Thursday, October 31, 2013

Khasiat Ayat Kursi


Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagiNya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izinNya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakiNya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagiNya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
 
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fadilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu diingat, bukan yang dimaksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insya'Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka insya'Allah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk ke rumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9. Syeikh Buni menerangkan : sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap k earah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, insya'Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Wednesday, October 30, 2013

My little sunshine..

Assalamualaikum all,

Its Little Angels Day again. And Arif has been chosen "again". So no more Captain Arif for its my lil-sunshine now. And no more pink costume but YELLOW!!

Memang kuning sungguh. But Ibu rasa Ibu prefer this kuning rather than the pink costume last year. Tapi kali ni ada gold dust and pakai blusher la pulak. Mujur tak ada lipstick. Ngamok Arif takmo pakai. Siap kata.. its only for ladies.. skima kejap cikgu-cikgi kat kelas dia.

Tapi a bit unfortunate Ibu tak dapat rakam video kali ni. Banyak sangat gangguan. Hopefully, the cd from the school shall cover in full his performance la nanti.

Since Ibu tak dapat tayang-tayang Arif punya performance.. Ibu tunjuk youtube link sahajalah. Enjoy..






 

Tuesday, October 29, 2013

Frozen??

Assalamualaikum all,

Tanah Malaya.. makan-makan di sana semua sedap.. semua ada. Stakat lauk tunjuk-tunjuk ni.. 24/7 sedia ada. Janji ada RM.. insya'Allah.
 
Unlike here.. kalau berhajat kenalah ikhtiar lebih sikit. Especially kalau yang dihajat tu luar kawalan.. hatta terhajat nak makan cendol pulut ke.. nasi kerabu ke.. rojak mamak ke.. unless ada ibu-ibu yang sanggup ambil tempahan khas.

Dah jadi macam tu, seboleh mungkin segala bahan-bahan atau perencah utama yang dibawa dari Tanah Malaya perlu dijaga sebaik mungkin. Like us.. tu hari sesampai sahaja dari sana terus unpack and those yang perlu dibekukan.. dibungkus sebaik mungkin untuk proses seterusnya. BEKU..

Tho' rasa mungkin tak sesegar dari hat yang asli but still its better to have something than ZERO.

Example.. daun kunyit dan tempoyak.

Well, malam tadi selesai sudah kami sekeluarga dan 3 sahabat yang lain menjamu selera dengan masak lemak tempoyak ikan talapia.


Dengan stok daun kunyit (boleh tahan jugak banyaknya) dan sekilo tempoyak.. insya'Allah harapnya mampu menampung keperluan kami hingga cuti next summer.

Bukan tak cuba tanam sendiri tapi belum sempat menuai hasil, musim panas pulak dah sampai. Hence, habis rentung segala daun-daun kunyit Ibu. Thus.. jalan mudah.. frozen sahaja. Anytime boleh guna..

Tempoyak.. yang ini tak boleh nak elak la. Memang terpaksa bawak dari sana la kan. Alhamdulillah.. setakat ni kalau Ibu smuggle tempoyak ke sini.. belum pernah pulak lagi kena tahan dek pegawai imigresen di sini.

Nak buat macam mana kan.. dah tekak dan selera kami masih kuat melekat dengan selera orang Melayu.

So.. frozen pun frozen la.. Khalass..


Monday, October 28, 2013

Winter is in the air..

Assalamualaikum all,

Ingatkan selesai sudah mood makan-makan sempena menyambut hari raya kurban yang baru lepas. Rupa-rupanya salah jangkaan Ibu.

Hence, malam minggu lepas selepas kelas karate kami pun bertolak ke rumah yang mana kami dijemput. Dengan cuaca yang secukup rasa. Maghrib pulak dah awal sekarang ni. Hatta, jam 5.08 petang sudah masuk waktu maghrib. Pada yang masih "berhutang", mungkin bolehlah mula mengganti puasa ketika ini.

Memandangkan cuaca yang baik, maka ber-bbq menjadi pilihan. Menu ringkas, tapi itu bukan perkara utama. Paling mustahak.. ikatan silatulrahim yang perlu diutamakan. Dengan jumlah masyarakat Malaysia yang terhad di sini, inilah masa yang paling baik untuk saling bertanya khabar, update status (bukan di fb saja ya) dan mungkin jika ada perkara yang perlu dibincangkan.. mungkin boleh jugak "selit-selit" semasa aktiviti berlangsung.

Tukang bakar.. yang diimport khas.. dari Kuwait City jer..


Permata hati Ibu..

Kids department..

Mukadimah.. more to go selepas ini..



Antara model tak berbayar untuk malam tersebut..

Menumpang kasih pada yang sudi..


Terima kasih Tuan Rumah
Nice ambiance, makanan yang sedap-sedap (siap boleh tapau lagi tu), host yang cukup ramah, jemputan pun meriah mulut.. conclusion.. BEST.

Insya'Allah.. next round pulak..

Friday, October 25, 2013

4 TABIAT PUNCA KEGEMUKAN

Assalamualaikum all,

Being PEREMPUAN tidak dinafikan Ibu sangat suka baca benda-benda macam ni. Buat or tak buat.. itu bukan soalnya. Ada masa kita hanya nak the INFORMATION.

Then semalam ada sorang lady friend post entri ni.. so Ibu tumpang memanjangkan untuk bacaan to those yang rasa beri faedah dan menafaat. Yang lain-lain tu.. jangan carasss Ibu ya..


(1) Tidur terlalu sedikit/banyak – 
Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.


(2) Minuman bergas – 
Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(3) Mengelak waktu makan – 
Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.


(4) Makan terlalu cepat – 
Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

Khalass..

Thursday, October 24, 2013

BAGAIMANA NAK TAHU USUS ANDA BERMASALAH?

Assalamualaikum all,

Musim makan-makan sempena menyambut hari raya kurban di sini masih belum reda. Setiap hari ada saja jemputan. Dah jadi macam tu, apa lagi kalau bukan makan.. makan.. dan makan lagi.

Satu masalahnya.. Ibu ni jenis susah nak pi lapor diri. "Feeling" pun susah nak mari. Jadi bila dah jadi macam tu.. mula la risau. Tapi makan tetap makan.

Dah jadi macam ni maka berlangsunglah sessi skype dengan Si Polan yang lebih mahir dalam hal ni.

Sebenarnya, Ibu dah pernah jugak up satu entri yang hampir sama dengan entri kali ni. Tapi kali ni.. entri ni lebih ringkas. Nak tau lebih lanjut.. kena buat research sendiri la.

So, dah tajuk pun terang-terang cerita pasal USUS.. so di sini Ibu senaraikan beberapa tanda-tanda usus yang bermasalah. Ini pun sebenarnya copy paste dari email Si Polan tu. Dia tau.. and dah faham sangat kalau dia cerita jer.. memang tak kemana la jawabnya..

Kalau ada yang bermanfaat.. kita share sama-sama. Kalau ada yang terkurang tu.. "kurangnya" dari diri Ibu sendiri.

Jawapannya ada pada bibir anda.
- kering
- merekah
- keruping-keruping
- selalu mendapat ulser mulut

Kesan jika usus bermasalah
- lesu
- buasir
- jerawat
- sembelit
- perut kembung
- kulit tidak bermaya
- masalah berat badan meningkat

Dan jika dibiarkan lagi, pelbagai masalah akan menjadi masalah yang lebih kronik kerana usus tidak dapat menyerap khasiat makanan yang anda ambil setiap hari kerana telah dibebani kekotoran yang melekat di dindingnya.
 
Jadi apa yang kembali diserap dan di jalankan sekitar badan anda ianya hanya TOKSIN DARI KEKOTORAN yang terkumpul itu sendiri.

Maka benarlah ;
PENYAKIT DATANG BERMULA DARI PERUT

Untuk kesan lebih dramatik, sila gugel.. gambar yang original.. yang ini.. biasa-biasa jer..
Khuatir ada yang tak lalu makan jer nanti..

Ini hat yang sihat la..

Cara nak mengatasi.. ada macam-macam. Tapi tang hat tu.. Ibu tak khatam nak study lagi. Kita bukan pakar. Ada masa kena ikut "serasi badan" jugak.

Yakni.. makan buah ke.. minum yogurt ke.. makan sayur ke.. nak ambik extra cili takut buasir pulak. Nak minum air masak.. errr.. As I said.. ikut serasi tuan nyer badan la..

Macam Ibu.. setakat ni tepek detox sahaja. Insya'Allah sampailah "feeling" tu.

Okey. Insya'Allah. Ada rezeki kita sambung lagi.

Ilal'liqak..



Wednesday, October 23, 2013

DIET tapi...

Somebody sent this to me. To those yang rasa nak "membaca".. dipersilakan.

Sesetengah orang mungkin akan berputus asa dan berhenti berdiet dan menganggap program diet tersebut gagal atau tidak sesuai dengan mereka. Anda tidak harus berputus asa dan tetap berdiet dan cuba mengatasi masalah ini. Dibawah ini saya senaraikan beberapa faktor yang menyebabkan penurunan mendatar dan cara mengatasinya.

Adalah perkara biasa sekiranya penurunan anda tiba-tiba menjadi perlahan atau berhenti selepas seminggu atau dua minggu anda berdiet ia boleh berlaku untuk beberapa hari atau minggu. Ini terjadi kerana Faktor kecekapan tubuh. Pada permulaan anda berdiet badan anda tidak cekap dan memerlukan tenaga yang banyak walaupun untuk melakukan perkara-perkara kecil maka badan anda akan membakar lemak dengan banyak dan penurunan juga akan menjadi laju. Tetapi semakin lama anda berdiet badan anda semakin cekap.

Hanya sedikit tenaga yang anda perlukan untuk melakukan perkara berat oleh itu pembakaran lemak akan jadi perlahan dan penurunan berat juga akan menjadi mendatar. Apa yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan aktiviti seperti bersenam untuk meningkatkan pembakaran lemak. Pada tempoh seperti ini anda ‘HARUS BERSENAM’ untuk mendapatkan kembali penurunan berat badan yang tinggi.

Beberapa faktor yang juga menyebabkan penurunan menjadi perlahan / mendatar.

1. Anda masih mengambil berlebihan karbohidrat daripada yang di syorkan
Anda harus berhati-hati dengan karbohidrat tersembunyi. Berhati-hati dengan salad dressing, kekacang, sos,kicap, kuah atau gravy lamb/chicken chop, yong tau fu, buah-buahan yang rendah karbohidrat,sayuran berkanji dan pemanis tiruan. Lakukanlah ujian ketosticks secara kerap untuk memastikan anda tidak terlebih mengambil kabohidrat.

2. Anda berlapar atau makan tidak tetap waktu
Sekiranya anda berlapar badan anda secara semula jadi akan berhenti membakar lemak untuk memastikan badan terus hidup lebih lama kerana badan anda fikir sudah tiada makanan lagi untuk anda. Anda tidak seharusnya berlapar lebih dari 6 jam ketika berjaga, makanlah 3 kali sehari atau lebih untuk memastikan badan anda terus membakar lemak dan meninggikan metabolisma badan.

3. Badan anda membakar lemak disamping membina otot
Sekiranya anda sudah lama tidak bersenam atau anda bersenam buat pertama kali, kemungkinan besar badan anda sedang membina jisim otot. Jangan panik sekiranya jarum penimbang anda tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anda menggunakan alat penimbang yang mengukur komposisi badan. Anda mungkin dapat melihat atau merasai perubahan bentuk badan anda atau saiz pinggang yang semakin mengecil. Oleh itu disyorkan anda memilih senaman jenis cardio atau aerobic bukannya senaman yang membina otot atau anaerobic.

4. Anda mengambil terlalu banyak protin untuk satu masa
Anda tidak seharusnya mengambil protin dengan banyak pada satu masa kerana jika protin terlalu banyak badan kita juga boleh menukarkannya kepada tenaga dan ini akan mengganggu pembakaran lemak. Cara yang terbaik ialah dengan makan dengan saiz yang kecil tetapi kerap iaitu 4 atau 5 kali sehari. Anda juga harus cuba makan dengan perlahan kerana otak mengambil masa 20 minit untuk menghantar ‘ Sign’ kenyang ke tubuh.

5. Anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen yang menghalang pembakaran lemak
Penurunan juga mungkin akan menjadi agak perlahan sekiranya anda ada mengambil beberapa ubat-ubatan dibawah. Carilah alternative bagi menggantikan ubat tersebut atau rujuk kepada doctor anda.

Ubat untuk penyakit darah tinggi seperti deuratics atau dikenali sebagai beta blockers.

Ubat hormon seperti Pil perancang kehamilan, Estrogen dan juga ubat pengganti hormon yang lain (HRT - Hormone Replacement Therapie) seperti estradiol,estropipate dan progestins.

Collagen- minuman, pil, mandian atau sapuan (cream) yang mengandungi collagen mungkin merupakan penyebab kepada penurunan berat badan perlahan.

NSAIDs (Nonsteroidal inflammatory Drugs) yang biasanya digunakan untuk merawat sakit kepala, kecederaan ringan akibat bersukan, dan Kesakitan ketika Haid. NSIDs biasanya terdapat dalam beberapa jenis aspirin biasa kita gunakan.
Statin atau ubat untuk megurangkan kolestrol.

Anti depressant terutamanya SSRI (Selective Serotonin reuptake inhibitors).

SSRI biasanya digunakan untuk merawat masalah kemurungan. Malahan ianya juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, cirit-birit, sukar tidur, ruam dan menyebabkan kenaikkan berat badan.

- Steroids seperti prednisone. Kita mungkin menggunakan ubat-ubat yang mengandungi steroid tanpa sedari. Steroid biasanya terdapat di dalam bentuk pil, cream, cecair, semburan atau lain-lain yang biasanya di gunakan untuk merawat penyakit seperti, asthma yang teruk, alahan kulit seperti ruam, dan keradangan usus.

6. Anda kurang minum air kosong
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air yang cukup diperlukan untuk pembakaran lemak yang optimum dan perkumuhan pembakaran ataupun ketone yang di keluarkan melalui air kencing. Kekurangan air akan melambatkan pembakaran lemak dan menyebabkan penurunan mendatar.

7. Sembelit
Sembelit akan menyebabkan metabolisma menjadi rendah ini akan menyebabkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Anda boleh mengambil fibermax ( dari pengedar anda) atau apa-apa jenis fiber atau physsilium Husk yang tidak berperisa ( boleh didapati dari farmasi ) untuk mengatasi masalah ini. Atau anda hanya perlu tingkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau didalam menu anda.

8. Haid atau period bagi wanita
Ketika didatangi Haid tiada tindak balas kimia berlaku didalam badan dan tidak akan membakar lemak.Jangan risau ini adalah normal dan badan anda akan kembali membakar lemak selepas habis tempoh berdiet. Pastikan anda menjaga diet anda kerana ketika tempoh haid badan akan ketagihan karbohidrat dan gula.

9. Terlebih mengambil pemanis tiruan
Anda mungkin sukar berhenti mengambil pemanis ketika permulaan berdiet. Pastikan anda mengambil kurang dari 3 paket pemanis tiruan sehari kerana 1 paket pemanis tiruan biasanya mengandungi 1 gm karbohidrat. Cubalah mengurangkan pengambilan pemanis tiruan dan berhenti mengambilnya secara berperingkat.

10. Anda mengambil Kafien
Kafien member kesan kepada gula didalam darah dan menyebabkan anda ketagihan karbohidrat. Anda boleh mencuba minuman ‘decaf’ atau nyah caffien tanpa gula untuk menyelesaikan masalah ini.


Have a great day everybody..