Tuesday, May 30, 2017

Salam 4 Ramadhan..

Alhamdulillah..

Rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun pernah gambar dicilok.. walaupun ada yang markup harga gila-gila.. walaupun ada yang komplen upah memasak lauk-pauk kami mahal.. syukur.. masih ada yang percaya dengan air tangan kami.


Tambah syukur bila Cik Asben yang selama ini diketahui hanya pandai mengolah 'instruction' di hujung jari.. betah sudah bermain asap.. bermain api.. demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Anak-anak pula jika suatu ketika dulu yang hanya kenal The Avenues.. 360 Mall.. Oriental Cuisine.. gradually in the learning process mengukur jalan di Jaya Jusco.. The Curve.. Pavilion.. atau mungkin KLCC (jika ada kesempatan).

Ini semua tempoh peralihan yang kami terpaksa lalui setelah hampir 10 tahun berkampung di Tanah Negara Berdengung.

Jika dulu (sekarang pun sebenarnya) anak-anak jadi bahan ketawa kerana sebutan perkataan yang agak pelik.. naive in the history of local heroes.. bab ejaan karangan Bahasa Malaysia yang kurang tepat (Ibu sendiri tidak terkecuali).. kami akur dan kami cuba perbaiki.

There's a saying..
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Kami yakin dengan ketentuan Allah. There's must be a very good reason kami dipanggil pulang ke Tanah Malaya. Dan September 15 tahun ini.. insya'Allah cukup sudah kami 2 tahun pulang ke tanah air.

Namun hidup harus diteruskan. Dengan kepandaian yang tidak seberapa.. kami akur. Kami yakin.. rezeki Allah itu luas asal sahaja ada yang sudi berusaha.


Buat teman-teman.. doakan usaha kami ini barakah.. doakan kesejahteraan keluarga kami dan semoga segala yang kami usahakan ini turut sama memberi menfaat kepada yang lain jua.

Insya'Allah.

Assalamualaikum.
Salam 4 Ramadhan

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Bumi Allah ini sungguh luas. Di mana kita berpijak, In Shaa Allah pasti ada rezekiNya kan kak. Good luck and all the best! And yes, welcome back home. :)

    ReplyDelete
  2. wahhh barbeque bakar seafood tuuuh., kata iftar kat mcd je semalam cikKak sham? hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam kelmarin tu menyalai daging.. petang esok tu.. instant iftar di Mc D Wak..

      Delete