Beautiful Friends

Sunday, January 18, 2015

You won't have 500 million friends without making few enemies..

Don't let people define you.. you define your own self..

&

Too much freedom can let you to sins..

2 kata nasihat yang selalu kena pasak ke telinga ni tiap kali jumpa dengan sorang kakak ni. The words.. might be quite firm rather than soothing to the ears.

And I quote ;
Lidah seseorang dapat menggambarkan bagaimana hatinya (Ibn Qayyim Al-Jauziy)

Ada masa kita dapat kawan yang mulut macam dot dot dot..

Ada masa kita dapat kawan yang mulut macam.. as my Omak selalu kata.. wangi macam bau Malaikat jatuh (wangi la tu kut)..

Ada masa kita dapat kawan yang mulut jahat tapi maksud disebalik apa yang disampaikan.. you figure it out..

Ada kawan yang mulut.. senyum pun tak tinggal tapi sebenarnya macam "you know what"..

Whatever it is.. the power of friend or friends ni.. punya impak yang kuat pada diri kita. Unless you memang jenis yang tak suka "berkawan".

Tapi whatever it is.. kita sendiri perlu ada pendirian kita sendiri. Don't easily get immerse with your "surrounding" just because you want so much to be accepted.

Peer pressure is normal tapi jangan disebabkan masalah seperti ni.. kita sanggup melepaskan nilai-nilai Islam dalam diri kita.

You need to prioritize.. friendship.. deen.. walaupun arus tu kuat.. yang salah tetap la salah.

Masing-masing dah besar.. masing-masing boleh fikir mana yang buruk.. mana yang baik.. end of the day.. we won't live forever. Whatever we're doing today is only and only for the "here and after".

You take care friends..

Jaga hati.. jaga diri..

Ilal liqa'







Friday, January 16, 2015

Thursday, January 15, 2015

Small town.. big ears..

Situasi..
Bila anak-anak balik sekolah..

Soalan routine dari anak..
Ibu masak ape?
Ibu masak ape?
Ibu masak ape?

Soalan-soalan biasa dari Ibu..
How's your day at school..
Ada homework ke?
Hari ni ada gadoh dengan sesiapa ke?
Canteen beli ape?
Lunch box makan tak?
Duit belanja beli ape?
Baju kotor tak?
Macam mana dengan test.. exam.. quiz (and anything yang sewaktu dengannya)
And bla bla bla..

Then bila dah a bit cool-down.. dan makan.. dan solat.. waktu senggang.. time Ibu nak kelebek beg sekolah.. buku sekolah anak.. tengok diary anak-anak.. kut la ada new circulation.. cuti ke.. mintak duit itu ini ke.. etc.

And looked what have I found in the test paper..

Do you see what I saw?

Tuesday, January 13, 2015

All fired up !!!


Sesi persekolah baru sahaja bermula.

Anak-anak perempuan yang "once upon a time" busy-busy-bee main crayon.. main pondok-pondok.. main princess.. now maybe comel with kain tudung putih.. baju putih and kain sarong biru pekat.

While the boys..
Dulu maybe suka-suki main lastik (ada lagi ke budak main lastik?).. sekarang smart dengan kemeja putih and seluar panjang warna biru navy.

And to macth the beautiful moments..
Kasut baru..
Stokin baru..
Pencil box baru..
Beg sekolah baru..
Everything possibly new.

Then yang mak-mak pulak.. but at the same time I too encountered some anak-anak (yang dah ada akaun fb) dok tayang-tayang "all the new things". Not just NEW.. its also very expensive.

Bertuahnya rakyat Malaysia. Dalam masalah kewangan yang dikatakan semakin teruk. Matawang RM yang semakin jatuh.. namun masih ramai rupanya yang masih mampu berbelanja mewah.


But..

Seandainya masih ada di antara kita yang hanya mampu ke sekolah dengan kasut.. baju.. seluar.. or whatever which are descendants from older siblings.. or maybe from sedekah orang ramai.. how would it feels then?

How would it feels??

Gambar di atas dikatakan "tidak benar-benar berlaku". Hanya sebagai lakonan seorang anak murid yang sedikit kreatif.. nakal.. comel.. cute.. call it whatever you want..

But..
How would it be IF.. ia benar-benar wujud??

Masih megahkah kita menayang kasut converse.. beg tema "frozen" and the rest come along with tema sedondon.

Don't get me wrong. I was also once in the same shoes.. semua nak baru. Semua nak cantik. In my mind.. price tag along with quality.

Mind me.. ter-divert pulak..

Moral of the story..

Nak tayang-tayang is normal.
We just might want to share "the moments" with others..
Share our happiness..
Share whatever we want to share.

Cuma..
Please be more courteous..

Bukan semua mampu..
Bukan semua sebertuah kita..
Bukan semua.. what ever lah..

End of the day.. takmo orang sakitkan hati kita.. so don't start with one..

Out there still ramai yang masih less fortunate..

Alahhhh.. korang fahamlah what I'm trying to say here..

Jaga hati.. jaga diri..

Daaaa..

Monday, January 12, 2015

Escaping reality..

Terlebih dahulu.. Ibu mintak maaf.. seikhlas hati tak ada maksud nak meng.. (what ever la) anak sesiapa pun.

Anak-anak kita hari ni.. mungkin la selamat dari perbuatan sebegini.. tapi cucu.. cicit kita.. kita belum tahu lagi. Yang dah lepas.. terlajak.. terlanjur tu.. sudah la.. taubat nasuha lillahi'taala. Pintu taubat Allah tu terbuka setiap masa..


How banter.. tapi kelakar ke?
Femes la lepas ni anak-anak kita.. tapi buat apa femes dengan cara ni?

Terkujat separuh nyawa bila Ibu tengok video ni..
Macam tak percaya.. but.. kena percaya la jugak sebab dah terang-terang tunjuk perilaku anak-anak kita yang.. whatever la..

I'm sure.. by now benda ni dah viral satu Malaya. Kalau kami yang di sini pun tahu.. tak kan orang sana tak tahu menahu.. Dunia cyber hari ni.. sekali tekan "ENTER".. satu dunia tahu itu ini..

Escaping reality..
Ya.. escaping reality la sangat.. but only for a while..
Tentu anak-anak dara ni semua sepertinya mimpi jadi kenyataan. Ye la.. kan dah dapat jumpa hero mata sepet.. kulit putih mulus.. tinggi lampai (tinggi sangat ke)?.. bla bla bla.. dah tu siap kena pegang-pegang.. kena peluk.. kena cium..

Astaghfirullah..

Tapi semua ni kejap saja.
The moment kiri kanan depan belakang dok ngutuk.. pedih hati.. bernanah telinga.. nak sorok muka pun ntah tak tahu kat mana..

Yang mak bapak pulak..
Aduhaiii.. banyak-banyak la beristighfar.. bukan ini yang diminta.. bukan ini yang diajar. Mana mak nak letak muka dengan jemaah masjid.. dengan geng baca Quran..

Yang si ayah pulak..
Mana nak letak muka dengan kawan sepejabat.. dengan jemaah sembahyang Jumaat.. dengan geng se-korum minum teh kopi lepas solat Isyak?

I.. myself as a mother.. try tp put myself in their shoes.
Macam mana weihhhhh??

Bila nak kawin mintak duit hantaran ribu riban.
Bila nak kawin.. mintak segala jenis hantaran "atas par" yang bukan-bukan..

Tapi..
Tapi terang-terang anak dara rela kena peluk cium in public.

Some might say.. what about yang buat "hal" belakang kita?

Yang tak nampak tu.. benda wujud tapi cmana nak cerita?
Jangan pulak kita buat fitnah.. memadai saja yang dah terang-terang kat mata kita.

Inilah yang dikata.. fitnah akhir zaman..

Benda haram.. tetaplah haram..
Benda tak boleh buat tu.. tetaplah tak boleh buat..

Tak kiralah K-Pop ke.. M-Pop ke.. Lolly-Pop ke..

No means NO..
Haram means HARAM..

Semoga kita terlindung dari fitnah yang sebegini.
Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan.

Adeihhhh.. sadis..

Jaga hati.. jaga diri..

Take care friends..

Sunday, January 11, 2015

Its easier said than done.. but..

How irony..
Nak pakai baju laboh.. seluar longgar.. jubah.. kita malu.. kita kata menyusahkan..

Tapi..
Pakai skirt pendek.. pakai baju nampak lurah dendam.. pakai segala yang ketat.. kita tak segan.. lagi orang usha.. lagi kita bangga pulak..

How irony..
Bila disuruh makan cacing la.. buat benda-benda ngarut kita sanggup.. take the challenge.. overcome your fear kononnya..

Tapi..
Bila ditanya.. bila nak tutup aurat.. "I'm not ready yet"..

How irony..
Kita sanggup boh reminder untuk hal-hal duniawi.. to the extend.. catit kat diary.. boh kat yellow sticker.. whatever la..

Tapi..
Nak ganti posa.. tunggu la esok lusa tulat..

How irony..
Kita malas nak ambik usaha menghafal surah-surah pendek dalam AL-Quran..

Tapi..
Setakat lagu.. lagu Korea.. lagu omputih.. lagu itu.. lagu ini.. sap-sap-sui je kita boleh hafal..

How irony..
Kita bangga dapat menghabiskan novel itu.. novel ini sampai beratus muka surat..

Tapi..
Al-Quran seminggu 1 juz pun kita tak mampu.. walhal kalau ambik sifir mudah.. 3 helai sehari.. seminggu dah khatam 1 juz..

How irony..
Kita berhabis.. beriya sakan nak sambut birthday.. nak sambut anniversary.. buat family-day.. nak sambut itu ini..

Tapi..
Nak berkumpol anak-beranak Khamis malam Jumaat baca Yassin pun susah..

How irony..
Kita sanggup minutes after minutes sanggup tengok lawak bodoh.. maharaja lawak la.. mega itu.. mega ini..

Tapi..
Nak dengar kuliah suboh.. kuliah agama kat surau.. masjid.. masya'Allah.. here comes all the reasoning.. all the excuses..

How irony..
Kita kenal artis tu.. kita kenal artis ni.. penyanyi itu ini.. director.. producer.. etc..

Tapi..
Siapa Nabi yang paling kacak?
Siapa Nabi yang ditelan ikan paus?
Siapa Nabi yang dianiaya abang tiri?
Siapa Nabi yang terkenal dengan Kota Sadum?
Siapa Nabi yang terkenal dengan kapal besarnya..

How irony..
Kita sanggup beli gadget harga beribu.. dengan segala application yang canggih-manggih..

Tapi..
Nak install application Al-Quran dalam gadget kita rasa rugi space.. 

And the lists can goes on like forever..
Membebel memang best.. lagi best sebab.. its free.. orang nak dengar.. tak nak dengar.. terpulang la.

Baca.. and.. ambik iktibar..
Baca.. and.. lantak ko la..

Nobody perfect.. banyak sangat yang sumbing.. 
Rongak sana sini..
Tapi kalau tak mula dari sekarang.. bila lagi??

Jaga hati.. jaga diri..

Ilal liqa' friends..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...