Monday, June 30, 2014

Ada berani ka??


Ibu nak share cerita pasal bab puasa orang kampung sebelah sana sikit la.

Ni cerita online news 2 ari lepas. Denda tu rasanya.. boleh lagi diikhtiarkan. Tapi bab simpan dalam lokap SATU BULAN tu yang tak boleh tahan. Sebab dah terang-terang sebut AND.. bukan OR.

So don't play play haa..
Setakat ni memang dah ada yang kena. Pernah sekali sorang minah ni kunyah chewing gum kantoi masa kereta dia kena tahan (actually polis nak tengok iqamah jer).. Sure la dia kata dia "mamnook minal solah". Tapi.. still.. as long as makan di tempat awam.. jawab saja dengan pihak yang berkenaan.

Kedai makan.. restoran.. semua dibuka semula hanya selepas azan maghrib. So.. kalau ada yang berangan nak iftar di luar.. sila minum air seteguk dua dulu dalam kereta then baru la pi buat order apa-apa yang patut.

Bagus kan.. 
Bagus pada yang kata "bagus" la. Tapi pada expat lain especially kaum kulit cerah yang dok kat hujung dunia tanah Kuwait tu.. some say undang-undang ni sangat membebankan and tak masuk akal.

And selalunya memang tajuk ni akan jadi "hot story" tiap kali gomen impose such ruling. Isshhhh.. apa la yang susah sangat. Bukan gomen tak bagi makan langsung. Cuma JANGAN MAKAN DI TEMPAT AWAM. Dah jadi macam tu pandai-pandailah bawak diri kan.

Btw.. nak pesan sikit ni..

Kalau ada antara kawan-kawan kita yang ucap..
-Ramadhan Kareem (Ramadhan yang mulia)

Kita jawab la..
- Allahu Akram (Allah lebih mulia)

Sunday, June 29, 2014

Jom sahur..

Selamat berpuasa.. pada yang berpuasa.
Bagi yang ABC (Allah Bagi Cuti).. jangan sedih.. itu semua kurniaan dari Allah. Ada jugak di antara kawan-kawan Ibu yang "sengaja" ambik pil tahan period sebab tak nak mengganti puasa. Ibu.. errrr.. no comment.

Muka orang yang ecxited nak puasa..

Anyhow.. orang lain.. Ibu tak pasti.. tapi kalau Ibu..
Aktiviti cuti sekolah diteruskan dengan mengenalkan anak-anak dengan sayur-sayur kampung. Kat sana mana nak merasa.. Kut terasa nak masak sayur kampung.. call Bobby.. tau-tau hari Rabu malam Khamis.. Bobby dah hantar sampai ke lobby. Itu pun.. jangan berangan la semua nak dapat.

So dah balik ke sini.. jangan la fikir setakat nak kenal KLCC jer.. pantai Port Dickson ke.. pada Ibu ada yang lebih penting dari tu.. pi kenal atuk uwan.. kenal pakcik makcik.. &&&&.. kenal sayur-sayur kampung. And tho' 2 orang anak Ibu ni sorang tak makan sayur and sorang lagi very selective with his vege.. Ibu heret jugak pi pasar. At least.. tolong-tolong Ibu angkat barang.

Sila abaikan mimik muka si Manja Ibu..

Bunga kantan.. terung pipit (ada jugak panggil terung belanda).. peria katak.. serai.. daun kunyit.. pucuk paku.. kalau tak makan pun.. at least sila daftar input dalam CPU yang Allah bagi tu..


Itu belum lagi area pasar basah yang berjual kepah.. kerang.. siput sedut.. segala jenis ikan.. Biasa kalau di sana.. anak-anak memilih untuk tak ikut sama tiap kali Ibu and Cik Asben pi pasar basah. Tapi di sini.. Ibu angkut semua sekali.

Result..
What do you think??

Saturday, June 28, 2014

Marhaban Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum all,


Esok kita dah nak mula puasa.. insya'Allah.
Doa pada Allah.. semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.. panjang umur.. iman yang teguh.. agar kita semua dapat menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-3 ini dengan lapang dan sempurna. Ameennn..

Gambar ehsan group Negeri Sembilan - Negeri Beradat

Kalau kami di N.9.. biasanya hari ni.. hari "mantai" or ada jugak yang panggil "bantai". Ni bukan makna pi pukul orang or anything yang sewaktu dengannya. Tapi cuma some sort of celebration nak menyambut puasa. Best woooo..

Pada yang berkemampuan.. mungkin buat makan-makan sedikit istimewa dari hari-hari biasa. As such.. ramai la yang mula akan mencari apa-apa yang patut.

Bagi keluarga Ibu.. biasanya tulang lembu bakal jadi mangsa. Buat sup tulang then partner dengan lemang. Perghhhh.. nikmat dunia babe.

Tapi tahun ni.. wallau'alam.

Sebabnya..
Sebab customer Omak sey masih mintak my mom berniaga until Sabtu pagi. Dah jadi macam tu angan-angan Ibu nak makan lemang dengan sup tulang macam tak kesampaian jer.

Anyhow.. my mom kata.. "sompek laei"..

Okey setel satu cerita..

Bak kata orang throw back.. apa yang dilempar ke belakang.. Ibu pun tak pasti.. senang cerita.. kisah semalam la ni..

Kami masih merempit cari "makan-makan" (mana-mana yang sempat). Call us freak ke.. apa-apa je la.. roti canai pun masuk wishlist jugak. Nak buat sendiri tu memang boleh.. tapi mana nak sama dengan feeling "melepak di kedai mamak".

Kut kat sana.. melepak kat Coffee Bean.. Starbuck.. mana nak sama feeling tu babe..

Anyhow.. demi menyampaikan hajat..

1- Roti jantan - setel
2- Roti planta gula - setel
3- Kari kambing - setel
4- Teh tarik - setel

Dah lepas ni boleh proceed ke wishlist yang lain pulak.

Friday, June 27, 2014

Mak aii.. mahal nyer..

Assalamualaikum all..

Kisah hari ni.. semalam punya cerita..

Semalam jalan-jalan rumah kawan. Nampak pulak kawan yang sorang ni makan kue tiaw goreng. Hati sudah tergoda la pulak. At last.. terus call my mom mintak tapaukan kue tiaw goreng. Thus hasilnya..

Sedikit sayang.. 
Hati ayam dah habis la pulak. Bukan rezeki Ibu la tu.

Itu cerita sarapan pagi Ibu.. Okey.. setel satu cerita..

Then nampak pulak dia minum air epal.. Ibu pun usahakan jugak nak mencari air epal. Tapi hasilnya.. Ibu dapat air gula. Diulang semula.. AIR GULA..

Air epal yang lebih macam air gula.

Subhanallah.. punyalah manis.. sampai dah tenggelam rasa epal tu. Frust.. memang frust.. Macam yang Ibu selalu kata.. I enjoy good food tapi rasanya selama Ibu balik ke sini belum lagi Ibu jumpa kedai yang betul-betul ikut ramuan yang sepatutnya.

Bukan nak komplen tapi.. kalau dah..

1- Nasi goreng kampung boh sawi instead of kangkung
2- Nasi goreng kerabu guna isi ayam instead of ikan bilis
3- Nasi goreng pedas yang langsung tak terasa pedas

And my list can go on and on and on..

Frust la kawan.. ke Ibu yang tak bernasib baik..

By the way.. di sini kalau kita order ikan.. your bill makan memang boleh cecah sampai RM100 ke? Dah dua kali Ibu kena charge macam ni.. seekor ikan siakap saiz biasa-biasa boleh cecah sampai RM40.00. Common ke tu?

Bukan Ibu ni kedekut tapi maklum sahaja.. balik kampung sekali setahun. Banyak benda berubah dalam tempoh setahun tu kawan-kawan. So.. ni kira.. price survey la jugak.

Tolong jawab ya kawan-kawan..

Thursday, June 26, 2014

Nasik lomak Omak sey..

Ding dong ding dong.. dah dua minggu jugak Ibu balik sini.

&&.. alhamdulillah.. mana-mana yang "dihajat" kan tu.. ada yang dah selamat jadi darah daging. Tapi.. dek punyalah sibuk ke hulu ke hilir.. cuma pagi semalam baru Ibu dapat makan nasik lemak dari kedai Omak sey. Tapi sebab dah lewat so ada la lauk yang dah habis. Tepuk dahi.. sila salahkan diri sendiri.


Lauk wajib.. rendang ayam and rendang kerang. Khalass.. dah lebih dari cukup. && kali ni dia orang semua sedia maklum.. NO sambal tumis please.

Anak-anak pun sama menapau.. ayam masak merah la.. ayam berempah la.. telur mata goyang la.. ikut je la mana-mana yang suka.

Setel satu bab.

Hajat Ibu dah setel.. turn anak-anak pulak.

Mana lagi kalau bukan berziarah ke JJ. Bukan apa-apa pun.. jalan-jalan cuci mata.. ada yang berkenan.. kalau mampu.. beli. Lapar.. kita makan. Ibu layankan saja sebelum masuk bulan puasa yang tak berapa hari lagi nak sampai ni.

Agenda wajib.. singgah ke Popular Bookstore. Apa lagi kalau bukan mencari stok buku komik. Antaranya.. Naruto.. unfortunately.. habis stok pulak.. so sebagai ganti..

Boleh jugak budak-budak ni layan belajar Bahasa Melayu.

P/s;
Boleh tahan jugak mahal buku-buku di sini.
Ke kami saja yang rasa macam tu??

Wednesday, June 25, 2014

Warna-warni kehidupan..

Ni la bahana bila anak-anak dah pandai bersuara.

Masing-masing dah pandai nak memilih baju.. pandai pilih kasut.. pandai memilih seluar.. pandai memilih macam-macam la. Cuma.. satu je yang dia orang yang kurang pandai..

Kurang pandai nak guna duit sendiri..

But since ini bab nak menempah baju Melayu.. memang kena keluar budget poket Ibu la. Baju raya 2 tahun lepas confirmed dah tak boleh dipakai lagi. Dari pinggang yang dah menyendat.. sampailah ke laboh tangan and panjang seluar yang semua dah senteng.

Macam Ibu ni memang kira jimat la. Even last year pakai baju kurung from the previous years saja.


Bukan Ibu kedekut.. cuma kebetulan kes kami 2 tahun lepas.. stok baju Melayu anak-anak semua terlebih panjang. Hatta.. Ibu recycle untuk pakai semula untuk raya tahun lepas. Ape kes.. bukan berdosa pun. Lagi pun buat apa nak membazir.


Unlike Ibu yang ada masa pakai la jugak baju kurung masa pi majlis-majlis jemputan kawan-kawan di sana.. Budak-budak ni berapa kerap sangat la pakai baju Melayu kan. Pi solat Jumaat pun semua pakat pakai distasya.

Okey.. tutup buku.

So Ibu mintak dia orang fikirkan 1 tema kaler baju Melayu untuk tahun ni. Sekali tu.. pakat 3-3 nak jugak kaler masing-masing "up" untuk tahun ni. Semua pakat takmo mengalah pulak tu.. Actually sejak dari sana lagi dah Ibu tanyakan.. and semua tetap dengan kaler masing-masing.

At last.. ding dong ding dong.. kita ishtihar kaler pelangi jer la ya. Tapi Ibu and Cik Asben masih sedondon.. WAJIB !!

Tapi sebenarnya kebetulan la pulak kaler yang Cik Asben pilih tu.. sama dengan baju kurung Ibu yang hat 2 tahun lepas. As I said.. bukan berdosa pun recycle pakai baju-baju lama. Nak tukar mood.. tambah je la apa-apa yang patut.. otherwise.. tak jadi kudis pun.

P/s;
Korang pulak kaler ape??

Ulu Bendul dalam kenangan..

Assalamualaikum all..

Memang Ibu keciwaaa..

Dah la dah bertahun Ibu tak pi melawat kawasan.. kawasan Ulu Bendul ni la.. sekali bila dah sampai sana.. habis semua gondol.

Maybe jugak sebab dah lama tak hujan so kawasan semua jadi kering kontang. But still itu bukan alasan dengan pemandangan yang Ibu tengok ni.


Simen lagi banyak dari batu-batu sungai. Tak cukup dengan tu.. pokok-pokok pun banyak yang dah kena tebang. Especially yang di bahagian depan or pintu masuk ke kawasan Ulu Bendul tu.

Antara kemudahan yang disediakan untuk anak-anak..

Tapi anak-anak.. best jer melayan diri. As long as.. boleh mandi di Ulu Bendul.. itu pun dah lepas satu wishlist.

Entahlah.. Ibu nak komen pun susah. Cakap banyak nanti.. ada pulak orang kata Ibu ni anti pembangunan tapi hakikatnya kalau kawasan hutan dah gondol macam ni.. apa lagi sebenarnya yang boleh Ibu nak banggakan.

Kalau dulu bila jejak jer kaki ke sini.. kepala semua dah redup.. ini terpaksa pulak mencari tempat berteduh. Dengan air pun yang dah kurang sejuk..

Kalau dulu best jer Ibu boleh kutip batu-batu kecik nak dibuat hiasan dalam akuarium di rumah kami.. ni terpaksa menapak hingga ke atas.. baru nak jumpa kawasan yang banyak batu-batu sungai ni.

Otherwise semua simen..

Tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima. Ada kelompok masyarakat yang mahukan Ulu Bendul ini dinaiktaraf. Dimajukan agar mampu memberikan kemudahan bagi yang memerlukan.

Tapi.. apa-apa pun.. memang Ibu frustttttt sangat ni..

P/s;
Kawasan yang dulu kami biasa berkelah pun dah tak jumpa lagi.. semua dah kena simen.. aduhaiii..

Tuesday, June 24, 2014

Demam bola..

Sana sini cerita pasal bola..


Korang pilih yang mane??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ibu pilih no 10..

Waghih dah balik kampong..

Assalamualaikum all..

Cerita pasal makan dulu la ya.
Remember.. last post Ibu ada cerita pasal “siput sedut”. Well.. last week masa kami baru sampai ke sini.. dapat dah merasa. Tapi macam tak puas makan la pulak. So.. last Friday night.. Omak sey suruh Bibik tolong masakkan lauk yang sama since Ibu kata tak puas makan.


Tapi tu la kan.. air tangan “mak kita” jugak yang secukup rasa. Kali ni Bibik tu masak macam tercurah cili api. Umang aiii.. podeh ehhh.. nasib baik tak kena buasir. Tapi.. habis jugak. Actually pada Ibu.. okey jer.. cuma kasihan ke budak-budak kecik la ie. anak-anak adik Ibu.. seteguk air.. sesuap nasi. Tapi makan tetap makan.. at last kenyang air.

Itu kisah lauk siput sedut.


The following day.. lunch.. Bibik masak pulak lauk gulai peria ngan udang. Mana yang dah biasa baca cerita Ibu.. sure tau betapa cerewet nyer la Ibu ni. Ibu ni susah sikit nak enjoy makan kalau yang masak di rumah tu lain dari Omak sey. I rather tak makan or kut dah kebulur sangat.. makan la seciput. Entah.. bukan memilih.. tapi memang tekak ni tak buleh nak masuk. And maybe for that reason.. tiap kali balik ke sini.. Ibu hilang kilo. Orang lain “tambah kilo”. But if yang masak tu Omak sey.. insya’Allah.. laju jer menyuap..

Reason Omak sey tak sempat nak masak was.. kami sibuk dengan preparation kenduri for my niece. Anak adik Ibu yang nombor 5.. Aduhaiii.. mau bernanah telinga ni sebab orang dok tanya..

“adik kau dah LIMO Long.. kau apo tak menambah laei?”

Aduhaiii.. soalan “berhantu” macam ni la yang Ibu paling tak tahan and tak sanggup nak jawab. Especially bila ada makcik-makcik kat kampong tu yang so the kepochi akan bagi komen..

“kok kau takdo anak pompuan.. ghumah ni esok kono bagi ko waghih la..”

Alahai.. benda tu sebenarnya yang jadi isu. Harta dunia jer.. ada rezeki.. ada la.. tak ada.. redha je la..

Anyway.. me.. selaku KAKAK sulong (well.. kami ni sepasang jer pun sebenarnya) sure nak yang terbaik untuk adinda nyer yang tercinta kan kan. Walhal dulu time kecik-kecik.. itulah makhluk Allah yang Ibu paling kurang bertegur-sapa.. asyik nak gadohhhhhh jer.. Anyway..


Haa.. itulah rupa pelamin (buaian untuk berandoi) my niece. Common pun dah kan. Tapi demi menyampaikan hajat my SIL.. ikutkan sahajalah. Dah nama pun dok kampong.. itu jer pun yang ada.. lebih dari syukur pun sebenarnya.. Sengeh sampai ke telinga my SIL. Tapi bukan Ibu yang buat.. Pencen dah dari benda-benda macam ni. Ibu suruh dia survey jer.. then kita sambung la urusan apa yang patut.

Lauk kenduri.. entah.. ada la 6-7 jenis. Tak ambik tahu pun sebab semua bibik yang handle. Omak import 4 orang pekerja dia balik kampong. So.. bab masak-masak.. Ibu boleh skip la.

Tugas Ibu.. paling best.. tunggu orang datang jer.. best kan.. and of course.. ambik gambar.. Baik.. saya yang menurut perintah..

Alhamdulillah.. all went well..

Baby Annur Sofiya pun tak banyak ragam masa majlis bercukur tu. Actually the majlis started with berzanji.. then marhaban and lastly.. kami buat tahlil arwah sekali.

Anyway.. nak cakap sikit ni.

Dulu my Ustaz ada pesan.. dalam “satu majlis” sebenarnya tak digalakkan buat dua maksud serentak.

Example : 
Doa selamat for any good reason then followed by baca Yasin untuk orang sakit ke.. or tahlil arwah. Sebaiknya biar majlis tu seiring maksudnya..

But in my case ni.. dah elok-elok buat doa selamat untuk Baby Annur Sofiya then tahlil pulak.. 

Cousins..

Tapi ini kata my ustaz la.. ustaz orang lain maybe ada pendapat yang lain.

Cousins.. and autie (yang pakai selendang hitam)

Anyway.. on the same day too.. Ibu dapat tahu banyak sekolah ada buat hari sukan la.. itu la.. and ini la. Ini kes nak ganti sekolah untuk raya la ni. Hence.. ramai la kawan-kawan Ibu yang tak dapat datang. Frust la jugak.. tapi nak buek camano kan.. redho jo la.


At last.. sampai la jugak.. sorang.. kami dah berkawan for the past 17 years. And her reason for coming late.. “saja datang lepas majlis.. otherwise nanti tak dapat sembang dengan you”. Bagus jugak.. Logik jugak..

In short.. Ibu pun tak ambik hati pada yang tak dapat hadir tu.. (tho’ at first dah janji macam-macam kan). Dah tak ada rezeki kan. Cuma Ibu harap.. sihat tubuh badan.. panjang umur.. Allah makbulkan hajat kami untuk ber-geder-geder semula before Ibu pulang semula ke Tanah Pasir Berdengung tu.. Insya’Allah..

Okey friends.. panjang dah story ni. Ado joki kito sambung laei yo.

Ilal liqa’..

Saturday, June 21, 2014

Sogo.. demi mu popia basah..

Assalamualaikum all,

Bersiaran dari rumah adik Ibu pulak. Adat la kan.. baru sampai ni.. kena la lapor diri mana-mana yang patut..

Syok ehh..
Layan angin petang dengan yang hijau-hijau macam ni bila pencen nanti..

Jom.. sambung lagi cerita makan-makan kami.

Sampai kat K.L anak-anak sibuk dengan wishlist dia orang pulak. Tapi.. a bit unfortunate semua mata masih in zombie land. Gegar macam kena tsunami pun still tak terbukak mata yang sepasang tu. At last.. redha sahajalah apa yang ada.. ye la.. mana orang sarapan lepas tegak matahari.

As usual.. kedai buku jadi tumpuan. Cuti 2.5 bulan ni babe. Takkan nak layan diri jer. At least selak-selak la buku Bahasa Malaysia apa-apa yang patut.

As for Ibu pulak.. segala buku masak-masak jadi tumpuan. Saja suka.. Suka tengok gambar sebenarnya.. selak punya selak.. aduhai..

Alhamdulillah..
Spicis ni selamat dah jadi darah daging..

Dok dalam area alat tulis tu jer dah berjam-jam. Pegang tu letak balik.. pegang ni letak balik.. semua nak.. Ibu la tu..

Lepas selesai study kat kedai buku.. sambung pulak kerenah anak lelaki. Ada orang menuntut janji. Pandai berjanji.. pandai la tunaikan.

Wahai popia basah..
2 tahun ku merindui mu..

At last sampai ke Sogo kami mencari. Sekali.. mak aiiii.. ramainya manusia. Tak tau la musim sale ke apa.. tapi.. aduhaiiii..

Btw.. korang biasa tak makan benda yang bergulung ni.. popia basah yang jual kat food-court tu.. lupa pulak apa nama..

Last year balik.. Ibu tak sempat nak makan popia ni. Bukan tak pi Sogo tapi tak sempat. So tahun ni.. dayakan jugak.. Sekali.. mak aiiiiii.. panjangnya manusia beratur.. Tapi.. redha je la.. dapat rasa sikit pun syukur sangat dah. Ada rezeki kita repeat lagi.

Okey.. setel cerita sampai takat ni dulu..

Nak sambung balik kampung pulak.. ada jemputan kenduri kawin. Harap-harap ada rezeki kami makan nasi minyak pengantin pulak. Maklum saja.. kenduri anak-anak beranak jer ni.. Majlis setakat 4-5 dulang jer..

Until then friends..

Jaga hati.. jaga diri..

Friday, June 20, 2014

Ayam percik kuah putih..

Assalamualaikum all,

Penat pun tak hilang lagi.. "tuning" mata pun belum setel lagi.. kami terus sambung balik ke Bachok. Cik Asben nak ziarah Tok Ayah. Kali ni kami try naik FireFly pulak. Sebab nak naik kat Subang je. Malas nak redah sampai KLIA or KLCC.

Okey la.. after all bukan lama mana pun. 1 jam dah sampai. Tapi disebabkan kami balik during school holiday.. tiket maklum je la kan.

Sampai sana.. mak aiiii.. panas tengit.. tapi Kuwait lagi panas. So.. takda beza la jugak.

Meriah warna.. meriah rasa..

Tapi yang best tu.. sampai sana Ma dah sedia sambut kami dengan lauk-lauk orang sana. Memang superb laa.. dalam sedar.. rela jugak menambah nasik. Walhal tau dah petang tu ada pasar malam. Apa ada kes.. balik bukan selalu.. layankan saja.

Yang jadi naik selera tu sebab ada ayam percik kuah putih. Rasanya tak sampai 5 kali Ibu makan ayam percik kuah putih ni selama Ibu berkahwin dengan Cik Asben. Renyah nak buat. Yang kat kedai tak aci laa.. nak air tangan Ma jugak..

At last malam tu.. cancel pi pasar malam and malam tu kita orang makan yang biasa-biasa saja. Kenyang sampai tersandar..

Air kelapa & sotong goreng kunyit..
Khalass..

Esoknya..
Esoknya kami pi layan makan sotong goreng tepung pulak. Sambil-sambil tu.. layan anak-anak main layang-layang. Subhanallah.. tengah hari terik pun selamber je budak-budak ni. Macam takda perasaan langsung. Apa kira kan kan.. janji hajat sampai..

Macam tak rasa apa jer dia orang ni..

Cuma sedikit terkilan.. disebabkan kesuntukan masa.. Ibu tak sempat nak ziarah kedai Nasi Ulam Cikgu. Insya'Allah ada rezeki sambung balik food-hunting kat sana lepas raya ni pulak.

Family Ibu ni memang family yang jenis suka enjoy makan-makan. And biasanya bila balik Tanah Malaya.. ada dah wishlist untuk makan-makan kami selama berada di sini.

Amsyar, Haazem, Arif and Ibu.. memang dah mula dengan food-hunting ni. Cik Asben pun sempat makan burger. Btw.. Cik Asben tak minat sangat makan burger yang kat segala restoran fast-food tu. Dia lagi suka hat yang tepi jalan tu. Entah.. dah selera dia macam tu..

Anyway.. ada rezeki.. nanti kita sambung lagi.. ada tugas dah menanti pagi-pagi ni.

Daa..