Sunday, March 31, 2013

Food testing dengan anak-anak..


Siapa kata senang nak layan selera anak-anak. Lagi susah dari layan tekak "mak bapak" tau. Kalau dia orang lapar.. bukannya dia orang pandai nak masak sendiri. Setakat masak meggi tu boleh la. Itu pun Ibu still kena masuk dapur to ensure semua okey. Then faham-faham sajalah, setakat meggi sepeket, berapa lama sangat la boleh tahan kenyang. So, dari buat kerja berkali-kali.. biarlah Ibu saja yang masak.

Macam hari ni, sebab kesihan ke Haazem yang asyik makan ikan goreng and ayam goreng.. Ibu try la buat nasi goreng plain. Tak ada bawang or segala jenis sumber "berwarna hijau". Cuma telur, udang and nasi putih. Itu pun tak pass jugak. Dia kata, udang tak banyak. Walhal Ibu rasa dia dah mind-set nak ayam goreng. So bila dapat lain dari tu.. mula la ada "rejection".


Then bila dah tak pedas, terkebil-kebil la mata si Amsyar tengok nasi goreng yang kosong tak ada "feeling" tu. So tak sampai hati punya pasal, Ibu buatkan la dia mee goreng basah "yang pedas". LULUS cemerlang. Siap bertambah-tambah. Dengan Amsyar sebenarnya tak banyak masalah. Dah dia besar dengan tangan Omak sey, so segala lauk orang dolu-dolu.. dia okey jer.


Henceforth.. tak pasal-pasal hari ni tak Ibu membebel.. "nanti korang kawin, make sure cari bini yang rajin masak".

Sekian (untuk kali ini)

Penutup dapur Ibu..



Memang bahaya betullah kalau sehari suntuk dok di rumah ni. Perut asyik lapar saja. Then bila dah lapar mulalah nak kedapur. Cari apa-apa yang patut. Cari apa-apa yang boleh masuk perut.

At last malam ni, Ibu dengan separa rajin.. akhirnya berjaya jugak menyiapkan 2 menu untuk malam ni. Ikutkan hati rasa macam nak tapau saja untuk dinner. Tapi since stok dalam fridge ada macam-macam, kita godek-godek la apa yang patut.

1- Peria goreng tepung.
Yes.. yes.. yessssss.. terlebih poyos la pulak. Memamg berbaloi. Nanti minggu depan bila Bobby hantar stok, bolehlah buat lagi.

2- Pais ikan kerisi.
Rasa macam rajin sikit. Bukan susah pun. Balut dalam daun pisang then masuk je la dalam oven. Khalass. Buat 3 ekor saja. Cicah dengan kicap pedas. Burrppppp.. excuse me.. alhamdulillah.

Well, there you are. Since semua dah tersandar kekenyangan.. bolehlah Ibu ishtihar tutup dapur untuk malam ni.

Daaaa..

Saturday, March 30, 2013

Cerita Cik Halia & Cik Lada Benggala..

Khasiat halia.
Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Selain dari itu, halia juga baik untuk;
1- Mengubati selesema dan asma.
2- Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol.
3- Mengubat batuk.
4- Menghilangkan bau mulut.
5- Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Maklumat tambahan mengenai halia
Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, ia juga tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Maka dengan sebab itu, Ibu pun boh la halia banyak-banyak dalam goreng sotong masak kicap ni. At the same time, halia tu boleh jugak overcome bau sotong tu.


Lada Benggala :
Mempunyai rasa tersendiri dan rendah kandungan potasium. Lada benggala merah juga kaya dengan vitamin C, A, B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda. Selain itu, kandungan likopen, sejenis antioksidannya juga baik dalam membantu mencegah kanser. Bagi mendapatkan manfaat nutrisinya secara maksimum, ia sesuai dimakan mentah atau dengan pencicah atau dibuat salad.

Tapi Ibu tak ada lada benggala merah, cuma hijau. Kira aci la tu ya.

1001 Khasiat Peria..

Asyik makannnnn saja.. nak kena tau jugak apa yang kita telan.. kita makan. Kalau ada khasiat, lagi bagus. Faham-faham sajalah, bila dah "Old Timer" kenalah extra prihatin.

Secara umum, ramai yang tahu peria baik untuk merawat masalah kencing kotor. Namun selain dari itu, ia jugak baik untuk;

1- Merawat buasir
2- Merawat masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta dan rasa gatal-gatal pada kulit.
3- Mengatasi masalah ketagihan alkohol.
4- Kencing manis.
5- Cirit-birit.
6- Jangkitan cacing pada kanak-kanak.
7- Menyuburkan rambut yang kemerahan dan melebatkan rambut.
8- Sembelit
9- Demam dan malaria.


Semua ini boleh dilakukan dengan menggunakan daun peria, funggus peria dan memakan peria. But since Ibu cuma ada peria.. so Ibu masak dan makan peria sajalah dulu.

Lauk ulang tayang yang rasanya tiap minggu Ibu akan tunjuk kat sini. Tapi nak buat macam mana. Dah satu rumah ni suka makan peria. Layankan sajalahhh..

TALAPIA ke.. TILAPIA??

Ikan tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara.


Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).

Anyway, this info Ibu dapat dari Tok Wi. And from him, barulah Ibu tahu sebutan sebenar is TILAPIA and not TALAPIA. So, next time.. sebut betul-betul..

Then, for lunch today.. Ibu pulak kebetulan masak lemak daun kunyit ikan tilapia. 

And, this was the result. Boh daun kunyit banyak-banyak, letak tempoyak sikit and last but not least.. petai. Aiyuwahhh... esok kena cuci toilet lagi la ni.
 

Friday, March 29, 2013

BUDU yang power..


Assalamualaikum all,

Ibu ni kan, asal makan budu jer sakit kepala. Asal makan budu jer sakit kepala. Tapi makan.. tetap makan. Dah sedap kan kan.

So, Ibu pun try la tanya Cik Gugel kot kot dia tahu kenapa. Sekali tu, jumpa pulak yang lain. Rupa-rupanya "budu" ni baik untuk kesihatan. So, maybe Ibu sajalah yang kurang serasi makan budu ni. Ye la.. budu kan dibuat dari ikan bilis dan ikan bilis sememangnya diketahui tinggi kadar kolesterol. Dah tu, garam yang tinggi dalam budu jugak mungkin antara sebab Ibu sakit kepala.

Budu yang dalam sedang diproses. Gambar dipinjam dari FB seorang rakan yang berkunjung ke Pulau Jeju. Orang Korea pun pandai makan budu...

So meh kita baca tentang khasiat budu ni.

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.  Antara kelebihan dan khasiat budu :-

1: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan  dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.

2: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".

3: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.

4: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

5: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gout.

Nak tahu lebih lanjut, boleh ziarah link ini.


Thursday, March 28, 2013

Girl OR Boy??

TIPS MERANCANG JANTINA ANAK

Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tips lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.

Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.

Ciri-Ciri X dan Y:

X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid.
Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali.

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki (XY):

1- Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2- Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3- Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) boleh dibeli dari farmasi.

4- Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan (XX):

1- Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2- Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3- Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita.


P/s;
Just now terbaca, so dari lupa.. elok la paste kat sini. Boleh jugak kawan-kawan tumpang baca sama-sama.