekak tepi pantai. And mujur ada yang menyambut hence kedai makan tepi pantai kat Paka jadi tempat rehat pertama kami.

Lapor diri dengan Abang Kawasan dulu..

Again..
Memang rezeki kami. Tanpa perlu booking online.. ada homestay yang selesa dengan budget yang sangat berpatutan. 5 bilik 2 bilik air.. kemudahan semua complete.. sewa cuma RM150 sehari semalam. Tapi penakut nyer pasal.. at last semua berlonggok tidur dalam bilik kami. Anak jantan la sangatttt..

Unfortunately.. nasik dagang tak sempat nak survey sebab kami terpaksa berada di homestay pengantin lelaki by 9.00am. Tak ada hal la tu..

Ibu share sikitlah gambar masa wedding Ustaz Romizi tu ari. Tapi via photo-grid jer la ya. Beratus tak siap nak edit lagi ni..


Alhamdulillah.. tugas kami tak ada banyak masalah tu ari.. walaupun both of us.. me and my husband basah lencun dek peluh.. tapi kami happy. Tambah lagi happy sebab dapat sama-sama meraikan hari bersejarah sahabat kami yang sorang ni.

Everything in my plate.. meriah kan..

Amsyar selaku tukang carry beg segala reta gadget kami..

Budak Cinonet baru jumpa pokok kelapa..

Atas permintaan pihak pengantin..
~ buat kenang-kenangan ~

Selesai majlis..
Perjalanan kami diteruskan ke Bachok.. kampong Cik Asben. Dalam perjalanan balik tu.. sempatlah jugak kami layan keropok lekor (memang dicari pun). Mana sah kalau tak makan keropok lekor di Terengganu kan.

Seperti biasa.. bila dah lega-lega sikit tu..


Kedai nasi ulam wajib ziarah bagi kami. Rasanya tak banyak beza dari harga from last year and makan-makan kali ni. Boleh pangkah dari wishlist makan-makan la lepas ni..

Kalau ada yang bertanya apa istimewanya makan-makan di sini.. jawab kami..
- ada ayam kampong goreng
- ada budu and tempoyak
- ada segala jenis ulam

Cukup simple tapi pada kami.. heaven on earth babe.. tekak kampong la katakan..

Okey.. cukup dulu untuk kali ni.. thus di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Eid Adha Al-Mubarak.

Pada yang melaksanakan tanggungjawab qurban pada tahun ini.. semuga Allah menerima amalan tersebut thus sama-samalah kita mengambil iktibar dari amalan yang dilakukan itu.

Assalamualaikum.

Tuesday, September 22, 2015

The Walk - Memory Lane Payang, Chinatown, Terengganu

Alhamdulillah..
Kami dah selamat cecah kaki ke bumi bertuah ni. And untuk fast forward.. since kami ada urusan di Terengganu, agenda pertama dalam list Ibu.. Chinatown, Payang Memory Lane.

Ikhlas..
Memang mudah bila tengok orang dok cerita and post macam-macam. Tapi tak semudah tu pulak pada kami. Mujur Ibu ni jenis mulut ringan nak menyapa orang. Apa ada hal.. dari sesat entah yang ke mana.

Cuma sedikit terkilan..
Ada jugak the locals yang tak tahu tengtang kewujudan Memory Lane Payang ni.

Cakap banyak pun tak guna. Hence, Ibu kongsi sedikit gambar dari our walk (only me and Amsyar) melalui celah-celah lorong yang penuh warna-warni di situ.














Bunga kemboja warna merah
Petik sekuntum selit di telinga
Cik Abang janganlah marah
Sayang ku hanya pada mu sahaja

Model F.O.C tapi Ibu kena masakkan mee goreng mamak.. aci jer..

Okey.. abis dah..

P/s;
Nanti-nanti kita sambung ya..