Thursday, February 28, 2013

Mihun soto.. penutup dapur Ibu..

Penutup dapur Ibu malam ini.

Harap-harapnya memang PENUTUP la. Jangan nanti, kita dah nak tarik selimut.. ada pulak yang selak selimut masuk dapur. Ibu ni mulut jer dok bebel itu-ini tapi tak sampai hati pun.

Sebetulnya siang tadi ada adik sepupu post gambar dia makan mihun soto untuk lunch. Sangatttttt la pulak Ibu teruja tengok. Walaupun gambar tak seindah mana, tapi demi kreativiti yang tinggi.. rasa macam dah masuk mulut jer bergedil dengan kuah soto tu.

Haishhhh.. tak boleh tahan la macam ni. Maka dengan kadar segera, terus Ibu suruh Amsyar pi beli fries kat Great Steak (nak buat bergedil). Yang lain-lain tu, memang kena buat sendiri la.

Mula la dengan aktiviti mencarik daging ayam dan merebus soto.

Btw, inilah rupa mihun soto yang cousin tu post..


Nampak macam plain jer. Tapi dah Ibu ni suka semua yang berkuah.. nak buat macam mana kan kan.


Ini pulak yang baru selesai Ibu makan for tonight's dinner. Ikan bilis tu sebenarnya hat extra buat nasi lemak tu hari. Darikan membazir.. kita boh jer apa yang suka. Dah kita yang adjust dia kan.

Portion dalam gambar tu sebenarnya, Amsyar punya.

Kalau Haazem dia makan mihun, ayam and kuah soto.

While Arif cuma kuah soto and nasi impit jer.

Macam-macam pesen.. macam-macam kerenah. Tak kisah la.. janji makan. Bliss.. alhamdulillah..


Before AND After..

Ada kawan hantar gambar ni. Mula-mula tu mengong la kejap.. tak faham pangkal hujung cerita. Rupa-rupanya flyover runtuh kat area Putrajaya. Bila, punca.. tidak la pulak Ibu investigate. Sebab semuanya ada cerita "politik" di belakang nyer. So, malas la nak ambik pot.

Tapi yang Ibu nak share di sini, sebenarnya.. 

Before

After

Ini dua versi yang Ibu dapat. Memang kira lawak la jugak. 

Tapi cuba bayangkan kalau perkara-perkara yang lebih serius. Hari ni macam-macam orang boleh buat.. macam-macam orang boleh adjust.

P/s;
Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Big Bad Wolf datang lagi..

Tarikh : 28/2 hingga 4/3
Masa : 9am hingga 9pm
Lokasi : Tempat yang sama, Seri Kembangan

Kepada kawan-kawan alam maya, sesiapa yang sempat ke sana tu.. ni Ibu nak mintak tolong sikit la. Kalau la sudi menolong.

Boleh ke tolong belikan novel ni, kalau terjumpa la. 

Novel by : Bertrice Small
Tajuk : Crown of Destiny


Dah hampir dua tahun dok cari novel ni. Siap order dua kali dengan MPH, tapi hampa.. then try pulak cari dengan secondhand books seller.. pun hampa. Nak nangis wooo..

Mula kisah.. baca masa dalam flight nak balik Tanah Malaya. Tapi biasalah bila dah sampai, semua kelam-kabut. At last novel ni tertinggal dalam kapal terbang. Dah seminggu pulak baru perasan. Tapi dengan penuh confident rasa.. takda hal la kut. Beli je la yang baru. Rupanya, sampai la ke hari ni.. jenuh nak mencari.. padan muka sendiri.

Kalau ada, roger-roger ya..

P/s;
Thank you so very much (in advance)
& thanks Zaila for the info..

Tak muak ke?

Masak dan makan apa yang ada sambutan sahaja. Hatta, Ibu makan peria.. anak-anak makan ikan. Tapi Amsyar makan jugak peria tu. Peria ni tak pahit mana pun. Kalau pahit pun, mungkin sebab dah biasa.. maka tak rasa apa pun.


Dalam pada tu, ada jugak yang bertanya.. "tak muak ke asyik makan peria?". Jawab.. "tak muak pun".

Memang kami tak pernah muak pun. Entah la. Tekak masing-masing kan. Alhamdulillah.. anak-anak pun tak pernah komen. Dah rasmi kami.. "suka makan banyak.. tak suka makan sikit". Jadi, bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Mungkin jugak sebab Sang Ayah jauh di mata, maka dia orang ni tumpang faham dengan keadaan Ibu. Jika benar bagai disangka.. hanya "syukur" sahajalah yang mampu Ibu ucapkan.

P/s;
Dalam pahit-pahit peria ni.. elok jugak untuk masalah kencing kotor dan darah tinggi. Daunnya pulak, kalau mengikut kepercayaan masyarakat Cina, direbus dan diminum airnya. Baik untuk merawat penyakit kencing manis. Tak percaya.. try tanya Cik Gugel atau Tok Wi.

Wednesday, February 27, 2013

Selama bertapa..

Bukan "bertapa" sangat pun. Cuma duduk diam-diam.. layan diri.. layan anak-anak..

Sementara ada masa tu, layan la tekak dan perut jugak.


Kuwait minggu ni sebenarnya bercuti panjang sempena menyambut Liberation Day. Khabarnya during this holiday, 1.4 million penduduk negara Pasir Berdengung ni keluar pergi bercuti. Kaya-kaya betul la dia orang ni. Suka-suki je pi jalan-jalan.

Anyway, kami yang masih di sini.. nak keluar rumah pun malas sebab jalan jem. So, dah tu takkan la asyik nak makan "tapau" jer dari bawah building ni. Solution, kerapu goreng berlada. Tak pedas mana pun sebab Ibu guna cili yang hat besar tu. "Merah" tu kasi eksyen jer lebih.


Then, Ibu dapat jemputan pi kenduri pulak. Meraikan ulang tahun perkahwinan rakan. Orang dah jemput, takkan tak pergi pulak. Pahala tu. And, kurang manis kalau "tangan kosong". Idea.. tepu. At last, Ibu bawak daging goreng kunyit. Nak buat manisan, tak ghoti den dohhhh..


Ni la rupa "geng dapur". Syok dok kat dapur. Nak makan bertambah banyak kali ke, nak gelak "maksimum" ke.. layan diri babe..


Last but not least, semalam terajin la pulak. Walau hanya tinggal ber-empat.. Ibu masih suka kalau be "presentable" di meja makan. Nak senang, hidang saja dalam pinggan. Tapi tak salah kalau memanjakan anak-anak. At last, nasi lemak bungkus daun pisang Ibu hidangkan. Senyum sengeh masing-masing. Maybe sebab "feel" macam makan-makan di Tanah Malaya.

P/s;
Ada yang tanya.. tak leceh ke ambik gambar sebelum makan.
Jawapan; kalau kita fikir "leceh".. leceh la jadi nyer.




F.L.Y..

Pergi ku tak disuruh.. kembali pun bukan dijemput. But well, yes I'm back. I don't know for how long but as for now.. I'm here. Rasanya pun sudah cukup lama Ibu bertapa.

Making decision while you're still in "amarah".. better not. You might regret it later. And sekarang, setelah tamat tempoh bertenang.. rasanya inilah yang akan Ibu terus lakukan.

For those yang jenis mendambakan kata-kata indah, yang sejuk-sejuk di halwa telinga.. well.. you might be entering a wrong house with a wrong addess.

I will not hesitate to use my observation in keeping and continuously telling you a story. A story that might not fit to ampler your sweet needs. What I would say thus what I would tell you is from and through "my eyes" only. So, kalau ada yang tak setuju.. sentap.. terasa.. terkena, terpulang la.

Because right and wrong is a very subjective matter. The way you see things might differ from the way I see it. Dah namanya pun manusia. Ada lain-lain citarasa, lain-lain pendapat. Barulah seimbang.

But first and foremost important, I'm writing because I like to write. Like it or not, I don't need you to judge me.

Orang tua selalu kata, "siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya".

Lagi pun, Ibu menulis bukan minta dipuji, bukan minta dikomen, bukan minta disokong. Memadai sekadar hanya mahu melepaskan apa yang terbuku dihati, apa yang tercetus diminda.

I'm no good writer jauh sekali dari menjadi yang terhebat. But as I said.. ini hanya satu cara Ibu melepaskan segala tensi yang terbuku di hati.

Don't like it.. don't stay long.. just walk away..

Friday, February 22, 2013

Ku kirim rindu di alam maya..


Me, pakat dok pangkah kalendar tiap hari. Kalau ada yang nak ngata.. "eeeuuwwww.. kut rindu pun, tak yah la canang satu doniya". Me jawab.. "scroll down button kan ada..". Halal la.. dapat pahala tau..

Btw, rasanya Cik Asben is in good hand. Terima kasih pada Si Caretaker. Kut tak, takkan sampai beriya masak macam ni kan kan kan..

Nasik goreng halia
Daging unta goreng kunyit
Grill butter lobster (iye kut)



P/s;
I LOVE YOU..

Thursday, February 21, 2013

Ghombau (Rembau) most wanted..


Den suku Mungkal.. kau pulak??



P/s;
And I quote.. 
Never be ashamed of where you came from. Who your family is. Who your real friends are. What you do. What you like. How you live. 'Cause if you are, then you are ashamed of yourself.

Without Kids AND With Kids





Some say..
Cleaning the house when kids are growing is like shoveling snow when it's still snowing..

Wednesday, February 20, 2013

What say you??

Amacam..
Ada yang terkena tak??

KAKAK KEMBO datang berziarah (II)

Sambungan dari cerita DIA..

Biasanya, time macam ni Ibu nak makan pun malas. Malas nak makan sebab malas nak masak. Bila malas nak masak mulalah makan mengarut-ngarut. Time ni jugak rajin la tanya anak-anak nak makan apa.. yakni apa-apa yang ada di bawah building ni la.

Tapi menjelang malam tadi, Ibu memang dah tak boleh tahan. Tahap "kenyang" selepas makan mee goreng mamak nyata tidak memenuhi spesifikasi tekak dan perut Melayu Ibu. Dan akhirnya selepas berjaya melawan godaan MALAS, akhirnya berjaya jugak masak dua jenis lauk ni.

Namun memandangkan jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 9.00 malam, akhirnya Ibu lanjutkan sehingga pukul 2.00 pagi. Dengan niat untuk membazar nazar (Amsyar lulus exam karate) tempoh hari.

Jika ada rezeki, bi'iznillah.. inilah yang telah menjadi santapan semasa Ibu bersahur tadi dan mungkin jugak menjadi santapan ketika iftar petang nanti.


Tak sempat nak dibuat ulam.. kita goreng sajalah. Tapi Ibu prefer yang masih "kruk krak kruk krak". Baru feel masa mengunyah.


Tak ado yang podeh, memang tak sah.
So, selepas godek-godek fridge cuma jumpa ikan merah.. maka selamatlah sudah ia ber-partner dengan Cik Peria. Yang ini pun Ibu tak suka letak lama sangat. Prefer yang masih separa keras hatta pahitnya pun masih pekat. Sambil layan tekak.. kita beringat jugak.


KAKAK KEMBO datang berziarah (I)..

Peringatan :
Entri ini hanya sesuai untuk pembacaan KAUM HAWA sahaja. Tapi jika ada KAUM ADAM yang ingin menambah ilmu.. dipersilakan. Elok jugak korang tahu "bukan senang nak jadi perempuan ni".

Tuan Tanah..
Dah hidup almost 41 tahun dan selama hampir 29 tahun hampir setiap bulan "Kakak Kembo" sure datang berziarah. Terlewat terawal atau tak datang langsung tu dah adat mainan setiap bulan. Alhamdulillah..

And biasanya before nak datang, DIA akan hantar surat pekeliling dulu.. diikuti dengan bala tenteranya sekali. Ada masa perut voncit, ada masa asyik nak terkentutttttt jer, cuma masa awal-awal dulu biasalah DIA hantar dayang-dayang kecik molek bertepek kat atas dahi dan hidung. Mujur sekarang tak ada lagi.

Yakni, tiap kali datang.. memang macam-macam hadiah DIA bawak sekali.

Cuma sejak dah dilabel 4 series ni, DIA main hantar angin tuju-tuju pulak. Seminggu lagi DIA nak datang, Tuan Tanah rasa tak sedap hati. Serba-serbi jadi tak kena. Tak cukup dengan tu.. DIA hantar sekali Cik Moody, Cik Mudah Sentap, Cik Senang Cair dan Cik Tarzan versi Muslimah and last but not least Cik Malas.

Tang hat yang akhir tu yang susah sekali. Sebab satu rumah terjebak sama.

Nak masak.. malas. Nak mengemas.. malas. Nak monitor anak-anak study.. malas. Solat pun rasa macam kena merangkak. Mujur sekarang masih sejuk berangin di luar so kalau setakat mandi 2 hari sekali.. masih ada ampun la.

So nak tanya la kat kenkawan.. korang pun sama jugak ke??

P/s;
Dulu orang tua-tua kata lepas kawin.. lepas bersalin.. sengugut tak ada lagi.. tipu la..

Status gambar adalah hiasan semata-mata.. tapi selalulah "bergulung" macam ni bila DIA dah nak datang tu..

Tuesday, February 19, 2013

KARMA pay CASH nowadays..

Peringatan :
Entri ini tidak mewakili semua kaum Indon apatah lagi ada hubungkait dengan tragedi Amah Kurang Waras yang dok lambung baby tu. Yakni, ia hanya mewakili pihak yang terlibat sahaja

P/s;
Ibu tengok ulang kali video Baby kena lambung tu.. memang psiko la Bibik tu. Rasa macam tak cukup je hukuman penjara 15 tahun tu.

Kisah bermula..
My Omak recently ada buat kerja baik pulih kedai yang lama. Bukan banyak pun, pacak 4 tiang tambah zink sikit lagi. Itu pun kayu dan zink tu ada Hamba Allah yang sedekah. Dia buat rumah baru, so dia offer la benda-benda tu ke Omak.

Kedai my Omak ni pun bukanlah kedai yang sempurna. Lebih tepat kata macam "pondok" je la. Ye la, dulu pasang payung. Tapi tiap pagi sure kelam-kabut. Banyak masa customers yang tolong sama. Memang la segan tapi dah kata jam 7.30 pagi baru start berniaga tapi pukul 7.00 dah ada yang dok tunggu. Abih tu camno..

Then Omak pulak memang tak nak bukak restoran. Merajuk sebab susah sangat nak apply lesen is one thing. Then, senang dia nak adhoc PONTENG or PENCEN. Kalau dah terikat dengan restoran, leceh la sikit kan.

Back to my story..
So lepas berkira-kira.. congak-congak Omak pun setujulah buat kerja-kerja me-repair. Maka kadar segera Omak roger-roger ke Dollah Siah untuk mintak tolong baiki mana yang patut. Tapi Dollah Siah pulak sibuk dengan kontrak buat rumah di kawasan setempat. Dollah Siah ni kerjanya bagus, on-time and price wise pun munasabah.

Dah jadi macam tu, kebetulan Dak As (dia ni part time kerja dengan Omak) terdengar cerita Omak so dia offer ayah dia pulak yang tolong Omak. Omak memang tak ada pengalaman dengan Ayah Dak As ni. Omak yang serba-salah dalam rela-paksa hand over la "kerja" tu ke Ayah Dak As.

Setakat pacak tiang kayu 4 batang and tambah zink, kira-kira tak la mahal mana. Omak dah refer ke Dollah Siah dan dia kata it should not be more than RM700. Max pun RM800 je. Sekali bila kerja dah siap.. korang nak tau berapa Ayah Dak As charged to my Omak?? RM1500.00 okey!!!

Tapi nak buat macam mana.. kerja dah siap. Maka dalam keterpaksaan RM1500.00 pun bertukar tuan. Omak terus tembak my number (nak mengadu la tu) then dengan kadar segera Ibu pun skype. Maka mulalah sessi adu-mengadu.

Omak pun dalam hiba dan marah mulalah bukak cerita. Rupa-rupanya Dak As ni selalu pinjam duit Omak. So demi nak melangsaikan hutang, tu sebab dia tak putus kerja dengan Omak. Tu sebab jugak bila Omak berkira-kira cari tukang, cepat je Dak As rekomen kan ayah-nya.

Well.. ini cerita penghujung tahun lepas. Tapi "panas" tu memang tak reda lagi la.

Sekali nak jadi kisah.. semalam Omak tembak lagi my number. Siap sms kata URGENT. Cuak jugak la hati. Dah dok jejauh macam ni.. ntah ada yang sakit.. ntah ada yang meninggal.. macam-macam terfikir time tu.

Rupa-rupanya..
Kisahnya.. Mbak Miss (bibik Omak) dapat tahu selang 3 hari je lepas Omak bayar ke Ayah Dak As RM1500 tu, dia kena rompak. Motor kena tahan tengah jalan. Handset (khabarnya touch screen yang mahal) kena ambik, duit upah kerja kena RAMPOK, tak cukup dengan tu.. siap kena pukul. Tapi Ayah Dak As tak berani nak buat repot. Faham-faham je la kenapa kan.

The morale of the story.. macam ni je la.
Jangan suka pi pedajal orang. Buat kerja biar ikhlas. Biar la berbaloi kederat dengan upah. Insya'Allah.. berkat.

P/s;
Errr.. Ibu nak kata "padan muka" boleh tak??

Monday, February 18, 2013

Nasi impit.. kuah lontong.. rasa nak mencarut jer..

Susah jugak bila sorang nak itu.. sorang nak ini. Arif nak nasi impit dengan kuah lontong. Amsyar pulak nak makan yang pedas-pedas. Haazem, as usual ayam goreng pun dah cukup.


So, as you can see.. ini compilation portion Ibu. Semua ada. Kalau ada yang kata, mana nak masuk lontong dengan ayam goreng.. jawab Ibu.. itu kreativiti kita la.

Btw, nak gossip ni..

Dulu kan kan.. ada la Ibu jemput kaum Ibu (ramai jugak) datang ke rumah ni. Konsep makan-makan sambil sembang-sembang. Dalam invitation, KAUM IBU SAHAJA. Tapi kan ada jugak 3 mak orang ni tetap bawak husband dia orang sekali. Kunun baru balik kerja. Bukanlah Ibu tak sudi menerima.. tapi Minah-minah Arab di building ni sensitif sikit kalau ada KAUM ADAM during day time. Sedangkan driver yang dok tunggu Madam kat saloon pun lepak dalam kereta jer.

Then yang kaum bapa ni lepak la luar rumah Ibu sambil di hidangkan apa-apa juadah yang ada la. So terpaksalah Ibu bukak pintu. Dah macam tu, confirmed la bising dari gelak hilai mak-mak ni terlepas keluar.

Apa lagi.. mengamok la jiran-jiran lain. Siap call Harris (penjaga bangunan) suruh sound ke Ibu. BISING. Tak cukup dengan tu.. Suami Jiran pun keluar. Tegur sebab bising. Ye la, dah tu pintu terbukak. Dengan yang mengilai, yang bercerita.. volume semua pakat MAX.

Then tak cukup dengan kena sound dek Harris dan Suami Jiran, Ibu kena sound dek sorang mak yang bawak husband ni.. 

Tetamu : Sham, mana sambal tumis untuk lontong ni?
Me : Tak ada la kak.. Sham biasa makan dengan serunding je..
Tetamu : Issshhhh.. ko ni kan.. kalau nak masak tu, biarlah cukup sifat, complete.. macam ni macam mana nak makan lontong?
Me : Maaf ya kak.. Sham tak pandai sangat bab-bab masak ni macam akak..

Sentap woooo.. dah la kena sound dek Harris and Suami Jiran.. kena sound dengan tetamu pulak. Ikut hati nak je kata "eh, majlis aku.. aku nyer suka la.. yang ko tu bawak laki sama, ape kes?? dah kata untuk kaum Ibu sahaja".. tapi Ibu hanya mampu lepaskan dalam hati sahaja.

Ever since.. tiap kali Ibu masak kuah lontong, sure ingat balik insiden tu.

P/S;
Kalau korang la.. sentap tak??

Sunday, February 17, 2013

Mari berpantun..

Ini la kerja orang tengah swing mood. Bukan swing-mug ya. Nanti ada pulak yang menterjemahkan jadi MANGKUK BERAYUN. Kan REAL kan kan kan.