Thursday, April 30, 2015

Mi goreng mamak.. Hawally mari..

Adat merantau..

Dari yang tak tahu biasanya akan terpaksa ambik tahu..

Dari yang tak pandai.. akhirnya terpaksa buat-buat pandai..

Yang menjadi penghalang cuma tahap kerajinan saja.

Untunglah kalau tempat yang dituju dah sedia maklum cukup serba serbi. Tapi bagi kami yang terpaksa menumpang rezeki di Tanah Arab.. sudah pasti.. mi kuning.. pulut kuning.. nasik kerabu.. nasik lemak.. itu semua bukan makanan kebiasaan bagi penduduk asal.

Kalau ada pun bangsa lain seperti Bangladesh.. Sri Lanka.. Indonesia.. tetap lain.

Dah jadi macam tu bila tekak berkehendak.. mula la skodeng sana-sini. Tanya Cik Gugel untuk resepi or in my case.. call ke Omak sey jo la..

And hari ni.. rasa nak makan mi goreng mamak la pulak.

Kalau malas.. boleh saja ke Pasar Pinoy.. insya'Allah setakat sepeket dua mi kuning (selalunya kaler oren) sure boleh dapat.. tapi rasanya lagi yakin kalau boleh buat sendiri.

Hence.. hari ni..

 Sebelum kejadian..

Selepas kejadian..

Wednesday, April 29, 2015

Roti canai in Medan Hawally..

Located in the heart of Hawally precinct, Khaled Restaurant has been serving our family even long before Arif was born. Thus while the boys were struggling adapting to the Arab's food.. kedai Khaled ni la yang jadi tempat kami mengadu untuk mengalas perut.. especially ketika tekak rindukan roti canai atau tosey.. kari atau kuah kacang dal.


Kalau dulu kedai Khaled ni kecik saja.. nak makan pun terpaksa bercampur dengan pelanggan-pelanggan lelaki yang lain.. la ni Khaled dah semakin maju. Siap dengan ruang untuk 'family' ya'ni to those yang bawak isteri.. ada anak-anak.. boleh la pilih kalau nak makan di bilik-bilik khas.

Deretan bilik khas untuk keluarga..

And hari ni selesai sahaja menghantar anak ke sekolah.. me and Cik Asben ambik peluang untuk ke Khaled. Alhamdulillah.. its still there. Maklum sahaja di Kuwait ni.. semalam ada.. hari ni tinggal tapak sahaja.


Ada la building baru yang naik nanti ni..

Dah adat orang kaya-kaya di sini. Suka-suki beli tapak building yang dia orang berkenan then pacak building baru. Then pi bagi sewa kat expatriate like us. Itu pun ada klasifikasi jugak. Ada building khas untuk family.. ada building khas untuk single tenant. And this ruling is very strict. Kalau ada orang bujang yang suka-suki menyewa kat building yang khas untuk family.. and if kantoi.. jawab jer la nanti.. silap-silap ada yang kena hantar balik kampung.

Okey the best past..

Bilik comel yang hanya boleh memuatkan the max of 4-5 people..
(depend on size badan jugak la)

Salad.. 
Walaupun setakat makan roti canai.. its a must..

Mutton masalla.. Cik Asben opted for this..

Chicken 65 tak dok.. yang ada chicken chili jer..
tapi tak pedas langsung..

Everything in my plate..

Teh kelat tak dok.. have to settle with teh Lipton jer..


Yang ni Ibu kena cerita sikit..
Pok Sheikh and Minah-minah Arab kat sini memang kurang berpedas.. kurang yang masin-masin tapi no problem with manis. Tu sebab segala 'meggi' even cop Sungai Besi mali.. tapi tawar hebeh.. sebab nak bagi suit dengan tekak and kebiasaan dia orang di sini. So.. to anybody yang rasa kurang pedas.. kurang masin.. adjust sendiri la ya.

Itu pun dia orang bagi serbuk pepper ngan garam jer. Mana nak sama dengan cili api kita kat Malaysia. And for the same reason.. kita orang tiap kali balik cuti.. the first week sure ada yang perging.. ada yang macam kena buasir. Sebab walaupun Ibu masak guna cili api import dari Thailand (kedai Bobby) tapi mana nak sama dengan cili api kita yang kat sana kan.

Okey settle bab makan.

And lepas tu.. pi hantar kereta servis pulak. Luckily ada kedai yang dah bukak dekat dengan area apartment kami. Matahari pun dah tegak atas kepala walhal baru jer jam 9.30 am. Ni semua tanda-tanda summer dah mula say 'hi baby'.



Medan Hawally..
Sesak dengan segala jenis building.. 24/7 jem sokmo..

And boleh la officially simpan segala jaket.. bubble and yang sewaktu dengannya. Insya'Allah next October or November.. kita bukak kotak baju winter semula.

Daaa..


Tuesday, April 28, 2015

Fast and Furious MOM..

Its Monday..
The weather was a bit gloomy if I may say yesterday.. cuaca pun dah mula berbahang jugak semalam. Nevertheless.. still berangin.. maybe sebab kita orang pi dok lepak tepi pantai. Angin pantai kut.. otherwise. Still.. alhamdulillah.. tak la sampai ke tahap basah ketiak.

Cik Asben still lagi kena buat kerja remotely from home. Then boleh pulak dia bagi tau kena pi meeting kat Marina. Apa lagi.. kita orang yang tak terlibat ni pun sama la kepoci nak ngikut sama.

Sebab nyer kita orang kepoci lebih.. its Monday.. tiket wayang murah babe !!!

Okey.. sebelum tu.. jom tengok serba sikit view kat Marina ni.


Sesampai jer ke Marina.. dari celah-celah pokok tamar dah nampak deretan bot-bot laju Pok Sheikh and Minah-minah Arab ni parking.




Tak tau la kisah sama ada bot-bot laju ni ada yang boleh disewa. Tapi kut la ada yang fefiling nak pi ronda-ronda keliling Marina dengan bot ala-ala cerita 'The Love Boat'.. boleh la sewa yang hat macam dalam gambar kat bawah ni.


Sementara tu..
Knowing that ini kawasan Marina.. so sure ada facilities lain selain dari setakat untuk bot-bot berlaboh kan.

Unlike Sultan Cetre.. pilihan untuk melepak di sini lebih banyak.. not to mention.. lagi happening sebenarnya. Kebiasaannya.. hujung minggu kawasan ni akan meriah dengan segala aktiviti keluarga. Riadah.. picnic.. anak-anak main itu ini.. etc.

Nak makan.. nak minum.. just name it. Insya'Allah.. it won't let you down. Tepuk poket.. pilihlah mana nak lepak.

Tapi adatlah.. nak menembak.. segan la jugak sebab tho' Kuwait ni bukanlah 'seketat' macam Saudi.. still its a bit taboo untuk suka-suki ambik gambar. Silap-silap ada pulak yang perasan kita ambik gambar Minah-minah Arab yang lepak-lepak minum kopi kat tepi-tepi Marina tu.



(Selingan)



Akhirnya..
Tapi ini bukanlah jenis pokok tamar yang ditanam khas untuk buahnya. So as you can see.. the hasil pun tak berapa padat/rapat sangat. Lebih pada tamar pacak jer ni. Dah nama pun Tanah Arab kan. Sama jugak macam kita.. ada pokok rambutan hutan.. ada pokok rambutan tut etc.

My guess would be.. they won't jaga pokok ni for its hasil sebab kalau pokok tamar lain.. dah mula 'bersarong' ni. Yang ini pulak.. dengan burung-burung pi patuk putik tamar.. confirm nyer la.. jenis tamar liar. Setakat hiasan.

And beginilah rupa putik tamar..

As I said.. its Monday.. so tiket wayang di seluruh panggung wayang seluruh Kuwait adalah lebih murah jika dibandingkan dengan hari-hari lain. Murah pun.. 2KD jugak la per person.

Sebenarnya guilty jugak nak keluar semalam tu sebab Bujang Sulong ada banyak homework and revision to do. La ni dia dah year 9.. dah mula kena prepare untuk IGCSE or International General Certificate of Secondary Education. Kalau kat Malaysia.. macam SPM la ni. And since kami enroll for Pakistan International School.. corak pembelajaran biasanya lebih extreme jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah antarabangsa yang lain.

Tapi itu terpulang la pada family masing-masing kan. Lain orang.. mungkin lain pulak cara penilaian nyer.

Laluan untuk ke Marina Mall..
Jambatan/laluan.. ntah la..

Okey sambung cerita..

Untuk pi tengok wayang ni.. kami kena pi ke area Marina Mall.. which means kami kena pi menyeberang kawasan Marina ni la. And untuk pi Marina Mall ni.. ada la jambatan yang menghubungkan antara Marina and Marina Mall. Tak la jauh mana pun.. say maybe dalam 10-15 minutes walk. Depend on how fast you walk la kan. Kut ala-ala santai.. sendiri mau budget masa la kan.

Pemandangan dari dalam jambatan..

 Saja tengok-tengok sementara tunggu show..

Ada la yang berkenan tu..

Pemandangan yang terlalu biasa di sini..
Pok Sheikh and minyak wangi..

Show yang anak-anak pilih..

Actually.. lama dah show ni main kat sini. Mula-mula tu ingat nak tunggu cd hok pirate clear jer la. Lagi murah.. boleh tengok ulang kali kan kan.

Tapi.. peer pressure.. ramai sangat yang rekomen pi tengok sendiri kat panggung. Kononnya lebih best.. dengan popcorn.. nachos.. segala jenis jajan.. sound system yang kebabommm.. yang jadi tukang hasut.. adik-adik students laa..

Tapi kan.. nak cerita bab jajan ni.. tak tau la camana ruling kat Malaysia.. tapi kut kat sini.. okey jer kalau nak bawak masuk jajan selain yang ada dijual kat cinema. So setakat Mc Donald.. Burger King.. suka ati korang la..

Show..
Setakat kami anak-beranak.. best. Dari mula sampai akhir.. tak sempat nak boring pun. Pada yang dah tengok.. tau la camana jalan cerita kan.

Tapi kan kan..
Ada sedikit gangguan la.

Knowing that ini cerita action.. tak yah la bawak anak pompuan kecik yang tahap layan Cinderella ke.. Frozen ke.. or anything yang sewaktu dengannya.

Kisahnya..
Seating area family.. (paling best sebab separa screen and kat tengah) tapi dengan the girls kicking my seat (from behind) sebab nak pi toilet.. yang menjerit sebab bergadoh berebut gadget.. yang merengek sebab bosan.. yang mintak balik sebab its too violent..

Adeihhhh..
Banyak sangat la pulak suara-suara backup. Even my boys pun kata benda yang sama. Banyak sangat distraction.

Tapi nak cakap banyak pun tak boleh.. tempat public kan.. redho jer la. Tho' dalam hati.. geram jugak sebenarnya.

Show.. rasa macam lama jugak dari biasa.. mungkin plus tribute untuk mendiang si Paul tu kut. Ini pun mungkin satu faktor yang contribute pada anak-anak pompuan yang dah pakat layan bosan tu.

Anyways..
Semua happy.. Cik Asben pun dah selesai meeting.. kami pun gerak balik rumah.

Abis cerita dah.. until later friends..

Sunday, April 26, 2015

Breakfast like a KING..

Perut meragam.. tak boleh makan pedas la pulak.. adeihhhh.. erkkkk.. sungguh tak bersyukur. Dah tu.. Cik Asben pun bagi mc.. dapur pun mc jugak la tu..









So since Cik Asben minggu ni kerja remote dari rumah and masa nak handover talifon berhantu tu.. sempat la kami singgah sini kejap. Quick break lunch.. kononnya la. Masih waktu breakfast.. tapi dah makan big portion macam ni.. merangkap sekali ngan lunch la ni..

And sebenarnya.. inilah contoh hampir tepat macam mana Pok Sheikh and Minah Arab yang suka-suki takda kerja tu melepak pagi-pagi. Ihop.. Shake Shack.. and entah hapa-hapa nyer kedai lagi. Setakat Starbuck, Coffee Bean, Mc Donald, KFC, Burger King, Hardees etc.. memang kurang sangat dah.

Well..
Sebenarnya kami nak pi cari kedai lain.. 'The early bird' ke apa namanya.. tapi bila dah sampai sana.. jumpa tapak kedai jer. So dari balik perut kosong.. layan jer la..


Lepas dah puas belek gambar.. we opted for..



Ini pilihan Cik Asben..

Me..


Sebenarnya memang ini pun yang Ibu akan pilih setiap kali mai sini. Ntah laa.. dah jenis mencari nasik jugak. Walhal setakat nasik, brokoli celur, tilapia goreng dengan sos masam.. tapi dah itu yang paling hampir dengan  tekak Melayu.. tapi satisfaction.. 101%..

And budak Cinonet tu pulak..



And we have one happy.. satisfied.. so full of bliss customer..


Cuma since dah keluar pun dah lewat.. matahari pun dah tegak atas kepala.. sat lagi nak jemput anak balik dari sekolah pulak. Hence.. niat hati nak menembak pokok kurma yang dah mula keluar hasil tu terpaksalah Ibu tangguhkan dulu.

Okey friend.. selamat berehat.. esok dah nak mula kerja..

Ilal liqa'..