Wednesday, September 23, 2015

Rewind and fast forward..

Mata sebenarnya masih at zombie land lagi ni. Pantang lepa.. atas kerusi pun jadik jer. Anak-anak pun macam tu jugak.. asal masuk kereta jer.. terus hanyut. Harap-harap by raya ni suma okey la. Kut tak rugi gak ari raya asyik dok layan mata jer kan.

Nak jadi kisah..
Flight kami delay sejam di Kuwait dan delay lagi masa di Dubai. Lama dah sebenarnya tak transit di Dubai ni. Asyik stop-over kat Sri Lanka, Qatar or dulu kami suka transit kat Bahrain jer.. otherwise direct flight via Kuwait Airways la. Tapi kaki pulak tak tahan.. 8 jam dalam flight.. aduhaiiii..

Anyway..
Kami tetap sampai ke Malaysia awal dari jangkaan.. alhamdulillah. Cuaca pun baik walaupun jerebu.. redha jer la kan. Alahhhh.. sana pun selalu kena sand-storm.. rasa macam sepusat-sepusing jer tu.

But since kami ada agenda menanti.. pagi Jumaat terus gerak ke Terengganu. Tak sempat nak relax lelama.. baju pun tak abis unpack lagi.

Sampai di Terengganu..
Tak sah kalau tak pi layan tekak tepi pantai. And mujur ada yang menyambut hence kedai makan tepi pantai kat Paka jadi tempat rehat pertama kami.

Lapor diri dengan Abang Kawasan dulu..

Again..
Memang rezeki kami. Tanpa perlu booking online.. ada homestay yang selesa dengan budget yang sangat berpatutan. 5 bilik 2 bilik air.. kemudahan semua complete.. sewa cuma RM150 sehari semalam. Tapi penakut nyer pasal.. at last semua berlonggok tidur dalam bilik kami. Anak jantan la sangatttt..

Unfortunately.. nasik dagang tak sempat nak survey sebab kami terpaksa berada di homestay pengantin lelaki by 9.00am. Tak ada hal la tu..

Ibu share sikitlah gambar masa wedding Ustaz Romizi tu ari. Tapi via photo-grid jer la ya. Beratus tak siap nak edit lagi ni..


Alhamdulillah.. tugas kami tak ada banyak masalah tu ari.. walaupun both of us.. me and my husband basah lencun dek peluh.. tapi kami happy. Tambah lagi happy sebab dapat sama-sama meraikan hari bersejarah sahabat kami yang sorang ni.

Everything in my plate.. meriah kan..

Amsyar selaku tukang carry beg segala reta gadget kami..

Budak Cinonet baru jumpa pokok kelapa..

Atas permintaan pihak pengantin..
~ buat kenang-kenangan ~

Selesai majlis..
Perjalanan kami diteruskan ke Bachok.. kampong Cik Asben. Dalam perjalanan balik tu.. sempatlah jugak kami layan keropok lekor (memang dicari pun). Mana sah kalau tak makan keropok lekor di Terengganu kan.

Seperti biasa.. bila dah lega-lega sikit tu..


Kedai nasi ulam wajib ziarah bagi kami. Rasanya tak banyak beza dari harga from last year and makan-makan kali ni. Boleh pangkah dari wishlist makan-makan la lepas ni..

Kalau ada yang bertanya apa istimewanya makan-makan di sini.. jawab kami..
- ada ayam kampong goreng
- ada budu and tempoyak
- ada segala jenis ulam

Cukup simple tapi pada kami.. heaven on earth babe.. tekak kampong la katakan..

Okey.. cukup dulu untuk kali ni.. thus di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Eid Adha Al-Mubarak.

Pada yang melaksanakan tanggungjawab qurban pada tahun ini.. semuga Allah menerima amalan tersebut thus sama-samalah kita mengambil iktibar dari amalan yang dilakukan itu.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Selamat kembali ke malaysia...
    Harap sentiasa update..

    #Silentreader

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih Aziekz.
      Kalau ada cerita.. & internet pun sporting.. kita share kat sini.

      Delete