Sunday, September 23, 2012

Hantarannya kami terima..


Memang BEST.. tapi bukanlah Ibu yang bake. Something yang really really and really impossible laa kalau Ibu yang buat. Tapi mana tau kan, di mana ada usaha.. di situ ada result. Buah tangan dari Ustaz Romizi. Seganlah pulak Ibu.. Ibu yang pompuan ni pun tak pernah bermimpi nak mem-bake sebegini. Ini.. orang bujang pulak.. hishhhh.. nevertheless.. alhamdulillah.


Kalau di Kuwait ni, inilah antara bakery yang paling femes. Harga pun.. boleh tahan laa.. Tapi jangan laa pulak tertipu. Ini cuma luaran semata-mata.. isi nyer..


Jeng.. jeng.. jenggggg.. wallahhhhh.. cayalah Ustaz Mizi. Macam ni punya kek coklat bukan saja cantik di luar tapi jugak sedap di dalamnya. Malam tadi anak-anak memang dah tak sabar nak makan but since its still hot, so terpaksalah kami tangguhkan dulu hajat nak merasa kek coklat straight from the oven. Sabar ya sayang.. hari ni balik skul.. makanlah puas-puas..


Ini pulak gambar dari previous morning coffee at Ibu's place. Time ni sawi pun banyak yang terjojol menampakkan diri lagi. But since Ibu masak terlebih banyak pagi tu so cuma separuh sahaja yang bermakan. So, dengan prinsip tidak mahu membazir maka Ibu re-pack semula. Biasalah kan kan kan. Sesak-sesak, goreng saja semula.


Ini gambar untuk tapau Cik Asben hari ni. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikanNya. So kenapa kita mesti membazir. Ibu langsung tak malu atau segan kalau bab-bab recycle ni. Kita sendiri yang masak. So, apa masalahnya kan?? Alhamdulillah jugak laa sebab Cik Asben tak pernah nak berkira dengan apa-apa yang Ibu bekalkan untuk lunch. As long as bersih dan halal, alhamdulillah syukur.. Aside from the mihun goreng, Ibu bekalkan jugak beberapa potong kek coklat pemberian Ustaz Mizi, knowing that masa lunch biasanya Cik Asben makan dengan his other colleagues. Apa salahnya kita berkongsi rezeki yang ada kan kan kan...


Nah, inilah jejaka Malaya yang telah dengan gigih dan rajinnya menghadiahkan Ibu dan keluarga sebiji kek coklat yang memang BEST tu. Dulu satu Kuwait ni kecoh dengan air tangan Ustaz Mizi yang mana kuih bakarnya tersangat la sedap. Ibu selaku "muka kurang segan" sempat laa meng-order 2 biji kuih bakar tu. Sedap?? Memang sedap. Bertuahlah pada kaum HAWA yang dapat bersuamikan Ustaz Mizi ni. Dah laa pandai ilmu agama, dah tu pandai masak pulak tu. Mujur Ibu tak ada anak dara yang available. Otherwise, lama dah Ibu try kenen-kenen kan..


No comments:

Post a Comment