Beautiful Friends

Monday, November 13, 2017

Business Management Psychology (Paper 3 - KBAT)

Cerita dongeng 1
Cust : Wahhhh.. ini hari telur goreng semua cantik.. itu hari sangat buruk
Me : You bukan nak beli semua kan.. you pilih sajalah mana yang you suka. Lagi pun ada customer suka dia punya telur goreng a bit crispy (customer dah mula muka ketat)
Cust : Itu sambal asing you kasi sikit lebih ha..
Me : Okey (sambil angguk kepala and instead of 5 senduk I gave her 7 - dia beli nasik lemak 5 paket)
Cust : Ini sambal sangat sedikit la.. you kasi tambah lagi..dia orang PANDAI makan sambal la
Me : Boleh.. you mau sambal LAGI LEBIH.. kena tambah sikit lagi wang la
Cust : Owhhhh.. no need.. no need.. itu sudah cukup

Cerita dongeng 2
Cust : Kak nasik lemak biasa 1
Me : Okey (actually yang request nak beli ni is as trouble maker.. datang warong mesti ada buat hal and its has been almost a year dia dah tak datang ke warong)
Cust : Kak.. tambah lauk kerang 20sen
Me : Dik.. biar betul dik. Macam mana akak nak adjust kerang 20sen. Sekilo pun dah RM12. Lepas kopek dapat la dalam 2 piring kecik. Kulit jer yang berkilo tu dik
Cust : Alah kak.. anak saya nak rasa-rasa jer. Bukan nak makan sampai kenyang.. tak payah la nak berkira sangat
Me : Patutnya kalau adik nak bagi anak rasa.. tak payah la berkira.. anak sendiri tu..

Cerita dongeng 3
Cust : Selamat pagi kakak
Me : Selamat pagi
Cust : Kakak.. saya nak nasik lemak 1 besar 2 kecik. Sambal lebih ye kak
Me : Okey

A few minutes later
Me : Ok siap
Cust : Kakak.. saya nak beli sambal extra 1 ringgit. Memang biasa sambal tumis kakak memang tak cukup. Dah banyak pun.. still tak cukup
Me : Boleh saja ( dah orang mintak baik-baik kan.. instead of 1 ringgit.. I gave her extra. Me happy.. customer pun happy)

P/s ;
 
3 situasi cerita dongeng ni sangat cliche and most of the sellers sure pernah melalui. Tapi yang me nak emphasize here.. why is it.. kami selalu dikatakan.. jual mahal.. kedekut.. berkira.. tak faham situasi pembeli.

Tapi pernah pulak ke pembeli meletakkan diri masing-masing di tempat kami. Barang hari ni semua dah mahal (GST sekali ye). Upah pekerja asing pun dah cecah RM50 sehari (minimum - no joke). Kami masak pun bukan setakat air and minyak saja.. gula.. bawang.. ikan bilis.. kacang.. timun.. lemon grass.. santan (not to mention santan pun 1/4 santan yang lain semua air).. and all the condiments and whatsnot.. cerita banyak pun tak guna la.

Ko try la masak nasik lemak lauk sambal tumis ikan bilis jer.. ko tengok berapa ko kena charge beli barang untuk dapat set minimum
- nasik lemak bersantan with daun pandan (kukus)
- sambal tumis ikan billis with bawang meriah
- telur rebus
- ikan bilis dan kacang goreng
- timun
Itu belum lagi selepas suboh ko dah kena masuk dapur nak prepare segala mak nenek in order untuk dapat hasil sepiring nasik lemak and makan by 7.30am.

Nota kaki :
Sama-sama kita bertimbang rasa. Kami penjual pun ada perasaan. Ada di antara kami bukan kaya sampai boleh pacak rumah banglo kat kampung pun (albeit ada jer sebenarnya). Tapi kenapa ko nak bertekak sampai berjegil bijik mata dengan seller kat warong yang jual sikit-sikit ni tapi bila pi makan kat Mc D ke KFC ke yang terang-terang tunjuk GST and segala mak nenek extra charge tu.. ko sikit pun tak komplen.


The end and have a bright white baby breath.. cream forget me not and white and yellow roses day everybody.

Friday, November 10, 2017

Yang sedikit tapi lebih dari cukup..

Musim hujan yang tak menentu.. perut lapar.. makna nye masuk dapur la kita. Tapi life berniaga makan ni.. perut orang kita jaga.. perut sendiri.. maklum sajalah. Ada masa.. ended up.. tapau saja. Ada masa.. gigihkan jugak badan nak masak walaupun hasil nye lauk campak-campak sahaja.

Hari ni pulak.. masya'Allah.. entah apa masalah.. punyalah letih.. punyalah mengantuk sampaikan terpaksa mintak izin dengan suami dengan anak-anak.. ibu masak lepas asar la ye. So in the mean time.. makan dulu la yang mengarut-ngarut di dapur tu.

- yang mengarut tu.. bi'makna sosej dengan scramble egg ke.. buat toast dengan sunny side up ke.. terpulang la.. janji boleh lapik perut sekejap.

Anak-anak ni pulak kalau nak tapau.. ada la 2-3 kedai yang memang jadi favorite. Tapi bila dah hujan ni.. ibu nye pulak liat tahap maksimum nak drive keluar.

Long short story.. lepas asar kita tunai janji. Pi petik ulam raja.. ambik daun kunyit sehelai dua. Cik Asben proses budu dengan tempoyak and masak nasik. And si ibu ambik tugas masak lauk.




Lauk pun tak perlu yang macam-macam. Janji yang berkuah.. pedas sikit.. si anak dengan suami dah lebih dari cukup.


And hasil nye.. masak lemak cili api ikan tenggiri salai dengan telur ikan. Kita tambah sikit pucuk muda daun kunyit nak bagi naik aroma. Sambil tu kita goreng ikan gelama jeruk untuk bagi naik selera.


Alhamdulillah. Tak ada huk.. tak ada hek. Lepas selesai makan malam (memang kami dinner awal) semua senyum tanda perut dah kenyang.

Alhamdulillah.. walaupun nampak sedikit (sebab 1 jenis lauk sahaja) tapi sebenarnya dah lebih dari cukup buat kami.

Alhamdulillah.. rezeki Allah beri.

Assalamualaikum.

Thursday, November 9, 2017

Sejarah 1, 2 dan 3 SPM 2017

Hari ke-4 bermakna selesai sudah peperiksaan bagi Kertas Sejarah 1, 2 dan 3 bagi SPM 2017. And as usual ada jugak desas-desus cerita mengatakan paper Sejarah semalam (1 & 2) BOCOR. Yang anak-anak sudah tentu DOWN bila mendengar berita seperti ini. Jika benar.. antara drastic option.. RE-SIT.

My Bujang Sulong jugak tak terkecuali. Dengan rata-ratanya mengatakan paper Sejarah semalam sememangnya susah 'lebih dari biasa' semuanya dah tak sanggup untuk resit paper.

Yang the parents jugak tak terkecuali. Tapi dari banyak-banyak sharing.. ada 1 WA ni cukup meninggalkan kesan. Seikhlasnya.. menangis jugak bila membaca sharing tersebut.





Allahumma ameenn.. semoga Allah beri kekuatan kepada anak ini..

Wednesday, November 8, 2017

Delegate your tasks..

If you can't do everything.. delegates the chores.

Dulu pernah saya ditegur hanya kerana membenarkan si suami memandikan anak. Walhal anak sendiri tu.. saya tanyakan semula pada si arwah.. 

'salah ke orang lelaki tolong si isteri memandikan anak.. mencuci berak.. jangan la tau buat anak saja.. tanggungjawab pun sama-sama la pegang.'

Kasar.. indeed.. tapi kalau itulah caranya untuk 'mensekolahkan' kaum bapa yang rasa tugasnya hanya setakat baca surat khabar sambil hisap rokok and the rest si isteri yang kena pikul.. memang alamatnya ramai la yang si isteri 'meroyan' di rumah.

Dulu.. mungkin nampak rasional kerana si suami bekerja keras di ladang atau di bendang. Hatta bila balik sahaja ke rumah maka si isteri akan ambik bahagian untuk menyenangkan si suami. Hidang makanan and all.

Tapi hari ini bila mana si isteri sama-sama pikul tanggungjawab mencari rezeki.. rasa mungkin tak patut jugak si isteri diberatkan dengan semua tugasan di rumah.

In my case.. mungkin saya sedikit bertuah.. si suami ada masa rajin masuk dapur.. masak serba sedikit. Ada masa.. dia jugak yang melipat kain. Bila kami ada rancangan menjemput kawan-kawan bertandang ke rumah untuk sembang-sembang dan makan-makan.. dia jugak akan sama-sama ambik tugas membersihkan mana yang patut.. vacuum rumah.. cuci toilet atau yang paling kerap.. membersihkan mini garden kami.

Tak jatuh standard pun bila si kaum Adam pegang penyapu.. pegang mob.

Sebaliknya.. ko sanggup ke duduk dalam rumah yang berserabut. Ko sanggup ke tengok pinggan-mangguk berlonggok tak bercuci. Ko sanggup ke tengok Cik Spidy tompang buat rumah kat ceruk pintu. Rumah ko jugak kan. So ape salah kalau sama-sama jaga kebersihan dalam rumah.. rumah ko jugak kannnn..

Tapi kalau dah mind-set.. aku lelaki.. ko perempuan and perempuan kena buat semua kerja rumah.. my condolence to you girl. Otherwise kalau ko memang jenis memanjakan si suami siap pesan.. just sit back and relax. Rezeki masing-masing la kan.

Thus pagi ni.. warong tutup.. nak bersarapan di luar.. selera ting-tong. Tambah pulak dengan hari hujan. Hatta selepas selesai menghantar yang Si Sulong ke sekolah kami terus sahaja balik ke rumah and ambik bahagian masing-masing.


Walla.. kita makan nasik berlauk la pagi ni ye. Air tangan dari Cik Asben. While me.. kita masak nasik.. buat air teh delima.. petik ulam (ganti sayur) and selepas sejemput nasik seekor ikan and secawan teh.. kenyang tersandar la masing-masing.

Alhamdulillah.. semua pun rezeki dari Allah.

Assalamualaikum..

Tuesday, November 7, 2017

SPM 2017.. insya'Allah khair.. bittaufik wannajah Amsyar

Bi'iznillah..
Dan hanya doa dari ayah dan ibu mengiringi si anak ketika sedang dia bertarung dengan SPM 2017.

Lulus SPM bukan bererti CONFIRM cemerlang dalam hidup and I agree. Tapi dah kita hari-hari disuapkan dengan mentaliti.. tak masuk Uni.. susah ko nanti.

Sebenarnya.. hanya dengan bergelar seorang mahasiswa/mahasiswi Uni pun belum tentu kelak kita mampu hidup senang lenang. Sedangkan fungsi sesebuah Uni itu hanya untuk memberikan pendidikan yang sepatutnya di samping sedikit sebanyak juga berfungsi sebagai satu medium untuk menyediakan seseorang pelajar untuk melangkah ke alam yang seterusnya. Yang lebih penting.. Uni itu berfungsi sebagai satu medium pengukur kematangan seseorang pelajar itu.

And in my life I've seen ramai yang bukan bergelar pelajar Uni tapi masih mampu drives good car, living in nice house, anak-anak semua elok terurus di samping belajar di sekolah yang baik-baik jugak.

In my case.. mungkin ada sedikit berbeza. Well.. staying in oversea and previously anak-anak semua enroll for international school.. the moment kami balik ke sini.. kami terus memilih for sekolah kerajaan.. wahhhhhh.. banyak nye sok-sek-sok-sek yang kami dengar.

Long short story.. kalau kurang sabar lama dah rasa me bergaduh dengan orang yang bermulut tutttttt.. Tapi.. biar je la kan. Masakan mulut orang mampu ditutup. Begitu jugak bila Amsyar kami putuskan to sit for SPM instead of IGCSE.

As I said many times earlier.. bila kita dah balik ke Malaya.. kita ikutlah dan buatlah apa-apa yang sepatutnya.

Cuma bagi si anak.. bukan mudah untuk adapt to the Malaysian education hatta untuk lulus paper BM pun seriau nyer macam nak pi berperang. Thus bila ditanya.. how's he with his education.. yang mampu kami jawab.. bi'iznillah.. doa yang baik-baik sahaja. Kami sebagai his parent hanya mampu support and membantu apa-apa yang perlu.

Tidak perlu disulam dengan ayat-ayat.. 'biasalah.. anak orang dah lama dok oversea balik Malaysia.. nak senang masuk jer la sekolah antarabangsa.. etc.' Anak kami.. dan kami tahu setakat mana kemampuannya.

Sila hormati keputusan kami for there must be a reason for every action.

Same goes to any other person.

P/s ; hanya orang yang melalui akan faham perasaan dan keadaan kami.

Hatta jika hanya setakat LULUS.. syukor alhamdulillah.

Thursday, November 2, 2017

My Joy..

Arif : Biasanya yang leftovers tu ibu buat ape?
Me : Ibu sedekahlah.. if otherwise.. ada masa ibu buang jer
Arif : Ibu sedekah kat siapa?
Ibu : Nobody in particular.. kadang-kadang cleaners yang ibu jumpa tepi jalan tu.. yang keja buat rumah tu ke.. why?
Arif : Kalau ibu pack sikit-sikit and then ibu share dengan kawan-kawan Arif boleh ke? Sebab ada tu.. balik sekolah dia orang makan meggi jer kat rumah.. mak ayah dia orang balik lewat. Ada tu malam baru balik keja
Me : Kenape Arif nak buat macam ni?
Arif : Arif kesian dengan kawan-kawan Arif tu
Me : Arif dapat ape buat macam ni?
Arif : Tak ada ape-ape.. Uwan la yang dapat pahala sebab ni leftovers kedai Uwan
Me : Okey.. bila Arif nak start?
Arif : Bila-bila pun boleh..


Note : 
This 'secret agenda' between me and Arif has been going on for more than a month now. And setiap kali kereta kami masuk kawasan sekolah.. ada di antara murid-murid sekolah ni dah sedia maklum.. kalau dulu Arif offer vitagen now dia buat projek plain mi goreng.. kue tiaw goreng or bihun goreng kat kawan-kawan dia pulak.




Me.. personally.. I'm more than happy for him. Happy sebab dia ada rasa empathy for others and hopefully this 'whatever his doing' will continuously thus he persistently doing the good deed for the benefit of all.

Friday, October 27, 2017

Bubur Asyura.. seindah nama mu.. sesedap rasanya..

Bubur asyura.. makan sedap tapi nak memasaknya..

Aktiviti tahunan (dah masuk tahun ke ke-3) ni. Geng ex-schoolmate Cik Asben punya cerita la ni. Masak ramai-ramai.. makan pun ramai-ramai. Tapi since Chef kami memang jenis yang ikut segala pantang-larang tok nenek hatta.. nak kuis kayu api dengan kaki pun tak diizinkan langsung. Katanya.. demi menjaga rasa. Tapi to me.. sebenarnya lebih pada rational adap kita semasa memasak. Sangat 'kureng' la kalau dikuis-kuis segala medium memasak tu dengan kaki. Benda kan nak jadi darah daging.

Cik Asben ambik giliran..


Tenaga kena cukup.. nak kerja keras kan..

 Budak-budak layan diri..

Take '5'

Pengagihan hasil..



Hasil kami..

Photo group..

Rasanya gambar-gambar tu semua dah lebih dari cucup menceritakan butiran aktiviti kami. Tapi sebenarnya itu pun tak complete sebab kami sampai pun dah lewat. Maklum saja.. pagi kami masih di warong. Selesai berniaga baru dapat join kawan-kawan yang lain.

Renyahnya nak memasak bubur asyura ni lebih kurang macam dodol jugak. Tempoh lamanya pun macam dodol jugak. Cuma Chef kami prefer guna kayu api.. walaupun terpaksa bertarung dengan bahang and asap.. tapi hasilnya lebih wangi.

Mudah-mudahan.. ada rezeki kami berkumpol lagi untuk maksud yang sama tahun hadapan. Insya'Allah..

Yours truly..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...