Thursday, October 15, 2015

Jangan sesuka hati nak mem-*&^%$#-kan orang..

Bongok..
Bangang..
2 perkataan yang terang lagi jelas masuk ke gegendang telinga Ibu ni..

Kisahnya..
Almost lunch hour.. ramai jugak yang tengah menunggu giliran untuk mengambil ubat. Me and Amsyar baru jer selesai our consultancy session dengan klinik pakar kulit. Sedia maklum dengan protokol 'jika datang lewat'.. so redha jer la.

Btw..
Sebelum masing-masing meneruskan pembacaan.. barang diingat.. you're about to enter sesi mengumpat zaman cyber. Kut takmo terjebak.. baik STOP.. IMMEDIATELY !!!

Kisah kami..
Seelok jer kami parking bontot di sebelah satu couple ni..
- tadi tunggu nak jumpa doktor dah 4 jam.. ni nak ambik ubat lagi kena tunggu 4 jam.

Yang buat kami tersekima tu.. bila sang suami (agak nyer la) menyebut perkataan BONGOK.. BANGANG. Dah tu merungut pulak bila tengok staf di kaunter ubat tu dok senyum-senyum among them.

Tak suka dengan perkataan kurang sopan yang kami dengar.. the moment ada kerusi lain yang kosong.. terus Ibu heret Amsyar pindah kerusi lain.

Meh..
Tho' bukan korang suma yang terlibat.. tapi ni nak bagi general advise la sikit. Kut la terjebak dengan situasi macam ni..

- sila bersedia dengan benda-benda yang boleh dibuat teman semasa menunggu giliran especially bila deals dengan opis gomen.
- kut takmo jadi macam kes Ibu ni.. datanglah awal sikit. I'm sure you won't be facing this situation.
- tak ada buku or any bahan bacaan yang boleh dibuat 'membuang' masa.. pi jer la beli surat khabar. Tak suka baca benda-benda 'heavy'.. ruangan gosip and gambar-gambar 'tutttttt' banyak jer yang boleh dilayan mata.
- pakai phone canggih-canggih (kut la ada) kenapa la takmo install game ke.. fb ke.. buat layan diri sementara tunggu giliran. Lebih afdhal kalau install jer Quran.. boleh gak baca.. dapat gak pahala.
- nak cepat.. pi nun hospital swasta.. but I'm sure.. you still kena tunggu giliran jugak.

But.. lagi bagus.. belajarlah BERSABAR.. if not pun.. mulut tu jangan la senang sangat nak mem-BONGOK atau mem-BANGANG-kan orang lain.

Tambah dengan bila deals dengan farmasi.. ko ingat senang ke nak cari 'ubat' ni. Dah la ubat pun ada 1001 jenis ubat.. untuk 1001 jenis penyakit. Salah bagi nanti.. ko jugak yang mengamok.. silap ari bulan.. kut la ada yang membawak ke AJAL.. ko jugak yang kata.. whatever la kan. Ibu tak boleh nak membayangkan..

Ikhlas..
Ibu pun tak suka nak membebel. Especially bercerita hal orang macam ni. Tapi hati panas sangat.. ntah.. orang lain yang kena BONGOK.. kena BANGANG.. Ibu pulak yang sentap lebih-lebih.

Anyway..
I hope you've got and received my point. Sebelum nak mengata orang tu.. kaji dulu diri sendiri.. everything happens for a reason.

Padan muka sendiri..

Assalamualaikum..

6 comments:

  1. insaf mak kanns., peringatan utk diri sendiri wak jugakk ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak.
      Peringatan utk diri sendiri sebenarnya..

      Delete
  2. Ermmm...ntah pape lah bahasa nya kan kak...
    Dah boleh nmpk keperibadian org tuuu cm ne...

    Bahasa jiwa bangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kut ya pun marah sangat.. banyak lagi cara nak melepaskan perasaan.. tapi tu la kan..

      Delete
  3. salam.
    saya pernah q nak bayar parking, saya dgn husband dan anak kecik 2 org. pastu org depan tah apa masalah dia takleh nak bayar. di carutnya pu*****k . terkejut sgt masa tu.. diam jep pastu dcarutnya lagi.. kali kedua dia ckp saya dah nak bawak lari anak dah. kalo dia sebut lg rasa nak sound dah mamat tu, kut bayar parking je pon, dimaki sampai mcm tu.. tgk dlm kete ada pompuan dok tunggu..eeeiiiii geram giler rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tension ke mesin bayar parking.. dah tentu la mesin tu tak boleh nak 'membalas'.

      - kita puas menjaga halwa telinga anak-anak dari mendengar benda-benda tak baik macam ni.. tapi alih-alih.. orang lain pulak yang bagi free lesson.

      Delete