Thursday, October 15, 2015

Don't mess with Melaka - History 101

Waaaa... cukup seminggu blog tak ber-hap-date..

Macam-macam benda dah berlaku cuma tak sempat nak cerita kat sini. Macam ni la keadaan kami.. bila awal-awal balik ke sini.. segala macam benda nak dibuat.. segala macam perkara nak diuruskan..

Yang terkini.. our short get away..
Memang too short pun.. rasanya tak sampai pun 5 jam.

Tapi alhamdulillah.. sampai jugak maksud. Walaupun selepas tu anak-anak mula bertanya soalan yang macam-macam. Thus.. kami pun terpaksa mencari jawapan setepat mungkin untuk menjelaskan kepada anak-anak.. vocabulary terhad.. English ke Bahasa Malaysia.. aduhai..

Mungkin jugak sebab penguasaan Bahasa Malaysia yang kurang bagus.. ataupun kami sendiri yang kurang tepat dan kurang fakta nak menjelaskan kepada dia orang ni.

Still..
Masing-masing balik dengan muka yang cukup puas hati. Okey jom kita cerita sambil layan gambar.

Bismillah..
Tengok tagline pun dah seriau.. garang tul orang-orang di sana.


Macam-macam soalan budak ni bertanya. Especially tentang Portugis.. kenapa ada tugu besar paderi.. etc. Biasalah bila dah mind-set.. Malaysia ni negara Islam.

Then jumpa pulak dengan sorang brother ni.. street painter. Tapi art works dia memang cantik la. Ibu ni tak pandai sangat nak describe 'cantik' yang macam mana.. tapi dah pada mata Ibu cantik.. cantik la tu. Belek punya belek.. at last terjebak la jugak sekeping dua hasil kerja dia.

Pada yang berminat ;
Sazalisaid Leemelaka (fb)

Tapi yang paling best tu.. setiap art works brother ni ada jalan cerita. Tapi nak beli semua.. tak mampu la pulak kan.

Cumanya.. lepas tu.. dari elok-elok dia boleh cerita sambil melukis.. at last kena pulak dia ambik masa bercerita sambil tunjuk gambar-gambar yang dia lukis.

Tapi lillahi'taala.. memang nampak dia ikhlas sangat dengan kerja dia. Ikhlas jugak menerangkan segala perjalanan sejarah negara kita. So.. dari sesi membelek hasil painting.. akhirnya dah jadi macam a short class onto sejarah negara kita.

Cuma seikhlasnya.. please mind my boys.. biasa la.. dari kecik cuma tau sejarah negara Kuwait dan Pakistan jer. So bila brother tu cerita pasal kapal perang.. penjajahan.. definitely blur sokmo la.

Nota : sebenarnya Ibu nyer yang lebih terlopong mendengar.. STPM Sejarah A babe.. (sila abaikan nada RIAK di situ)..

Sampai kat sini dah sure la ada kesan-kesan peninggalan Portugis kan. Anak-anak kami sure la amazed yang teramat sangat. Tambah kagum bila dengar Melaka ni dulu tersangat la popular.


Jerebu pun.. jerebu laaa..


Bangga dapat sampai ke sini..
Tak la hanya dengar cerita or sesekali tersasul tengok di tv sahaja..


Cuma terkilan sikit sebab time kita orang sampai kat Melaka.. muzium dah banyak yang tutup. So tengok pintu jer la.


Mujur jugak la ada benda yang budak-budak ni boleh layan. Asyik tengok and dengar pasal sejarah jer.. maklum jer la kan.

Salute brother ni.. berani dengan cara sendiri..

Sebenarnya.. dah jadi macam ni.. kami sendiri sebagai parent la yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Ambik mudah sangat dengan keadaan 'selesa' kami di tempat orang. Tak pernah ada inisiatif nak mengenalkan anak-anak dengan salah-silah sejarah negara sendiri.

Yang selalu ditekankan hanya Bahasa Malaysia yang akhirnya memang semua pun ambik mudah dengan alasan di rumah dah sedia maklum semua bercakap dalam mother's tongue.

Dan sedia maklum jugak merantau ke negara orang.. esok lusa tulat.. kita mungkin balik ke tempat asal. Tapi kalau DIA kata berkubur di sana.. itu siapa pulak yang mampu mempertikan.

Tapi sementara ada hayat ni.. peganglah jati diri asal usul sendiri. Berfikir banyak sebenarnya Ibu malam tadi. Tapi nak buat macam mana.. nasik dah jadi bubur. Cuma dengan harapan.. masa dan peluang yang Allah beri kali ni.. mampu digunakan untuk memperbaiki kekurangan diri.


Memang malu pada diri sendiri..
Memang tak pernah bermegah dengan kehidupan di tempat orang. Tapi bila dangkal sangat dengan ilmu perihal tempat sendiri.. tepuk dahi sendiri la jawabnya.

Dah tepat sangat peribahasa orang dulu-dulu..
Hujan emas di negeri  orang.. hujan batu di negeri sendiri..

 
Yours truly.. Tuan Tanah..

2 comments:

  1. Lama balik bercuti Shamsiah..
    Sesekali kena cerita gak kat anak2 tentang sejarah negara ni kan Sham..
    CH pun tak berkesempatan nak ke Kota Melaka tu wlpn en suami asal Melaka hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah.. kali ni balik for good.
      - sebaik nyer macam tu la.. siapa lagi yg nak berbangga dgn negara sendiri kalau bukan kita.

      Delete