Beautiful Friends

Showing posts with label Quality time. Show all posts
Showing posts with label Quality time. Show all posts

Wednesday, April 26, 2017

Sanah helwa.. to me..

Assalamualaikum all..

Bila dah tua-tua ni sesekali bila diraikan.. dapat surprise dari kawan-kawan.. birthday wishes.. doa-doa yang pelbagai.. terasa sayu sangat hati. Lebih tersentuh bila mengenangkan umor semakin meningkat.. kubur pulak kata.. 'lai.. lai'..

Terasa sangat.. apa saham akhirat yang nak dibawak ke sana nanti.. kosongnya buku bekalan.. masya'Allah..

Tapi sementara tu.. kita sambut yang baik-baik sahajalah segala budi baik serta tanda kenangan dari semua yang mengenali diri ini.

Happy belated birthday to me..

As usual.. only us..

Sayang you too Cik Asben..

Tanda kenangan sempena hari lahir dari Lady Boss.. white chocolate memang sedap sesangat..

Insya'Allah.. tahun hadapan.. panjang umor.. until then.. ilal' liqa..

Friday, February 3, 2017

Lion Dance.. and happy CNY..

Assalamualaikum all.. and happy CNY..

Ehhh.. boleh ke sekolah Melayu buat lion dance?
Tu kan sekolah tadika Melayu.. apesal ada tarian singa?

My answer.. Ehhhh.. salah ke?
Sekolah tu pun ada jugak anak murid nyer yang bangsa Cina.. yang lain agama bla bla bla..

Nota : Very typical of ..

Tak tahu nak komen apa.. cuma to my knowledge pihak pentadbiran sekolah/tadika tersebut ambik peluang CNY ni untuk sama-sama meraikan festive season yang disambut oleh bangsa lain selain dari Cina di Malaysia ni. Jugak.. untuk beri peluang kepada anak murid sekolah tu sedut ilmu selain dari yang 'dalam buku' sahaja. Good effort whattttt..

After all.. tengok tarian singa jer.. bukan sampai the whole tenaga pengajar or suku sakat yang terlibat dengan sekolah tersebut terus tukar agama. Isshhhhh..







P/s;
Untung banyak dapek buah limau cino ghayo ni.. tak payah nak boli buah laei..

Friday, January 27, 2017

Tetamu bawa rezeki..

Assalamualaikum all.. & Jumma mubarak..

Pagi-pagi lagi Ibu dah dapat wassup dari adik yang sorang ni. Nak datang ke warong kata nyer. Dah alang-alang hari Jumaat.. Ibu pelawa lajak solat Jumaat dulu.. lunch then terpulanglah program terjah selepas tu.

Alhamdulillah.. dari bersarapan di warong.. selepas tu solat Jumaat and lunch. Just as I planned. Cuma bila dah tetamu main terjah ni.. benda pertama yang kita terfikir.. sure bab makan. Walaupun dia orang ni tak minta dijamu itu ini.. kita sebagai tuan rumah sebaiknya buatlah apa yang perlu.



'tetamu itu rezeki.. tetamu itu bawa barakah'


And dah sedia maklum Ibu memang berjual daging and perut salai.. kita jamu saja adik-adik dengan lauk yang paling sinonim dengan orang N9.


Sementara suami.. anak-anak and adik-adik solat Jumaat di Masjid Al-Faizin.. Ibu berperang di dapur dengan apa-apa yang sempat dipetik dari gerobok fridge yang dah hampir kering.

Hasilnya..
- gulai daging and perut salai
- ayam goreng kunyit
- sayur campur
- telur dadar
- ulam
- buah epal
:: alhamdulillah.. sempat Ibu masak semua ni sementara menunggu dia orang semua balik dari solat.. (suspen sebenar nye..)

And since Ibu masak extra dari biasa (kuantiti).. rasa nyer sempatlah kami lajak untuk dinner sekali. Untuk esok kita fikir laa apa yang patut pulak.

P/s;
Terharu bila masih ada adik-adik dari Kuwait Universiti yang ingat lagi kami di sini.

Khalass..

Tuesday, October 25, 2016

Bubur asyoora.. rasa seindah nama..

Assalamualaikum..

Bubur asyoora.. sedap dimakan tapi nak membuat nyer.. subhanallah punya la renyah. Macam nak buat dodol (panganan bak kato org N9). Tapi bila ada 'the calling' from kenkawan yang berkenaan.. an experience not to be missed if I may say.

Hampir 10 tahun merantau.. banyak perkara yang kami dah tak buat.. banyak hal yang kami miss nak join. So.. peluang ni bagai pucuk dicita.. bubur asyoora yang dapat.

Ramuan.. cara membuat.. jangan tanya yek. Kami sekadar tukang buat sibuk. Tumpang buat kecoh..




Anak-anak kena kerahan tenaga.. biar kenal dan 'hands on'.. susah nak dapat peluang macam ni dah.

Bahan bukti.. is a must

Seikhlasnya.. selalu jer mak mertua berkirim bubur ni tapi me.. tak pernah pun really appreciate the bubur. Entah la.. rasa macammmmm.. ntah..

Tapi bila dah kita sendiri yang main api.. telan asap.. berpanas.. berbahang and all.. baru ko tau nasib badan. Thus.. end result was really satisfying. Sodap babe.

Mungkin sebab ramai yang jadi Chef D'mission hatta terkurang.. terlebih.. semua atas budi bicara suara ramai.

Atas prinsip gotong royong.. hasil dari berkampung dari jam 9.00 pagi hingga ke maghrib diagih-agihkan kepada semua yang datang. Thus ada extra-extra lagi. And kami yang balik dengan 'berbekas-bekas' bubur asyoora tu.. ambik keputusan untuk berkongsi 'nikmat' dengan jiran-jiran di kawasan perumahan yang terdekat.

Tabarak Allahu fikum.. terima kasih atas jemputan serta pengalaman. Ada rezeki tahun hadapan kami repeat lagi..

Daa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...