Friday, September 25, 2015

The In Laws..

Assalamualaikum..

Kita nak cerita sikit la. Cerita-ceriti pasal pengalaman dengan mak mertua and ipar and biras.

Me, the only menantu orang luar dari Kelantan. Sad but true.. memang banyak dugaan yang Ibu kena hadapi untuk ‘membeli jiwa’ mak mertua. Bukan sikit hari tapi rasanya separuh dari tempoh perkahwian Ibu.

Makan hati.. itu kerap.. menangis pun ada. Especially during Ibu sambung study (kelas malam) semata-mata untuk memperbaiki taraf financial kami. Dengan anak sorang, husband pulak ambik kelas hujung minggu.. kerap saja Amsyar terpaksa ditumpangkan di rumah my Omak. Ada masa kalau clash dengan jadual exam.. etc.. terpaksa pulak Omak bawak Amsyar ke pejabat. Tak cukup dengan itu.. demi untuk menampung yuran study, Ibu dayakan bekerja shift hours.. so dapatlah extra RM260 sebulan. Semuanya demi untuk memperbaiki taraf hidup kami.

Then bila dah grad pulak.. tak sempat lagi nak merasa tangga gaji baru.. Cik Asben bagi offer ikut dia sama ke oversea. Tapi Ibu cuma sempat bertahan for one year, then Ibu nekad tinggal di Malaysia dengan the boys. Only for the pass 9 years Ibu ambik keputusan untuk mengikut Cik Asben bekerja di luar Malaysia semula.. itu pun dengan sebab anak-anak dah mula membesar dan masing-masing lebih selesa dengan AYAH.

Still.. cerita Ibu dengan mertua masih tak selesai.

Hati mana yang tak sedih kalau setiap perbuatan kita ada sahaja silapnya. Tambah dengan Ibu yang lebih betah berseluar panjang and tee.. sudah tentu cepat ‘jadi bahan’ untuk mertua jeling-jeling sinis.

Tapi Ibu nekad.. katalah apa sahaja.. that’s the real me.

Ibu buat macam biasa.. setiap kali balik ke kampong.. Ibu buat sahaja macam rumah sendiri. Capai penyapu.. sapu mana yang patut. Cuci toilet.. kut ada kederat extra.. Ibu pusing cuci semua toilet dalam rumah. Knowing that MIL suka layan pokok bunga.. petang-petang Ibu turun pi sapu daun kering keliling rumah. Time masak.. tho Ibu tak pandai nak masak masakan orang Kelantan.. Ibu selamber bodoh masak ikut cara orang Negeri Sembilan.

Ikhlas.. ada masa.. kita pun penat jugak tambah dengan travel hours yang lama. Tapi dengan niat nak membeli jiwa.. Ibu dayakan jugak. Time tu.. ikhlas.. tak ikhlas.. cerita nombor dua. As long as MIL tak senyum kambing dah kira sangat syukur.

Cuma sedikit pengalaman.. pernah Ibu kena perli dengan adik ipar konon orang Kelantan tak makan mihun goreng atau nasik goreng pedas during sarapan.. which at the end Ibu nangis belakang pintu. Time tu memang la sedih sangat.. tambah pulak tengah mengandung.. lagi la sedih. Well.. dah jadi macam tu Ibu call ke Cik Asben mengadu.. at that time he was in Kazakhstan. Dengan siapa lagi kita nak mengadu kan. Yang kelakar tu.. dalam kena perli pun.. semua yang Ibu masak.. habis jugak. Ntah lapar.. ntah sedap.. ntah laa. Sampai Ibu sendiri tak sempat nak menjamah.

Ikhlas Ibu katakan pada MIL.. Sham tak pandai nak masak cara Ma.. Sham tau cuma setakat daging goreng kunyit jer. Buat apa kita nak drama-drama kan. Tapi dalam masa yang sama Ibu try la jugak masak singgang, sup tulang and few dishes yang most of it Ibu dah alter yang macam-macam.

Tak cukup dengan tu.. Ibu paksa Cik Asben call MIL at least seminggu sekali. Kita dah la jauh.. dia orang tu.. walau setakat tanya ‘tadi makan apa?’ pun dah cukup bagus. Then Ibu mintak sikit budget untuk MIL. Kita pun tau.. pencen dia orang lagi besar banding dengan duit jajan yang kita bagi.. tapi Ibu yakin.. ikhlas lillahi’taala.. dia orang cukup besar hati bila kita selalu ingat kat dia orang.

Tambah sikit lagi..
Dengan orang kampong and sedara-mara.. Ibu cuba seikhlas mungkin banyakkan senyum. Kalau ada kenduri-kendara.. Ibu cuba buat-buat sibuk or at least potong bawang. Then time hari raya.. Ibu paksa heret Cik Asben pi ziarah rumah sedara-mara dia. In short.. memang Ibu buat exactly macam mana yang Ibu biasa buat dengan my Omak and sedara-mara belah sana.

And ini semua Ibu buat setiap kali ada peluang balik ke rumah mertua.

Well.. segala makan hati dalam tempoh ‘belajar’ tu.. berbaloi jugak.

Hari ini.. Ibu dah boleh senyum dengan orang kampong.. tho sampai ke ari ni tak semua Ibu ingat nama masing-masing. And khabarnya.. kalau time raya ada saja yang bertanya.. Sham tak balik raya ke tahun ni? Bukan dia orang sebut nama my husband but instead.. my name.

MIL pun dah macam selesa bawak ME kalau ada kenduri-kendara. Albeit ada jugak and most of the time Ibu tak faham apa yang dia orang cerita (ini kes bila jumpa OTAI).. apa ada hal. Korang sembang la.. dah tentu la kita tak sepatutnya ‘menyampuk’ sama.

Now.. in term of masak-masak.. Ibu dah boleh suka-suki buat my own decision. Rajin.. kita masak. Malas.. kita tapau untuk MIL and FIL then me pi layan makan-makan kat luar. Alasan Ibu.. balik setahun sekali dah for sure Ibu nak ronda-ronda ke Pasar Siti Khatijah.. makan satey ikan.. sotong kering.. sup gear-box.. etc. And alhamdulillah.. both of them faham.

Ada masa and selalunya.. bila Ibu mula masuk dapur.. MIL akan siap kata.. Ma dah beli itu ini.. nanti Sham masaklah apa-apa yang patut. Time tu.. sejukkkkk jer kita dengar.

Ada masa pulak.. adik ipar baik yang lelaki or yang perempuan.. akan sipi-sipi sound ke Cik Asben request Ibu masak itu or ini. Insya’Allah.. kalau cukup bahan dalam fridge.. boleh jer.

And sehari sebelum raya haji baru-baru ni ada request for siakap masak 3 rasa. Alhamdulillah.. 2 ekor siakap dah selamat jadi darah daging.

The moral of the story..
Ini ikut pengalaman Ibu la. Bila kita berkahwin ni.. kita bukan setakat berkahwin dengan suami kita but dengan ‘keluarga’ dia sekali. Bi’makna.. nasib baik dapat mertua yang sporting. Like me.. macam cerita yang kat atas tu la.

But Ibu yakin.. semua ni hanya dengan satu sebab.. dia orang tu nak anak-anak dia orang or cucu-cucu dia orang been taken care with the best care we could give. Kalau boleh macam mana dia orang bela anak dia orang.. if can macam tu jugaklah kita jaga suami and anak-anak kita.

Bukan nak tunjuk bagus tapi hari ni Ibu boleh kata.. segala usaha ‘beli jiwa’ yang dolu-dolu tu dah membuahkan hasil. And jangan lupa selalu mintak dengan DIA so that segala usaha kita.. dia orang terima. Mintak dilembutkan hati.. supaya dapat terima kita.. seadanya.

Dulu.. Ibu ni keras kepala jugak.. rasa kita jer yang betul. Tapi bila dah ada anak sendiri.. kita mula berfikir dengan cara macam tu jugak.

Ibu mula la terfikir.. lebih serious.. Ibu siap pesan ke budak-budak ni.. nanti nak kawin.. cari wife yang boleh buat itu ini.. there.. tak ke macam MIL layan Ibu jugak.

In short Ibu nak pesan.. time balik kampong mertua tu.. jangan la nak buat peil MALAS macam ko ada 10 orang bibik yang boleh layan setiap kehendak ko. Janganlah anak ko nak merangkak pun ko dok pi tunggu macam la anak tu boleh terus berdiri and berlari.
(ini contoh sahaja..)

Time macam ni.. berpakatlah dengan suami.. saya pi tolong ma.. mama.. ummi.. mummy (whatever la kan) awak tolong jaga anak kejap. Tapi kalau memang MIL ko ada bibik yang memang boleh buat semua benda.. kira syukur.. alhamdulillah la.

** sedikit peringatan..
Ibu bercerita ni base on my 'own' experience. Rezeki masing-masing la kan. Kalau ada yang terasa.. Ibu mintak maaf.. ikhlas lillahi’taala.. Ibu takda niat nak sakitkan hati siapa-siapa pun. Cuma sekadar berkongsi sedikit pengalaman hidup.

Last but not least.. Ibu nak share gambar siakap masak 3 rasa yang Ibu masak last few days.


P/s;
Jaga hati.. jaga diri..

Khalass..

8 comments:

  1. Wow...tq kak..syok bc pglmn ni.,ble jd panduan nt 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Aziekz.
      Bila dah balik kampong ni.. mula la teringat yg macam-macam.

      Delete
  2. Kak Sham memang terbaik lahhhh. Thumbs up! Wife saya dulu mula2 pun mcm tu jugak. After 11 years, nowdays bila balik kampung she got the license to control the house :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersusah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian..
      - betul kan kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Hanya sekadar berkongsi pengalaman hidup.. En. Hisyam..

      Delete
  4. Sangat betul kak. Mommy saya perfectionist. And saya buat apa yg termampu. My skill bukan mengemas rumah. Sangat lemah bab tu. Tp Insya Allah bab masak sikit2, uruskan bab majlis, law, regulation...saya tunggaknya. Pelan2 kayuh. Dah 12 tahun, now Mommy lebih selesa berkepit dgn saya. Alhamdulillah...paid off.

    ReplyDelete
  5. blm ada pengalaman . kekadang tu rasa ngeri juga . cuma semat dlm hati , bila dah tiba masanya baru fikir . yg ptg ikhlas ...

    ReplyDelete