Monday, September 17, 2012

Makanan yang menambahkan DARAH.


Jangan ambil mudah jika tubuh anda kekurangan darah. Terutama bagi wanita yang sedang berdiet, tingkat penurunan darah lebih besar kerana tidak banyak memperoleh nutrisi. Sel darah merah (haemoglobin) berperanan sangat penting untuk kesihatan kerana darah adalah medium yang mengangkut zat makanan dan oksigen. Jika kekurangan darah, seseorang mampu mengalami anemia yang gejala awalnya seperti lemah, lesu dan lelah.

Jika kekurangan haemoglobin, jangan terburu-buru untuk minum suplimen penambah darah. Sebagai langkah awal mengatasi kurang darah, anda boleh memilih cara yang lebih semulajadi iaitu dengan mengamalkan makanan yang sihat.

Orang yang menderita darah rendah atau Hb (hemoglobin) rendah atau anemia akan mengalami gejala seperti sakit lelah, lemas, pucat, jantung berdebar kencang, nafas yang pendek. Jika anemianya sudah kritikal maka akan timbul sakit dada, degupan jantung meningkat atau pengsan.


1. Daging

Daging dapat meningkatkan haemoglobin dan kaya zat besi. Selain itu, daging mudah diserap oleh usus sehingga tidak menyebabkan pencernaan tersumbat. Namun, jangan berlebihan makan daging kerana dapat membuat risiko serangan jantung bertambah. Amalkanlah memakan daging rendah lemak dengan menu diet yang seimbang.


2. Sayuran

Sayuran merupakan salah satu makanan untuk penambah darah. Akan tetapi, tidak semua sayuran dapat mengurangi anemia. Sayuran penambah darah antara lain adalah seperti bayam, ubi, kacang hijau, kacang merah, lobak, kentang, brokoli dan sawi. Dari sekian banyak sayuran, ubi adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Ubi mengandung zat besi, mengaktifkan sel-sel darah merah dan menambah oksigen ke dalam darah.
Selain dari itu, dengan mengamalkan memakan sayur-sayuran ini anda bukan sahaja dapat mengawal masalah berat badan bahkan menjaga sistem percernaan agar tetap aktif.


3. Buah-buahan

Buah-buahan seperti kismis, plum, epel, anggur dan tembikai, tidak hanya melancarkan aliran darah, tapi juga menambah jumlah sel darah merah. Buah jeruk dan limau juga menambahkan zat besi ke tubuh anda.


Buah bit atau beetroot, merupakan buah yang kaya dengan zat besi dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan sel-sel darah merah serta melancarkan aliran darah.


4. Kekacang

Beberapa jenis kacang dapat mengatasi kekurangan darah, terutama kacang almond. Satu aun kacang almond setiap hari memberikan 6% zat besi ke dalam tubuh. Di samping itu, harga kacang almond juga adalah lebih murah daripada kacang yang lain-lain.


Manakala kelebihan terbesar dari kacang hijau terletak pada kandungan karbohidrat yang mencapai lebih dari 55%. Biji kacang yang mengandung gula, serat dan pati, dengan kuasa pencernaan yang mampu mencapai 99.8%, menjadikannya makanan "pilihan" bayi yang belum mampu mencerna makanan dengan baik. Selain itu, karbohidrat semulajadinya sudah terbukti bagus untuk menunjang penambahan sel-sel darah merah.


5. Roti, Havermut dan bijiran.

Ketiga makanan ini memberikan 20% zat besi jika anda mengamalkannya setiap hari. Gandum membuat badan lebih sihat sehingga perlu dimasukan ke dalam jadual diet anda. Gandum juga mempunyai banyak kandungan zat besi yang mengurangi risiko anda terkena anemia berat.


- Bonus -
Kunyit Penambah Darah

Sepotong kunyit diparut dan diperah lalu campur dengan satu butir telur ayam kampung dan satu sendok makan madu. Campurkan serata kemudian ditambah dengan ½ gelas air. Amalkan meminumnya secara teratur selama 3 hari sekali.

 

3 comments:

  1. Thanks.. satu info yang menarik.
    membantu org anemia macam saya.
    ;-)

    www.mamadasuki.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info yang sangat membantu..saya akan cuba ikut memandangkan makanan-makanan ini sangat membantu keadaan tambah darah saya ketika hamil

    ReplyDelete
  3. terima kasih... cari2 artikel melayu pasal makanan tambah darah ni... yg banyak semua artikel bahasa Indonesia.... kalau ada tambah resepi lagi best...
    -Kitun

    ReplyDelete