Beautiful Friends
Tuesday, August 25, 2015
Ulam pegaga.. a little bit of heaven..
Nak buek camano.. dah kito oghang kampung.
Nak jugak sesekali makan makanan yang biasa jumpa.. biasa makan di kampung nun. And alhamdulillah.. ulam pegaga ni senang jugak la nak jumpa kat sini. Bakalah di bawah nun (tuan punya orang Bangladesh) memang berjual ulam pegaga ni.
Kalau ikut kebiasaan, dia orang akan buat kerabu. Boh kelapa parut.. perah asam limau.. adjust garam. Begitulah lebih kurang resepi yang pernah the wife shared. Senang.. tapi nak cuba.. ntah laa..
And last week..
Knowing that yang kami memang dah pesan.. kalau ada stok.. tolong ketepikan secekak dua untuk kami.. plus kebetulan pulak anak Bujang turun ke bakalah.. aiwahhhh.. pucuk dicita.. ulam pegaga yang kita dapat.
Nak makan.. sonang bona..
Nak dibuat partner dalam gulai boleh. Nak dibuat ulam.. apatah lagi. Tapi hari ni.. share sikit la ya. Tayang-tayang dari pinggan makan kita..
Sejemput nasik and segenggam ulam pegaga..
Ayam masak kari and telur dadar (podeh)..
Sambal belacan dilupa jangan..
In the mean time..
Kut ada yang belum tahu.. pegaga ni memang banyak khasiat.
- Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
-
Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan
peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin
mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
-
Apabila disapukan pada kulit, sifat anti bakteria, anti kuman dan anti radang
yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat
tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
-
Bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses
pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan
kolagen, sekali gus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.
-
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana
ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong
pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan
lembapan semula jadi.
-
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah
berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan
urat berwarna ungu pada betis dan paha.
-
Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan
alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan
kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
-
Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium,
potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
-
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu
bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
-
Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering
dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan
mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningkatkan peredaran
darah.
-
Sifat anti bakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai
rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan
saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
-
Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah
keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut
tidak bermaya.
-
Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur
darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.
-
Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkatkan aliran
oksigen, seterusnya mengelak masalah ra.mbut gugur dan menggalakkan pertumbuhan
anak rambut.
-
Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan serius, penggunaan
herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.
Copy paste dari : sini.
Copy paste dari : sini.
Semoga bermenafaat.
Monday, August 24, 2015
Peria (ulangkaji) - gulai udang dengan peria..
Buntu..
At last menggulai kita malam tadi. Pada yang tak faham makna 'menggulai' tu.. menggulai tu bi'makna.. masak lemak cili api. Main ingredients.. udang and peria and hasilnya..
Sedia
maklum peria ni memang pahit.. tapi apa ada hal kan. Yang pahit tu la ubat.
Meh.. kita share sikit kebaikan peria ni..
1- Sejak
zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis.
2- Pakar
perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid
yang terlewat.
3- Doktor
dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya.
Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta
plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
4- Daunnya
pula sangat berkesan untuk merawat buasir.
5- Jika
menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya
dengan cara mencampurkan segelas jus peria dengan sudu kecil jus limau.
6- Masalah
ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya.
7- Ia
juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.
** Sumber : search sana.. search sini..
Last but not least.. peria ni ada dua jenis but my kids prefer peria yang besar tu. Macam kata Amsyar.. lagi lemak dari yang hok kecik tu.
Khalass..
Saturday, August 22, 2015
Pasar Pinoy.. Kebayan??
Its Friday and its hot..
Extremely hot.. boleh kata di antara banyak-banyak Gulf countries.. Kuwait la yang paling panas. And macam tu jugak kalau musim sejuk. Kalau sejuk.. sejukkkkk la sangat. Tapi tak la sampai ke tahap bersalji. Tapi below '0' tu.. selalu la.
Ari cuti.. buat la apa yang patut kan.
Tempat dituju lepas solat.. pi antar anak-anak bergunting rambut. Tambah pulak tak lama lagi dah nak bukak sekolah.
Satu kepala 2.5KD..
Anak-anak
bergunting rambut.. Ibu dok kat luar layan 'halo-halo' bagi tekak sejuk. Walaupun bukan
sesedap ABC di Malaysia.. apa ada hal kan..
Kedai ni memang dah jadi kedai gunting rasmi budak-budak ni for a long longgggg time. Pernah gak try antar kedai lain.. unfortunately ada yang sampai tak pi sekolah sebab kepala dah macam kepala tutttttt..
Kedai Pinoy..
Khabarnya dah 16 tahun beroperasi.. sampaikan dah ada loyal customers. Anak-anak kami jer dah 8 tahun keluar masuk kedai ni.
One stop center..
Semua ada.. nak beli sayur.. pun ada kat sini. In short.. tak yah pi tempat lain. Cuma seikhlasnya.. kalau diberi pilihan memang kami kurang suka nak mai sini ari Jumaat. Ramai sangat manusia. Tapi dah terpaksa.. dayakan jugak la.
And.. kalau mai sini.. seboleh-bolehnya biarlah ada (at least) anak-anak yang meneman. Kat sini (bukan semua) sedia maklum ada saja Pok Sheikh yang rajin jalan-jalan dok cari second, third or even fourth wives. Ada jugak yang mencari yang teman ehem ehemmmm. Dah jadi macam tu.. semanisnya bawaklah bodyguard meneman sama.
Curik-curik snap gambar.. pemandangan biasa di sini. Walaupun dia orang ni tak sesensitif Minah Arab kat sini.. kita kena jaga jugak kan.
And later bila dah semua selesai.. agenda seterusnya.. dah tentulah carik makan pulak kan. And knowing ini kawasan Pinoy.. kita layan something different dari kebiasaan la. Asyik tomyammmm jer.. bosan jugak.
Tempat dituju..
Harga makanan di kedai ni.. even lepas convert ke RM.. kira munasabah la. Nak yang mahal.. banyak jer kedai lain. Tang rasa pulak.. not bad la jugak. Tapi yang buat kami masih tetap ziarah ke sini sebab anak-anak selesa dengan makanan yang ada di sini.
As I said.. ada jer Pok Sheikh melepak kat sini walaupun ini area Pinoy..
Antara yang jadi pilihan anak-anak..
Macam-macam ada.
Actually.. kat sini setakat singgang.. sup tulang.. kari.. pun ada. Tapi dah bukan pilihan anak-anak.. so order sajalah yang mana patut.
Ayam goreng.. dah tentu ada..
Sizzling seafood..
And knowing that di kedai ni memang most of the food memang kering (tak berkuah).. so ada la disediakan 3 jenis sos. Kicap.. sambal.. and cili. And dah tentulah cili tu yang habis dulu.
Ada jer yang sudi nak senyum..
Perut dah berisi.. lokasi seterusnya.. actually agenda terakhir kami. Tak larat dah nak ngukur pasar Pinoy ni. Muka semua dah merah-merah. Penat.. lesu.. semua ada..
Kami terjah underground pulak. Cari apa-apa yang berkenan buat layan malam minggu. And since most of the film Cik Asben dah copy.. so cuma tinggal Si Cinonet jer la melayan Tom & Jerry.
Khalass..
Subscribe to:
Posts (Atom)























