Beautiful Friends

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, November 10, 2017

Yang sedikit tapi lebih dari cukup..

Musim hujan yang tak menentu.. perut lapar.. makna nye masuk dapur la kita. Tapi life berniaga makan ni.. perut orang kita jaga.. perut sendiri.. maklum sajalah. Ada masa.. ended up.. tapau saja. Ada masa.. gigihkan jugak badan nak masak walaupun hasil nye lauk campak-campak sahaja.

Hari ni pulak.. masya'Allah.. entah apa masalah.. punyalah letih.. punyalah mengantuk sampaikan terpaksa mintak izin dengan suami dengan anak-anak.. ibu masak lepas asar la ye. So in the mean time.. makan dulu la yang mengarut-ngarut di dapur tu.

- yang mengarut tu.. bi'makna sosej dengan scramble egg ke.. buat toast dengan sunny side up ke.. terpulang la.. janji boleh lapik perut sekejap.

Anak-anak ni pulak kalau nak tapau.. ada la 2-3 kedai yang memang jadi favorite. Tapi bila dah hujan ni.. ibu nye pulak liat tahap maksimum nak drive keluar.

Long short story.. lepas asar kita tunai janji. Pi petik ulam raja.. ambik daun kunyit sehelai dua. Cik Asben proses budu dengan tempoyak and masak nasik. And si ibu ambik tugas masak lauk.




Lauk pun tak perlu yang macam-macam. Janji yang berkuah.. pedas sikit.. si anak dengan suami dah lebih dari cukup.


And hasil nye.. masak lemak cili api ikan tenggiri salai dengan telur ikan. Kita tambah sikit pucuk muda daun kunyit nak bagi naik aroma. Sambil tu kita goreng ikan gelama jeruk untuk bagi naik selera.


Alhamdulillah. Tak ada huk.. tak ada hek. Lepas selesai makan malam (memang kami dinner awal) semua senyum tanda perut dah kenyang.

Alhamdulillah.. walaupun nampak sedikit (sebab 1 jenis lauk sahaja) tapi sebenarnya dah lebih dari cukup buat kami.

Alhamdulillah.. rezeki Allah beri.

Assalamualaikum.

Wednesday, November 8, 2017

Delegate your tasks..

If you can't do everything.. delegates the chores.

Dulu pernah saya ditegur hanya kerana membenarkan si suami memandikan anak. Walhal anak sendiri tu.. saya tanyakan semula pada si arwah.. 

'salah ke orang lelaki tolong si isteri memandikan anak.. mencuci berak.. jangan la tau buat anak saja.. tanggungjawab pun sama-sama la pegang.'

Kasar.. indeed.. tapi kalau itulah caranya untuk 'mensekolahkan' kaum bapa yang rasa tugasnya hanya setakat baca surat khabar sambil hisap rokok and the rest si isteri yang kena pikul.. memang alamatnya ramai la yang si isteri 'meroyan' di rumah.

Dulu.. mungkin nampak rasional kerana si suami bekerja keras di ladang atau di bendang. Hatta bila balik sahaja ke rumah maka si isteri akan ambik bahagian untuk menyenangkan si suami. Hidang makanan and all.

Tapi hari ini bila mana si isteri sama-sama pikul tanggungjawab mencari rezeki.. rasa mungkin tak patut jugak si isteri diberatkan dengan semua tugasan di rumah.

In my case.. mungkin saya sedikit bertuah.. si suami ada masa rajin masuk dapur.. masak serba sedikit. Ada masa.. dia jugak yang melipat kain. Bila kami ada rancangan menjemput kawan-kawan bertandang ke rumah untuk sembang-sembang dan makan-makan.. dia jugak akan sama-sama ambik tugas membersihkan mana yang patut.. vacuum rumah.. cuci toilet atau yang paling kerap.. membersihkan mini garden kami.

Tak jatuh standard pun bila si kaum Adam pegang penyapu.. pegang mob.

Sebaliknya.. ko sanggup ke duduk dalam rumah yang berserabut. Ko sanggup ke tengok pinggan-mangguk berlonggok tak bercuci. Ko sanggup ke tengok Cik Spidy tompang buat rumah kat ceruk pintu. Rumah ko jugak kan. So ape salah kalau sama-sama jaga kebersihan dalam rumah.. rumah ko jugak kannnn..

Tapi kalau dah mind-set.. aku lelaki.. ko perempuan and perempuan kena buat semua kerja rumah.. my condolence to you girl. Otherwise kalau ko memang jenis memanjakan si suami siap pesan.. just sit back and relax. Rezeki masing-masing la kan.

Thus pagi ni.. warong tutup.. nak bersarapan di luar.. selera ting-tong. Tambah pulak dengan hari hujan. Hatta selepas selesai menghantar yang Si Sulong ke sekolah kami terus sahaja balik ke rumah and ambik bahagian masing-masing.


Walla.. kita makan nasik berlauk la pagi ni ye. Air tangan dari Cik Asben. While me.. kita masak nasik.. buat air teh delima.. petik ulam (ganti sayur) and selepas sejemput nasik seekor ikan and secawan teh.. kenyang tersandar la masing-masing.

Alhamdulillah.. semua pun rezeki dari Allah.

Assalamualaikum..

Tuesday, November 7, 2017

SPM 2017.. insya'Allah khair.. bittaufik wannajah Amsyar

Bi'iznillah..
Dan hanya doa dari ayah dan ibu mengiringi si anak ketika sedang dia bertarung dengan SPM 2017.

Lulus SPM bukan bererti CONFIRM cemerlang dalam hidup and I agree. Tapi dah kita hari-hari disuapkan dengan mentaliti.. tak masuk Uni.. susah ko nanti.

Sebenarnya.. hanya dengan bergelar seorang mahasiswa/mahasiswi Uni pun belum tentu kelak kita mampu hidup senang lenang. Sedangkan fungsi sesebuah Uni itu hanya untuk memberikan pendidikan yang sepatutnya di samping sedikit sebanyak juga berfungsi sebagai satu medium untuk menyediakan seseorang pelajar untuk melangkah ke alam yang seterusnya. Yang lebih penting.. Uni itu berfungsi sebagai satu medium pengukur kematangan seseorang pelajar itu.

And in my life I've seen ramai yang bukan bergelar pelajar Uni tapi masih mampu drives good car, living in nice house, anak-anak semua elok terurus di samping belajar di sekolah yang baik-baik jugak.

In my case.. mungkin ada sedikit berbeza. Well.. staying in oversea and previously anak-anak semua enroll for international school.. the moment kami balik ke sini.. kami terus memilih for sekolah kerajaan.. wahhhhhh.. banyak nye sok-sek-sok-sek yang kami dengar.

Long short story.. kalau kurang sabar lama dah rasa me bergaduh dengan orang yang bermulut tutttttt.. Tapi.. biar je la kan. Masakan mulut orang mampu ditutup. Begitu jugak bila Amsyar kami putuskan to sit for SPM instead of IGCSE.

As I said many times earlier.. bila kita dah balik ke Malaya.. kita ikutlah dan buatlah apa-apa yang sepatutnya.

Cuma bagi si anak.. bukan mudah untuk adapt to the Malaysian education hatta untuk lulus paper BM pun seriau nyer macam nak pi berperang. Thus bila ditanya.. how's he with his education.. yang mampu kami jawab.. bi'iznillah.. doa yang baik-baik sahaja. Kami sebagai his parent hanya mampu support and membantu apa-apa yang perlu.

Tidak perlu disulam dengan ayat-ayat.. 'biasalah.. anak orang dah lama dok oversea balik Malaysia.. nak senang masuk jer la sekolah antarabangsa.. etc.' Anak kami.. dan kami tahu setakat mana kemampuannya.

Sila hormati keputusan kami for there must be a reason for every action.

Same goes to any other person.

P/s ; hanya orang yang melalui akan faham perasaan dan keadaan kami.

Hatta jika hanya setakat LULUS.. syukor alhamdulillah.

Thursday, November 2, 2017

My Joy..

Arif : Biasanya yang leftovers tu ibu buat ape?
Me : Ibu sedekahlah.. if otherwise.. ada masa ibu buang jer
Arif : Ibu sedekah kat siapa?
Ibu : Nobody in particular.. kadang-kadang cleaners yang ibu jumpa tepi jalan tu.. yang keja buat rumah tu ke.. why?
Arif : Kalau ibu pack sikit-sikit and then ibu share dengan kawan-kawan Arif boleh ke? Sebab ada tu.. balik sekolah dia orang makan meggi jer kat rumah.. mak ayah dia orang balik lewat. Ada tu malam baru balik keja
Me : Kenape Arif nak buat macam ni?
Arif : Arif kesian dengan kawan-kawan Arif tu
Me : Arif dapat ape buat macam ni?
Arif : Tak ada ape-ape.. Uwan la yang dapat pahala sebab ni leftovers kedai Uwan
Me : Okey.. bila Arif nak start?
Arif : Bila-bila pun boleh..


Note : 
This 'secret agenda' between me and Arif has been going on for more than a month now. And setiap kali kereta kami masuk kawasan sekolah.. ada di antara murid-murid sekolah ni dah sedia maklum.. kalau dulu Arif offer vitagen now dia buat projek plain mi goreng.. kue tiaw goreng or bihun goreng kat kawan-kawan dia pulak.




Me.. personally.. I'm more than happy for him. Happy sebab dia ada rasa empathy for others and hopefully this 'whatever his doing' will continuously thus he persistently doing the good deed for the benefit of all.

Wednesday, October 11, 2017

Masak lemak cili api ikan salai.. bukan senang nak makan sedap babe..

Masakan yang sangat sinonim dengan orang Negeri Sembilan. Setakat nak masak.. memang senang.. memang ringkas. Tapi proses yang meyalai ikan keli tu.. ada sikit 'manja' la. Tapi kut nak senang.. beli yang ready made jer. Sepanjang jalan dari Seremban ke Kuala Pilah.. ramai jer yang berjual.

Kisah nyer..
Kebetulan minggu lepas ada tempahan daging salai. Alang-alang kami dah main asap.. kami salai jugak la ikan keli dalam 40 ekor. Boleh buat stok sikit.


First and foremost.. ikan keli. Kena cuci bersih.. buang darah hitam then dicuci lagi sekali dengan asam limau. Sebab nak buang hanyir ikan keli and buang lemak and lendir. Semua pun sedia maklum kan.. ikan keli memang banyak lemak and lendir.


Then kami cari pulak pelepah daun pisang. Yang ini untuk dijadikan 'bantal' tempat alas ikan keli tu nanti. So nanti tak ada la melekat ke jaring tempat menyalai tu. Tapi pelepah daun pisang tu pun kami cuci.. takmo la ada benda-benda pelik yang sekali melekat. Benda nak jadi darah daging ni.


Tang sabut kelapa pulak.. kami jemur terlebih dulu. Musim-musim hujan ni.. sabut selalu jadi lembab. Bila sabut lembab.. menyalai jadi lama.. bau asap pun macam tak best jer.


Dah selesai mencuci semua ikan salai tu.. barulah kami salai.. yang bawah kami alas dengan pelepah daun pisang.. hat yang atas kami tutup pulak dengan daun pisang. Biar melekat aroma daun pisang tu. Percayalah.. ikan keli yang disalai dengan sabut kelapa dan ditutup pulak dengan daun pisang.. lebih wangi dari yang disalai dengan kayu-kayu biasa tu.


Sedia maklum ikan keli ni banyak lemak.. api dan asap sabut kelapa kena 'monitor' selalu. Sebab silap-silap pandang.. boleh rentung nanti. Ikan keli ni banyak lemak.. bila disalai tu.. lemak tu akan bertukar jadi minyak.. and minyak ni la yang akan jadi bahan bakar.

Kami ni dah ada pengalaman. Rentung sekali jalan 30 ekor ikan keli. Terpaksa pulak mencari stok yang lain untuk diganti.. orang dah berharap.. kita pun tak sampai hati nak kata 'tidak'.


Tapi tu la kan.. rezeki dari berniaga ni.. stok sendiri.. insya'Allah sentiasa ada. Nak dijadikan cerita.. ada pulak customer yang baik hati bagi buah belimbing buluh. Apa lagi.. pucuk dicita.. masak lemak cili api kami malam kelmarin. Kuah and ikan keli sama habis. Seperiuk nasi tak berbaki. Anak-anak semua senyum tersandar. Tak ada la sok sek sok sek perut lapar mintak 'jajan' menjelang tengah malam.

Habis dah cerita menyalai ikan keli.. ada rezeki kita sambung dengan cerita lain pulak.

Ilal liqa' peeps.. assalamualaikum.

Wednesday, September 20, 2017

Debt FREE.. ameennn


Situation : Sending my boys to school
Son : Ibu.. yang kat depan ni keta ape?
Me : Keta bla bla bla
Son : Budget?
Me : I have no idea.. I have to study first
Son : I think its gonna be my first car
Me : Why.. keta lain tak minat?
Son : Buat ape keta mahal. You still have to go from point A to point B dengan jalan jem. Plus.. abang tak nak buat HUTANG banyak. Better kalau takde hutang langsung. Debt free.. kepala pun tak serabut.


Note : Ini percakapan budak 17yo, mudah-mudahan he stays in he's good conscience. Ameennn.

Sebenarnya.. dalam family kami.. memang anak-anak tak diajar bermewah-mewah. Belanja biar berhemah. Baju raya pun tee yang harga RM50 untuk 3 helai. Shared between Cik Asben, Amsyar and Haazem. Ya'ni sorang sehelai la. The rest pusing balik pakai baju hat yang lepas-lepas. Janji bersih.. alhamdulillah. Lagi pun tak nampak 'kemestian' beli yang baru when you can still guna yang lama.

Same goes to me. Baju raya pun hanya guna baju kurung yang 3-4 tahun yang lepas. Pinggang sendat.. kita pi alter besarkan sikit. (faktor usia.. biasa la kan). Lagi pun sekerap mana sangat kami ber-siap.. berdandan.. beriya. Jalan-jalan pi mall pun.. kami sekeluarga lebih selesa dengan trek-suit and tee for the boys (same goes with the father) and me.. jeans and blause.

Ada masa.. dia orang ni pakai selipar celepak-celepuk tu jer time family outing. Nak selesa (kata nyer).

Cuma yang Ibu ni.. kena la proper sikit. Ada masa bila too simple.. anak-anak 'berbunyi' jugak. Jadi wakil si Ayah la tu.

But what we're practicing here might not be applicable to others. Ada orang suka berdandan.. berhias.. neat and presentable. Yes.. we go by this rule as well. Cuma.. by far.. it doesn't has to be in kaching $$$$.

Selalu jugak kami ni yang the parent pesan.. just who are you trying to impress? Yourself or others. Tak payah nak macam-macam. Ayat bunyi memang kasar.. tapi macam tu la.

Sama jugak bila anak-anak nak beli 'something'. Kami biasa nyer practice sistem 'earn & subsidy'. You nak something.. you have to earn it. No easy peasy. So.. dengan cara ni.. dia orang akan lebih appreciate the things which they bought. Sebab ada guna duit/tenaga/usaha sendiri. Nak upgrade.. sure can.. sama ada you top-up with your own money or any other good deed. Pernah jugak ada orang kata.. kami ni terlalu berkira. Terpulanglah.. cuma apa yang kami nak terapkan.. is for them to value the money.

Contoh : hari outing to MPS book store
- You beli buku latihan sekolah.. its all free ya'ni kami akan belanja.
- But if you wanna buy a novel ke.. Percy Jackson ke.. Diary of a Wimpy Kid ke.. (ini memang selalu).. so kami akan impose a budget. Below budget.. you get it for free.. you go over budget.. then you have to top-up with your own money.. or any other good deeds or some good achievement.
- You tak beli apa-apa.. then the budget money allocate will be given in full to you.
- Simple rule kan.

Same goes to any gadgets. Tau je la budak-budak hari ni. Macam-macam.


End of the day.. kita la yang pegang tanggungjawab mencorakkan anak-anak kita. They are actually the 'mirror' of ourselves.

Happy working Wednesday friends.
P/s ; me dah 3 hari tak jenguk kedai.. jaga anak yang sorang ni.. hunger pangs kata si Tuan Doktor.

Wednesday, June 14, 2017

Terima kasih Allah.. terima kasih semua..

Apakan daya..

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.


Alhamdulillah.. rezeki bulan Ramadhan.. daging salai kami dapat permintaan luar jangkaan. Tak menang tangan hence ada jugak last minute order yang kami terpaksa tolak.

Dah jadi macam tu.. kami cuba menyampaikan hajat kawan-kawan yang masih setia menunggu masak lemak cili api daging dan puyoh salai. Thus jika panjang rezeki kami.. warong Uwan Achik akan dibuka semula minggu terakhir Ramadhan ini. Ini pun sebab (insya'Allah) segala urusan jualan daging salai mentah (sepatutnya) selesai hari Ahad ni. Then kami akan sambung pulak selepas cuti hari raya. Itu pun hanya untuk kawan-kawan dari middle-east yang berhajat nak bawak stok terlarang ni ke sana.

As I said.. kami cuma mampu merancang.. tapi Allah yang menentukan. Dan mungkin jugak disebabkan ini tahun pertama kami berjual daging salai.. so banyak perkara yang tidak kami jangkakan.

Nevertheless.. terima kasih Allah.. terima kasih semua kerana masih setia dengan air tangan kami.

Sunday, June 11, 2017

Safe Ampang Park.. save Cozy Corner..

Alhamdulillah..

Sampai jugak hajat kami nak dine di Cozy Corner, Ampang Park. Selama ni kami tak pernah pulak beriya sangat nak makan di sini. Tapi bila saja dapat berita yang Ampang Park bakal dirobohkan untuk beri laluan kepada projek MRT.. tak semena-mena terus macam panic attack.. nak jugak kena makan di sini at least buat kali yang terakhir.

Hence since la ni bulan Ramadhan.. kelam kabut jugak la nak cari masa. So.. iftar puasa hari ke-16 jadik pilihan kami.

And seawal 11.33am.. Ibu dah buat appoitment.. takut terlepas lagi.. sebab hari sebelum tu kami call lepas waktu zohor and diberitahu  'full house'.

Sejak dari awal lagi.. masing-masing dah mind-set nak order makanan yang tertentu. Yang sebetulnya dari kecil anak-anak pun dah biasa makan di sini thus masing-masing dah ada favorite dish.

Sesampai di sana.. terus dapat meja and kami mula order makanan. Cuma sedikit unfortunate nasik ayam yang jadi kesukaan Ibu no longer dijual thus terpaksalah Ibu order makanan yang lain.

The one thing yang 'wajib' ada..

Jom.. Ibu belanja sikit gambar-gambar dari our iftar-dine-out.






Kalau nak kira.. pilihan kami yang biasa-biasa saja tapi dah tempat ni kami dah terbiasa sejak dari zaman Ibu bekerja di Jalan Pinang, KL.. and Cik Asben pun selalu berkumpol di sini dengan kawan-kawan serumah masa zaman bujang dulu lagi.. then kami heret pulak anak-anak makan di sini.. so let just say.. Cozy Corner ni dah macam tempat wajib ziarah pada kami jika berkunjung ke Ampang Park..

And selepas selesai iftar.. terus sahaja kami balik ke rumah.. sempat lagi nak maghrib di rumah babe.

P/s; Cozy Corner will always be in our heart.

Sunday, June 4, 2017

Salam 9 Ramadhan..

Alhamdulillah..

Sudah masuk hari yang ke 9 kita berpuasa. Syukur jugak kita masih diberikan peluang untuk sama-sama menyambut Ramadhan tahun ini.

Unlike tahun-tahun yang lepas biasanya kami bercuti sepanjang bulan Ramadhan dan dilanjutkan sehingga ke 2 minggu selepas Syawal. Tapi tahun ni kami ambil keputusan untuk cuba berniaga daging salai (raw) dan jugak lauk-pauk tradisional masyarakat N9.

Rezeki dari Allah.. rezeki anak-anak jugak. Ditambah pulak dengan pemberian 'istimewa' dari Tok Ayah untuk ke-3 cucu lelaki nyer.

Tak menang tangan dengan tempahan daging salai serta catering untuk iftar. Hinggakan ada yang terpaksa kami tolak disebabkan oleh kekangan masa serta keadaan.. anak nak exam SPM babe.. ibu ayah kena pantau dok sebelah jugak. Duit kena carik jugak.. masa depan anak pun nak kena jaga jugak.

Dah jadi macam tu.. ada masa yang si ibu ni terpaksa akur dengan masak untuk sahur dan iftar dengan masakan yang lebih ringkas. Lebih cepat untuk disediakan. And selalu nyer (just like sahur pagi tadi) yang menjadi pilihan anak-anak (dah sedia maklum) dah tentu nyer ikan bilis goreng berlada dan ikan sardin masak sambal (biasa nyer ibu buat sedikit berkuah dan diperah dengan asam limau untuk over come bau hanyir ikan sardin).


Again syukur.. anak-anak tidak banyak 'songeh'. Cuma si Cinonet (Arif) masih perlu disuap makan if otherwise makan tak kenyang la time sahur tu.


Bagi kami.. semua ini satu cabaran yang perlu kami sambut selepas keluar dari comfort zone.. sudah sampai masa untuk kami cabar diri kami sendiri.. kemampuan diri. No more suka-suki as we were 10 years back.

Doakan yang baik-baik sahaja untuk kami sahabat..

P/s; and I quote

TO CHANGE YOUR LIFE,
YOU HAVE TO CHANGE YOURSELF.
TO CHANGE YOURSELF,
YOU HAVE TO CHANGE YOUR MINDSET.

Tuesday, May 30, 2017

Salam 4 Ramadhan..

Alhamdulillah..

Rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun pernah gambar dicilok.. walaupun ada yang markup harga gila-gila.. walaupun ada yang komplen upah memasak lauk-pauk kami mahal.. syukur.. masih ada yang percaya dengan air tangan kami.


Tambah syukur bila Cik Asben yang selama ini diketahui hanya pandai mengolah 'instruction' di hujung jari.. betah sudah bermain asap.. bermain api.. demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Anak-anak pula jika suatu ketika dulu yang hanya kenal The Avenues.. 360 Mall.. Oriental Cuisine.. gradually in the learning process mengukur jalan di Jaya Jusco.. The Curve.. Pavilion.. atau mungkin KLCC (jika ada kesempatan).

Ini semua tempoh peralihan yang kami terpaksa lalui setelah hampir 10 tahun berkampung di Tanah Negara Berdengung.

Jika dulu (sekarang pun sebenarnya) anak-anak jadi bahan ketawa kerana sebutan perkataan yang agak pelik.. naive in the history of local heroes.. bab ejaan karangan Bahasa Malaysia yang kurang tepat (Ibu sendiri tidak terkecuali).. kami akur dan kami cuba perbaiki.

There's a saying..
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Kami yakin dengan ketentuan Allah. There's must be a very good reason kami dipanggil pulang ke Tanah Malaya. Dan September 15 tahun ini.. insya'Allah cukup sudah kami 2 tahun pulang ke tanah air.

Namun hidup harus diteruskan. Dengan kepandaian yang tidak seberapa.. kami akur. Kami yakin.. rezeki Allah itu luas asal sahaja ada yang sudi berusaha.


Buat teman-teman.. doakan usaha kami ini barakah.. doakan kesejahteraan keluarga kami dan semoga segala yang kami usahakan ini turut sama memberi menfaat kepada yang lain jua.

Insya'Allah.

Assalamualaikum.
Salam 4 Ramadhan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...