Beautiful Friends

Showing posts with label From Ibu's kitchen. Show all posts
Showing posts with label From Ibu's kitchen. Show all posts

Friday, November 10, 2017

Yang sedikit tapi lebih dari cukup..

Musim hujan yang tak menentu.. perut lapar.. makna nye masuk dapur la kita. Tapi life berniaga makan ni.. perut orang kita jaga.. perut sendiri.. maklum sajalah. Ada masa.. ended up.. tapau saja. Ada masa.. gigihkan jugak badan nak masak walaupun hasil nye lauk campak-campak sahaja.

Hari ni pulak.. masya'Allah.. entah apa masalah.. punyalah letih.. punyalah mengantuk sampaikan terpaksa mintak izin dengan suami dengan anak-anak.. ibu masak lepas asar la ye. So in the mean time.. makan dulu la yang mengarut-ngarut di dapur tu.

- yang mengarut tu.. bi'makna sosej dengan scramble egg ke.. buat toast dengan sunny side up ke.. terpulang la.. janji boleh lapik perut sekejap.

Anak-anak ni pulak kalau nak tapau.. ada la 2-3 kedai yang memang jadi favorite. Tapi bila dah hujan ni.. ibu nye pulak liat tahap maksimum nak drive keluar.

Long short story.. lepas asar kita tunai janji. Pi petik ulam raja.. ambik daun kunyit sehelai dua. Cik Asben proses budu dengan tempoyak and masak nasik. And si ibu ambik tugas masak lauk.




Lauk pun tak perlu yang macam-macam. Janji yang berkuah.. pedas sikit.. si anak dengan suami dah lebih dari cukup.


And hasil nye.. masak lemak cili api ikan tenggiri salai dengan telur ikan. Kita tambah sikit pucuk muda daun kunyit nak bagi naik aroma. Sambil tu kita goreng ikan gelama jeruk untuk bagi naik selera.


Alhamdulillah. Tak ada huk.. tak ada hek. Lepas selesai makan malam (memang kami dinner awal) semua senyum tanda perut dah kenyang.

Alhamdulillah.. walaupun nampak sedikit (sebab 1 jenis lauk sahaja) tapi sebenarnya dah lebih dari cukup buat kami.

Alhamdulillah.. rezeki Allah beri.

Assalamualaikum.

Wednesday, October 11, 2017

Masak lemak cili api ikan salai.. bukan senang nak makan sedap babe..

Masakan yang sangat sinonim dengan orang Negeri Sembilan. Setakat nak masak.. memang senang.. memang ringkas. Tapi proses yang meyalai ikan keli tu.. ada sikit 'manja' la. Tapi kut nak senang.. beli yang ready made jer. Sepanjang jalan dari Seremban ke Kuala Pilah.. ramai jer yang berjual.

Kisah nyer..
Kebetulan minggu lepas ada tempahan daging salai. Alang-alang kami dah main asap.. kami salai jugak la ikan keli dalam 40 ekor. Boleh buat stok sikit.


First and foremost.. ikan keli. Kena cuci bersih.. buang darah hitam then dicuci lagi sekali dengan asam limau. Sebab nak buang hanyir ikan keli and buang lemak and lendir. Semua pun sedia maklum kan.. ikan keli memang banyak lemak and lendir.


Then kami cari pulak pelepah daun pisang. Yang ini untuk dijadikan 'bantal' tempat alas ikan keli tu nanti. So nanti tak ada la melekat ke jaring tempat menyalai tu. Tapi pelepah daun pisang tu pun kami cuci.. takmo la ada benda-benda pelik yang sekali melekat. Benda nak jadi darah daging ni.


Tang sabut kelapa pulak.. kami jemur terlebih dulu. Musim-musim hujan ni.. sabut selalu jadi lembab. Bila sabut lembab.. menyalai jadi lama.. bau asap pun macam tak best jer.


Dah selesai mencuci semua ikan salai tu.. barulah kami salai.. yang bawah kami alas dengan pelepah daun pisang.. hat yang atas kami tutup pulak dengan daun pisang. Biar melekat aroma daun pisang tu. Percayalah.. ikan keli yang disalai dengan sabut kelapa dan ditutup pulak dengan daun pisang.. lebih wangi dari yang disalai dengan kayu-kayu biasa tu.


Sedia maklum ikan keli ni banyak lemak.. api dan asap sabut kelapa kena 'monitor' selalu. Sebab silap-silap pandang.. boleh rentung nanti. Ikan keli ni banyak lemak.. bila disalai tu.. lemak tu akan bertukar jadi minyak.. and minyak ni la yang akan jadi bahan bakar.

Kami ni dah ada pengalaman. Rentung sekali jalan 30 ekor ikan keli. Terpaksa pulak mencari stok yang lain untuk diganti.. orang dah berharap.. kita pun tak sampai hati nak kata 'tidak'.


Tapi tu la kan.. rezeki dari berniaga ni.. stok sendiri.. insya'Allah sentiasa ada. Nak dijadikan cerita.. ada pulak customer yang baik hati bagi buah belimbing buluh. Apa lagi.. pucuk dicita.. masak lemak cili api kami malam kelmarin. Kuah and ikan keli sama habis. Seperiuk nasi tak berbaki. Anak-anak semua senyum tersandar. Tak ada la sok sek sok sek perut lapar mintak 'jajan' menjelang tengah malam.

Habis dah cerita menyalai ikan keli.. ada rezeki kita sambung dengan cerita lain pulak.

Ilal liqa' peeps.. assalamualaikum.

Friday, May 19, 2017

Sup daging salai..

Assalamualaikum all..



Kisah nyer..
Minggu ni anak-anak mula nak mid-year exam. Thus.. seboleh-bolehnya Ibu try masak untuk dia orang. Elakkan makan kat luar. Simple reason.. takmo ada yang tersalah makan etc. Tambahan dengan sekarang ni cuaca tak menentu. Last week.. Si Manja kena perging. Mujur tak melarat berhari-hari. Itu pun sebab dia makan something dari pasar malam. Habis jer makan terus perut rasa memulas. Sampaikan terpaksa ponteng kelas tuisyen.

Tapi sebenanrnya.. pada Ibu masak ni tak berat mana. Ikut apa yang ada dalam fridge. And tambah senang sebab Ibu memang berjual daging salai. So kira lauk emergency jugak la tu.

P/s; Daging salai ni macam-macam boleh masak. Bukan setakat nak buat masak lemak cili api sahaja. Senang-senang Ibu paste resepi sup daging salai.

Ilal liqa'..

Friday, January 27, 2017

Tetamu bawa rezeki..

Assalamualaikum all.. & Jumma mubarak..

Pagi-pagi lagi Ibu dah dapat wassup dari adik yang sorang ni. Nak datang ke warong kata nyer. Dah alang-alang hari Jumaat.. Ibu pelawa lajak solat Jumaat dulu.. lunch then terpulanglah program terjah selepas tu.

Alhamdulillah.. dari bersarapan di warong.. selepas tu solat Jumaat and lunch. Just as I planned. Cuma bila dah tetamu main terjah ni.. benda pertama yang kita terfikir.. sure bab makan. Walaupun dia orang ni tak minta dijamu itu ini.. kita sebagai tuan rumah sebaiknya buatlah apa yang perlu.



'tetamu itu rezeki.. tetamu itu bawa barakah'


And dah sedia maklum Ibu memang berjual daging and perut salai.. kita jamu saja adik-adik dengan lauk yang paling sinonim dengan orang N9.


Sementara suami.. anak-anak and adik-adik solat Jumaat di Masjid Al-Faizin.. Ibu berperang di dapur dengan apa-apa yang sempat dipetik dari gerobok fridge yang dah hampir kering.

Hasilnya..
- gulai daging and perut salai
- ayam goreng kunyit
- sayur campur
- telur dadar
- ulam
- buah epal
:: alhamdulillah.. sempat Ibu masak semua ni sementara menunggu dia orang semua balik dari solat.. (suspen sebenar nye..)

And since Ibu masak extra dari biasa (kuantiti).. rasa nyer sempatlah kami lajak untuk dinner sekali. Untuk esok kita fikir laa apa yang patut pulak.

P/s;
Terharu bila masih ada adik-adik dari Kuwait Universiti yang ingat lagi kami di sini.

Khalass..

Wednesday, January 18, 2017

Less is more..

Assalamualaikum all..

Siapa kata berniaga makan ni senang.. kita masak mengikut tekak and kehendak pelanggan. Tapi bila sendiri nak makan.. most of the time (me) jadi pening nak memikir. At last.. ada masa sendiri pi makan kat kedai orang lain.

This week was no different.. and for an example.. hari ni badan memang letih sangat. Customers none stop dari jam 7.30-11.30 pagi.. macam-macam ragam.. macam-macam kerenah. Lepas jer berniaga.. and selesai tugas 'supir' terus tertidur.


Bangun jam 3.00 petang.. perut terus mintak diisi. Cuma kali ni memang malas sungguh nak bersiap.. malas nak keluar makan. So dengan segala kekuatan and kerajinan yang tinggal (ececehhhh).. kita masak sendiri jer la ari ni ye..


End result.. what-so-ever yang jumpa dalam fridge..
- ikan cencaru bakar
- goreng kangkung pedas
- ulam kacang panjang and kacang botor
- telur masin
- left over kuah masak lemak ikan tinggiri
- and buah tangan dari Cik Asben.. keropok lidi yang dah berkurun dok simpan dalam gerobok atas rumah

Khalass..       

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...