Monday, September 24, 2012

Morning coffee.. tekak Melayu..


Just recently, Ibu sempat buat morning coffee di rumah kami di Hawally. Memandangkan kami tak sempat nak buat jamuan Hari Raya Aidil Fitri, harapnya kawan-kawan berpuas hati dengan "sarapan" ala tekak dan selera orang Melayu. Buat ala kadar saja, yang mustahak sebenarnya "nak berkumpul" and catching-up with others. Maklum sajalah, kami balik cuti 2.5 months. Sudah tentu banyak cerita ceriti yang nak dikongsi bersama.

As shown in the pic, juadah yang hendak dijamukan pun tak sempat nak berposing sepenuhnya.. waktu ni Ibu masih di dapur nak mengangkut apa yang patut ke meja makan. So, hasilnya.. ini sahajalah yang sempat berposing. Once dah siap pulak, kami pulak yang tak sempat nak snap bahan bukti sebab jemputan dah sampai. Haisshhh...


Inilah nasi goreng kampung yang tak sempat hendak di-make-up-kan. Harap maklum sahajalah.. Ibu ni bukannya handal sangat masak. Bila dah hidang macam ni, perasan kurang sangatlah pulak "kang kung" sebab semua tenggelam dek nasi. Ibu tengok pun macam tak selera jer. So since that barang kawalan masih under control tambahan pulak baru sampai ni kan, jadi berani laa nak tabur ikan bilis goreng lebih-lebih sikit. Maka, akhirnya...


Semenggahlah sikit rupa nasi goreng kampung tu. Tho' masih tak puas hati (benda dah lepas kan), redha je laa dengan apa yang ada.


Orang Melayu tak sah kalau sarapan tak ada "nasik lemak". Cuma since kami terpaksa berhemah dengan penggunaan ikan bilis, so Ibu gantikan dengan sambal tumis udang dengan petai. Ikan bilis di sini memang banyak. Pilih saja nak besar mana.. tapi still tak boleh beat dengan ikan bilis dari Tanah Malaya. Dah la besar, keras kejung pulak tu. Mau luka gusi kalau melayan ikan bilis tu. Tapi kalau dah sesak sangat tu.. layan la jugak..


Ini pun tak sempat nak posing habis. Tak sempat lagi nak letak tauhu pok (tauhu kelompong) Cik Asben nak snap gambar. Tapi cukuplah sekadar bahan bukti dan kenang-kenangan untuk morning coffee di rumah kami. Bahan-bahan semua Ibu beli dari kedai Bobby. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, semua angkut dari Tanah Malaya. Hatta fish ball, fish cake dan apa-apa yang sewaktu dengannya semua kalau boleh nak diangkut dari sana. Setakat nak makan seminggu dua tu, lepas laa lagi tekak. Tapi tahun ni, rasa malaslah pulak nak memberatkan beg. So Ibu bawak apa yang "tersangat wajib" saja.


Mi kuning pun tak sempat nak bukak "veil" lagi. Kesiannnn.. berpeluh-peluh.. Tapi memang terpaksa buat macam ni pun. Maklum sajalah, duduk di negara Pasir Berdengung ni.. debu-debu halus tu ikut suka hati je nak hinggap sana sini.


Last but not least, mihun goreng tom yam. Paste tom yam banyak lagi dari last stocks. So kena extra rajin laa nak perabih stok-stok lama. Before cecah expiry date.. Tak banyak pun lagi tapi janganlah pulak mentang-mentang yang baru dah ada, yang lama tak pandang pulak lagi. Memang berjasa sangatlah paste tom yam hat Abadi tu. Buat sup okey, buat perencah nasi goreng pun boleh, buat penumis mihun goreng sudah semestinya.


Uncle Bob, selaku tetamu yang paling awal sampai. Elok jugak tu. Ada laa orang nak melayan bebudak tu. Semua dah bosan nak tunggu kawan-kawan datang. Adatlah bila dah jauh dari keluarga ni, menumpang kasih pada yang ada sahajalah..






No comments:

Post a Comment