Saturday, September 27, 2014

Apa diharap padi seberang..

Ada orang bertanya.. actually ramai jugak yang dah bertanya..
- sapa yang masuk hospital?
- anak sakit apa?
- kenapa muscle koyak?
- kenapa sampai bernanah?
- kat sana takda hospital ke?
- doktor sana teruk sangat ke?

Dan ini hanya soalan favorite yang biasa Ibu kena tanya. Soalan luar dugaan tu.. ignore je la ye..

Sebenarnya.. kami bersyukur sangat walaupun dalam tempoh 8 hari yang kami dok ding dong ding dong pi sana sini.. jumpa doktor macam-macam.. dalam keadaan Haazem dok menangis menahan sakit.. akhirnya Allah bagi jalan untuk kami berubat.. di sini sahaja. Ya'ni MALAYSIA.

Dalam tempoh yang sama jugak.. ada di antara sahabat-sahabat di sana yang datang berjumpa memberikan sokongan moral as well as bagi jalan.. bagi idea.. ikhtiarkan tiket murah and cepat (keja orang airlines la ni) and macam-macam la..

Tapi yang buat kami tersekima nak balik sini for Haazem's treatment was pengalaman sahabat yang sorang ni.

Kisahnya.. dia kena slip-disc (harap Ibu tak silap). Dah jadi macam tu.. lepas dok berulang alik ke hospital.. makan ubat macam-macam.. at last pakar kat sana putuskan untuk buat operation. Cerita detail Ibu tak sure tapi lepas dah operate tu kena la buat macam-macam follow-up. Makan bulan la jugak.

Then since si sahabat masih dalam tempoh MC (6 bulan) so dia orang suami isteri pakat balik sini untuk sambung follow-up kat sini saja. Alang-alang dah cuti tu kan. Sambil-sambil tu mungkin jugak boleh cuba diikhtiarkan perubatan alternatif. Mana tahu.. kut ada yang serasi pulak..

Nak jadi kisah..
Minggu pertama si sahabat buat follow-up kat hospital di Melaka.. doktor sana kata.. penyakit si sabahat tu "sepatutnya" tak perlu buat pembedahan. Memadai dengan buat terapi dulu. Kut dah tak boleh jugak.. then baru dibuat operation as "last effort".

Hati mana la yang tak tersentak.. hati mana la yang tak sedih.. tapi benda dah lepas. Si sahabat terpaksa redha dengan ketentuan yang dah disuratkan. Bak kata orang tua-tua.. nasi dah jadi bubur.

Redha dan terima sahaja laa..

Dan semasa kami dok pening memikir hal Haazem.. dia pun sama susah hati jugak. Dia cukup risau kalau-kalau nanti Haazem tanggung nasib yang sama macam dia. Penyakit memang la lain.. maksud Ibu.. akibat dek doktor sana propose treatment pelik-pelik (walhal solution simple je).. at last Haazem kena "menanggung" seumur hidup.

Jangan ada yang silap tafsir. Ini bukan skima tak redha atau kes menyesal. Tapi kita memang dah sepatutnya berikhtiar sehabis mungkin.. cari yang terbaik. Didengar jugak jika ada any second opinion..

Alahhhh.. senang cakap la.. kut orang lain pun.. sama jugak kan.

At the same time.. bukan Ibu nak provoke kata doktor sana semua tak elok.. 

Bukan macam tu..

Cuma bila dah 8 hari tetap tak ada solution. Asyik buat benda yang sama. Xray.. ultra sound.. makan ubat.. dah tu cerita yang tak pernah consistent.. dari pening dok memikir.. senang cerita.. balik sini je la.

Doktor di sini pun bukan tak bagus. Tun M tu pun.. berapa kali dah kena operate dek penyakit sakit jantung nyer tu. Tak pernah pun sampai ke tahap kena pi oversea cari pakar luar. Itu maknanya doktor di sini.. sila sambung dalam hati..

Thus..
Medical service ni bukan sahaja merangkumi perihal perubatan.. hatta..

Tang perut pun depa jaga jugak..

Friday, September 26, 2014

Hujan emas di negeri orang..

Hujan emas di negeri orang.. bertuah lagi kalau hujan batu di negeri sendiri.. Sebabnya.. hujan batu di negeri sendiri tu.. hujan batu permata.

Walaupun ramai yang kata.. best nyer hidup merantau ke tempat orang.. sebenarnya jauh lagi beruntung kalau hidup di negeri sendiri.

Mana tidaknya..
Makan boleh suka suki ikut selera dan tekak sendiri..
Nak pi sana sini.. lebih yakin rasanya.. and no doubt.. boleh cakap Bahasa Melayu babe.

Sakit pening.. insya'Allah ramai je sedara yang boleh tolong tengok-tengokkan.

Tok sah citer banyak la.. memang duduk di tempat sendiri memang jauh lebih "syok" dibanding dengan dok negeri orang.

My dinner last night..
Sempoi tapi memang ikut spek.. 100% satisfaction.

Kalau dok sana.. time emergency macam sekarang ni.. kut tak shawarma, nasik beriyani, nasik mandhi, nasik yamen && segala jenis nasik tu la.. or paling senang sekali.. fast food.

Nak ikut tekak sendiri.. kena masak la jawabnya.
Mana nak jaga anak.. mana nak masak.. di sini.. tunjuk saja mana yang berkenan. Sedap.. kita boleh pi ulang makan lagi. Kut tak sedap.. sekali tu je la.

Tang bab harga..
Gradually.. I'm adapting. Dah dua round balik Malaysia tahun ni.. tahu la sikit-sikit what to expect. As usual.. mampu kita beli.. tak mampu.. kita adjust la ikut kantung syiling masing-masing.

Anyway.. malam tadi Tuan Doktor ada bukak plaster untuk tukar dressing luka Haazem. Rasa macam nak share gambar kat sini.. tapi takut ada yang horrified lak nanti.

Baru balik dari treatment room ni. Temankan Haazem pi cuci luka. Ada pulak "something" keluar dari dalam daging.. liquid.. so kena la buat lab-test lagi.

Okey.. nak pi kedai dobi. Macam lama lagi kena dok wad ni..

Ilal liqa'..

Thursday, September 25, 2014

Cerita hari hujan..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. Haazem dah semakin bertambah baik. Dah boleh slowly jalan guna tongkat. Tapi Doktor tak bagi over stress sebab luka masih baru. Even tempat yang ber-stapler tu pun cuma boleh dibuka selepas 2 minggu. Ding dong ding dong.. at last Ibu putuskan extend saja stay di sini.

At least bolehlah dia buat 1 follow-up di sini. But most important thing is.. biarlah Doktor di sini sahaja yang "membuka" tempat yang di-stapler tu. Macam dah ada sedikit "seriau" dengan doktor-doktor di sana. Tapi kut dah sampai masa terpaksa mengadap dengan "dia orang" tu.. redha je la kan.

Anyway..
Cerita pasal doktor-doktor di sana.. bukan semuanya ada "masalah". Ada jugak yang baik tho' Ibu tak pernah jumpa pun.

Soooo the bias one.. tak baik kan.
Tapi bila dah kena dengan anak kita ni.. memang ambik iktibar la jugak.

Sementara kami dah kena dok sini.. rasa rugi pulak kalau Arif dibiarkan dok melangok di rumah saja. Dah jadi macam tu.. maka Ibu tompangkan di satu sekolah ni. Rupanya.. kepalang seronok si Arif. Mungkin jugak sebab dapat kawan-kawan baru. Plus.. communicating in Bahasa Melayu pulak tu.


Tapi ikhlas..
Sedih jugak bila tengok gambar ni. Nampak Arif makin kurus. Maybe sebab semenjak Haazem sakit ni.. Ibu kurang bagi perhatian pada dia. Alahai.. mula la nak emo ni..

Andddd..
La ni tengah hujan lebat di sini. Mujur sempat pi tapau lunch tadi. Baru je jumpa kedai makan ni sebenarnya. Haven't tried the goreng-goreng part. Tapi setakat lauk-pauk yang dijual.. alhamdulillah.. bahan bukti..

Nasik tak abih..
Nak buek camno.. asyik layan lauk jo tadi..
Sodap babe..

Wednesday, September 24, 2014

TIDUR is LUXURY..

Tidur juga suatu nikmat..
Tak kena..
Tak tahu..
Simple tapi betul la tu..

A long long long longggg time ago.. (zaman belum kawin ni) sanggup mengorbankan waktu tidur malam demi nak cari duit extra sebab nak nak bayar yuran ngaji. Nak buek camno.. Acik sambung blajar bolah malam. Tapi time tu metabolisma masih tinggi. Setakat tidur siang 2-3 jam tu.. normal.

Lepas kawin pulak..
Alhamdulillah.. life was (quite) easy for me. Setakat anak demam and kena berjaga malam tu.. itu normal la. Tapi never in my entire married life "tidur ku" tersentak macam yang ku rasai for the past 2 weeks.

Tu la.. kita ni bila dah kena baru nak berfikir. Same goes to me.. bila dah anak sakit ni hatta kena berjaga siang malam.. hatta.. tidur-tidur ayam pun dah tak masuk dalam list.. serious babe.. takde dah nak fikir nasik lomak ghondang ayam.. laksa penang ka.. beef noodle ka.. what ever la kan.. Yang macam dah terpandang-pandang sekarang ni cuma katil.. tilam and bantal. And of course a good night sleep.

And last nite.. Allah makbulkan hajat hamba. Walaupun sesekali selang 4 jam nurse datang lawat Haazem to check on his BP and temperature.. subhanallah.. sedap nyer tidur malam tadi. Siap buat peta Tanah Arab lagi tu..

Dah jadi macam tu..
Lepas solat suboh pagi tadi.. 2 raka'at dengan niat solat sunat syukur selesai sudah.
Morale  of the story..

Kita bersyukur ni bukan hanya setakat sebab dapat bonus 5-6 bulan. Bukan hanya sebab anak dapat straight A in UPSR. Bukan hanya setakat dapat naik pangkat. Ya'ni.. janganlah dinilai nikmat syukur tu hanya dengan benda-benda yang duniawi semata-mata.

Sebabbbbb..
Bersyukur itu is very subjective thing.
And selagi kita masih menumpang bernafas atas muka bumi ni.. pandai-pandai la bawak diri.

Sekian.. edisi mem-poyo dari Tuan Tanah kali ini.

Ok.. nak pi tapau nasik lemak ayam goreng untuk anak bertuah. Sarapan untuk orang sakit (best weiii) Ibu nyer dah test rasa (kunun) baru sat ni..

Until later.. 

Tuesday, September 23, 2014

8 days -vs- 8 hrs

Alhamdulillah..

Selamat sudah menjejak kaki ke Tanah Malaya.

Yes..
Suatu yang dinanti.. kembali ke tanah air tercinta maybe just not with this "reason". Balik mengejut sebab anak sakit. Very direct kan. Tak yah la ayat bunga-bunga.. nanti orang nyampah nak baca. Such a drama queen.

Lokasi - British Medical Center, Kuwait.
Purpose - collecting summary report.

Dot dot dot..
Setel sudah..
Balik rumah - purchase tiket - kemas barang - then malam tu ambik flight balik Malaysia.

Alhamdulillah.. dalam flight walaupun ada sedikit huk hek huk hek.. 12.50pm kami selamat sampai ke KLIA.

First thing first..
Makan dulu. Walaupun harga sangat kebaboom.. tapi demi anak-anak yang berhajat nak makan nasi ayam and nasi lemak ayam goreng.. alhamdulillah. So far so good.

Unfortunately.. sampai di rumah SIL.. dah agak lewat. Lab semua dah tutup. So.. declared 1 hari burn.

The following day - lokasi sebuah hospital swasta di Seremban.

Bla bla bla dengan sebeban repot dok junjung ke hulur ke hilir.. Haazem selamat being warded. Terus ambik darah untuk lab-test. Lepas waktu asar pulak went for MRI. And let me stressed this.. the service was absolutely cepat and tepat. And menjelang waktu maghrib semua yang dok haunting us terjawab sudah.

Muscle torn. Cuma unfortunately disebabkan "unta-unta Arab" tu lewat ambik tindakan.. tempat yang injured tu dah bernanah.

The next day.. jam 9.00am terus Haazem masuk bilik bedah. And after 1.30hrs, alhamdulillah.. selesai sudah.

Again.. another lab-test nak kena tunggu. Alhamdulillah.. tak ada virus yang pelik-pelik being detected.

There you have it.

Nothing to do with terlebih protin.. gaut.. and segala spekulasi yang pelik-pelik.

But..
But sementara tu jenuh la Ibu kena tanya macam-macam dengan doktor di sini. And macam-macam pulak penjelasan yang Ibu dapat..

Itu tak betul..
Ini tak kena..
Ini kenapa..
Bla bla bla..

But sincerely.. memang Ibu tak kisah pun mengadap Tuan Doktor sampai 5-6 kali as long as ceritanya consistent from one expert to another. Plus.. ada RESULT.

Andddd..
Pada Tuan Tanah jangan lupa diri. Allah baru "tegur" sikit je ni. Tapi itu tanda Dia sayang kita. So pandai-pandai la bawak diri.. ingat-ingat la untuk muhasabah diri.

Gtg.. nak layan orang sakit..

Daaaa...

Wednesday, September 17, 2014

Siaran tergendala..

Assalamualaikum all,

Ada rezeki.. sihat badan.. panjang umur.. kita jumpa lagi nanti ya..

Ilal liqa'

P/s;
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai ke destinasi..
Amiinnn..

Monday, September 15, 2014

Syafahullah anakanda..

Assalamualaikum all,

Sepanjang 8 tahun menumpang hidup di negara orang.. ini mungkin kali ke-3 kami diduga dengan ujian yang sebegini. Mungkin pada orang lain biasa-biasa sahaja. Tapi bagi kami.. Allah sahaja yang tahu..

Berat mata yang memandang..
Berat rasa yang membaca..
Berat telinga yang mendengar..
Berat lagi bagi kami yang menanggung..

5 hospital yang tak kurang gah..
4 kali x-ray
2 kali ultra sound
Tolak sana.. tolak sini
Ulang cerita yang kami dah hafal dari A-Z
Tapi cuma 1 sahaja hospital yang melakukan lab-test

Dan sepanjang 1 minggu Haazem menanggung kesakitan.. macam-macam ubat.. macam-macam krim.. macam-macam injection..

Itu belum lagi macam-macam spekulasi penyakit. Baik dari pihak doktor.. tak kurang jugak dari rakan-rakan.

Mau tidak..
Haazem.. walaupun dengan umur yang jauh muda.. ketinggian yang hampir sama dengan Ibu.. berat badan pun.. dah nak hampir sama dengan Ibu.

Kalau orang tua-tua kita dulu mungkin kata.. "alhamdulillah.. sihat tubuh badan". Tapi Ibu bapa hari ini (segelintir).. Haazem ni obes.. Haazem ni gaut.. Haazem ni itu ini..

Well, the last time we checked.. Haazem is totally in good health, good condition, tang melasak tu.. lebih hebat dari separuh kanak-kanak yang jauh lebih "cikeding" dari dia.

Cakap banyak pun tak guna.
Mak bapak sure akan defend anak masing-masing kan.

Kami redha.
Benda dah nak jadi. Kita terima.. kita ikhtiar.. kita doa.

Adeehhh..
Macam la kritikal sangat penyakit si Haazem ni.

Walhal..
Cuma ada jangkitan virus dalam badan saja.

Kisahnya.
Haazem demam mengejut.
Then kena virus.
Hence the virus dah attack protin.
Lepas tu jadi poison dalam badan.
Terus trigger saraf kaki sebelah kanan sampai dia tak boleh nak berjalan.

Tapi sebelum semua jawapan tu kami dapat.. as I said earlier.. macam-macam spekulasi. Macam-macam recommendation.

Psiko mak bapak pun jangan cerita.
Time ni sikit punya hal memang bisa berantakan kalau akal kurang waras.

Dan dalam keadaan sebegini jugak.. kita boleh tau.. siapa kawan and siapa dot dot dot..

Ikhlas..
Ibu bukan jenis suka canang cerita anak sakit. Siapa yang jadi "friend" di FB pun mungkin akan sedia maklum peil Ibu. Biasa Ibu cuma akan tayang-tayang gambar lauk-pauk atau gambar "happy faces" sana sini. Other than that.. Ibu lebih suka keep it to myself. Rasanya Ibu lebih banyak berkongsi cerita di sini.. 

Tapi waktu macam ni la Ibu kena "hentam"..
Some say.. "biar je la.. mungkin Kak Sham rasa its a bit personal".

Some say.. I got this attitude.. benda macam ni pun nak berahsia.. and the rest biar Ibu sajalah yang telan dalam hati.

Pada Ibu.. its very simple. Tuhan tak akan menduga kita dengan ujian yang DIA rasa kita tidak mampu untuk menanggungnya.

Terlebih "berkongsi" ni.. takut nanti jadi lain pulak.
Been there.. done that.

At that particular time.. we're still uncertain.. in grey line.. so dari jenuh nak menjawab soalan yang tak ada jawapan.. biarlah cuma mereka yang tertentu sahaja yang mengetahui keadaan kami di sini.

Even dengan keluarga pun.. cuma yang tertentu sahaja Ibu kongsikan berita ini.. dengan alasan tak mahu yang lain "risau" serta DAN LAIN-LAIN..

Alhamdulillah.. walaupun belum 100% recover.. gradually and insya'Allah.. Haazem akan kembali seperti biasa. Bila and berapa lama lagi.. itu Ibu serahkan pada DIA.

As I always believed.. itu semua kerja DIA..
"Kun fa ya kun"
Kita terima.. kita ikhtiar.. kita doa.

Ilal liqa'..

Thursday, September 11, 2014

Harta dari Tanah Malaya..

Antara barang-barang seludupan yang wajib..

1- Bunga kantan
2- Kicap kipas udang
3- Gula melaka
4- Daging salai
5- Segala jenis daun puding, ulam-ulam yang boleh di-frozen
6- Durian
7- Tempoyak
8- Petai
9- Ikan bilis
10- Cili kering
11- Budu
12- Ikan sardin
(banyak la lagi.. tak ingat dah..)

 
2 minggu before nak balik ke sini pun Ibu dah mula sesi bungkus-membungkus..

Tengok senarai barang pun dah main banyak kilo tu. Tu belum lagi rempah-rempah dan barang-barang kering yang lain. Dah jadi macam tu.. baju-baju yang rasa tak perlu dibawak semula.. kita kira halal je la.

Petai - Tempoyak - Durian

Rugi kalau barang-barang seludupan tak dapat bawak balik ke sini. Itu lagi penting.

Tapi memang nak jadi kisah.. boleh pulak bunga kantan (no. 1 tu) tertinggal. Walhal siap buat check-list dah tu. Itu pun Ibu perasan tertinggal 2 hari selepas sampai ke sini. Aduhaiii..

Dah jadi macam tu.. mula la berkira-kira nak tumpang kirim ke adik-adik Kuwait Uni yang masih bercuti. Mujur.. Ikhwan sudi pulak nak menumpangkan sikit bunga kantan.

Tapi tu la kan.. kalau dah bukan rezeki tu.. akhirnya Ikhwan pun tertinggal jugak hat bunga kantan yang dia beli untuk Ibu dalam fridge. Itu pun dia teringat masa dah nak naik flight dari Kota Bharu ke KLIA. Redha je la kan..

Well..
Sebenarnya Ibu dah tak kisah pun. Kita pakai je la hat apa yang ada. Tu ari sempat jugak simpan stok bunga kantan (memang BUNGA kantan) sikit. Beli dari kedai Bobby. Boleh la buat bau.. buat rasa sikit. Tapi cara nak guna tu kena blend la. Kut tak.. lambat sikit nak mesra dalam kuah.

Tapi.. alahai.. ada pulak Hamba Allah yang sudi memanjangkan rezeki Ibu. Rupa-rupanya Ikhwan mintak adik-adik dari sekolah menengah di Qortubah tolong bawakkan sikit stok bunga kantan untuk Ibu.

Punca kisah..
Semalam masa Ikhwan datang nak mengajar anak-anak mengaji.. sempat pulak dia hulur buah tangan. Sekali bila bukak bungkusan..


Rasa macam nak nangis.. tak tahu nak kata apa.. cuma alhamdulillah.

Suka.. sangattttt suka.
Begitulah adat hidup merantau ni.
Bukan emas jongkong yang dicari.. bukan beg Prada or LV yang masuk list (it might be just ME). Tapi barang-barang yang macam tu la. Pakai la dengan berhemah.. masak la tanpa membazir. Ada rezeki.. bolehlah tampung sampai balik cuti next summer pulak (insya'Allah) atau kalau muka kurang malu.. selit-selit la berkirim dengan kawan-kawan yang balik cuti luar musim.

Nak buat macam mana kan. Dah kami ni anak-beranak selera orang kampung.

Abis cerita dah.. nak masuk dapur nak masak lunch pulak. Ada rezeki kita tayang-tayang gambar lauk-pauk pulak.

P/s;
Pada yang berpuasa.. selamat berbuka puasa.
- elok kalau bayar hutang awal-awal ni..

Until later.. daaa..

Tuesday, September 9, 2014

PHD.. penyakit hati..

Just so recent.. terbaca satu post status dari wall Fb sorang kawan. Sinis.. tajam..

Terasa..
I might say.. I am..

Why?
Sebab saya bukan robot.
Ibu ada hati.. ada perasaan.. ada akal..
Dan kalau pun status tu bukan ditujukan untuk Ibu.. still Ibu terasa jugak. Sebab seikhlasnya.. kalau pun kawan tu bukan "tembak" Ibu.. tapi Ibu pernah "berfikir" dengan cara yang dia sebut tu.

Ibu tak boleh nak share apa yang dia post sebab "kaki skodeng" dah ada kat sini. Nanti tak pasal-pasal WW3 pulak. Hati orang kan..

Cuma iktibar yang Ibu nak cerita kat sini..

Selalu kita dengar orang bijak pandai kata..
Biar jer la..
Lantak dia la..
Scrool down..
Ignore..
Unfriend..
&& segala yang sewaktu dengannya..

Pada Ibu.. sebenarnya itu kriteria orang yang ada "sedikit ego". Jenis yang tak suka ditegur. Jenis yang rasa dia semua betul. "Tak nak ambik tahu" tu bagus. Tapi bila dah hidup bermasyarakat ni.. ada masa.. and banyak masa.. kita kena ambik tahu jugak. Bukan sampai ke tahap "busy body". Memadai untuk jaga diri sendiri.

Sambung semula cerita hari ni..
Dalam hati kita.. sure akan terdetik.. "ehh.. dia ngata aku ke?"

Itu tandanya kita masih ada perasaan bersalah and rasa bersalah tu sebenarnya yang makes you HUMAN. Dan perasaan bersalah tu sebaiknya kita "perbetulkan".

Kut selama ni kita jaki dengan segala post orang yang dok tayang-tayang beg mahal.. hadiah b'day canggih-canggih.. itu ini segala la kan.. apa kata kita tengok sambil kata "alhamdulillah.. rezeki dia". Dia nak berhutang ke.. nak guna credit card ke.. beli yang hat ori AAA ke.. itu dia punya pasal. Tak perlulah pulak nak terlebih mengkaji.. terlebih dok study.. 

Sambil tu jangan la sebut "elehhhh.. nak menunjuk la tu". Insya'Allah.. rasanya kurang sikit "penyakit hati" tu.

Tipulah kalau Ibu boleh buat 100%.
Sebab being human.. tak banyak.. sikit.. sure terdetik.. "elehhh.. itu pun nak tunjuk.. elehhh.. semua nak bagi tahu".. and banyak la "elehhhhh.." yang lain lagi.

Tapi bila fikir-fikir balik.. perkataan "elehhh.." tu memang sangat "berhantu" (the consequences might be vary from one person to another).. so apa kata kita cuba approach yang baru ni.

Ibu pun tak tahu sejauh mana it shall work for me.. sebab penyakit hati ni memang satu penyakit yang tak ada ubat.. tak ada doktor. Sebabnya.. ubat dan doktornya.. hanya diri kita sendiri.

Jaga diri.. jaga hati..

P/s;
Sure ada yang kata.. macam bagus je bagi nasihat.. walhal diri sendiri pun tak betul lagi.

- Well.. terpulang la kan.

Ilal liqa'..

Monday, September 8, 2014

???


Apa kata kita try pulak buat macam ni kat KL or any mega mall yang banyak kat Malaysia tu... or.. anywhere yang rasa sesuai la. Rasa-rasa.. apa respon??

Moody Monday..

Monday blues..

Ehh ya ke Monday blues.. ke Manic Monday..
Yang betulnya tak elok kata macam tu sebab Nabi Muhammad saw lahir hari Isnin.

Macam kami ni.. Ahad dah start operasi.. so Isnin cuma another continuity day saja. Tapi memang hati tak berapa "best" sangat la. Nak kata hormon tak menentu.. Kakak Kembo dah nak say good-bye pun.

Ntah la.. tapi memang swing mood la sikit..

Siakap senohong.. gelama ikan duri
Bercakap bohong.. lelama jadi batu api

Errrrr.. boleh ke??


Takda kena-mengena pun.. 
- saja suka -

Thursday, September 4, 2014

Hukum mencukur bulu kaki

- The last part of buluss -

Ada pompuan takda langsung bulu kaki.. some.. ada tapi jarang-jarang.. while the others.. depend pada rezeki masing-masing la ya.

Bab mencukur bulu kaki ni tidak ada larangan dari syarak sebenarnya. Yang ada hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya ; 

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo”

(HR : Bukhari dan Muslim)

Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari, hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.

2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita, harus kerana tidak ada dalil syarak melarangnya.

3. Menghilangkan bulu kening, haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Copy paste dari sumber yang pelbagai.