Sunday, June 4, 2017

Salam 9 Ramadhan..

Alhamdulillah..

Sudah masuk hari yang ke 9 kita berpuasa. Syukur jugak kita masih diberikan peluang untuk sama-sama menyambut Ramadhan tahun ini.

Unlike tahun-tahun yang lepas biasanya kami bercuti sepanjang bulan Ramadhan dan dilanjutkan sehingga ke 2 minggu selepas Syawal. Tapi tahun ni kami ambil keputusan untuk cuba berniaga daging salai (raw) dan jugak lauk-pauk tradisional masyarakat N9.

Rezeki dari Allah.. rezeki anak-anak jugak. Ditambah pulak dengan pemberian 'istimewa' dari Tok Ayah untuk ke-3 cucu lelaki nyer.

Tak menang tangan dengan tempahan daging salai serta catering untuk iftar. Hinggakan ada yang terpaksa kami tolak disebabkan oleh kekangan masa serta keadaan.. anak nak exam SPM babe.. ibu ayah kena pantau dok sebelah jugak. Duit kena carik jugak.. masa depan anak pun nak kena jaga jugak.

Dah jadi macam tu.. ada masa yang si ibu ni terpaksa akur dengan masak untuk sahur dan iftar dengan masakan yang lebih ringkas. Lebih cepat untuk disediakan. And selalu nyer (just like sahur pagi tadi) yang menjadi pilihan anak-anak (dah sedia maklum) dah tentu nyer ikan bilis goreng berlada dan ikan sardin masak sambal (biasa nyer ibu buat sedikit berkuah dan diperah dengan asam limau untuk over come bau hanyir ikan sardin).


Again syukur.. anak-anak tidak banyak 'songeh'. Cuma si Cinonet (Arif) masih perlu disuap makan if otherwise makan tak kenyang la time sahur tu.


Bagi kami.. semua ini satu cabaran yang perlu kami sambut selepas keluar dari comfort zone.. sudah sampai masa untuk kami cabar diri kami sendiri.. kemampuan diri. No more suka-suki as we were 10 years back.

Doakan yang baik-baik sahaja untuk kami sahabat..

P/s; and I quote

TO CHANGE YOUR LIFE,
YOU HAVE TO CHANGE YOURSELF.
TO CHANGE YOURSELF,
YOU HAVE TO CHANGE YOUR MINDSET.

4 comments:

  1. In shaa Allah saya dokan yang baik baik..

    Syukur alhamdulilah murah rezeki

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Kak Sham.. Mummy pun masak simple2 je.. lagi sedap tuk dimakan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..
      Janji cukup utk kita & anak2.. itu yg sebaik nyer.

      Delete