Friday, May 31, 2013

Adab menjawab Bersin.


Assalamualaikum,
Salam hari Jumaat yang barakah. Penghulu segala hari.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda (bermaksud)

"Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada 5 perkara iaitu;

1- Menjawab Salam
2- Menziarah sewaktu sakit
3- Mengiringi jenazahnya
4- Mengabulkan undangannya

Dan

5- Bertasmit kepada yang Bersin. (Muttafaqun a'laih).
Tasmit bermaksud jika seseorang itu bersin, dan mengucapkan "Alhamdulillah", maka yang mendengar hendaklah mentasmitkan (mendoakan) dengan mengucapkan ;

"Yarhamukallah" (semoga Allah merahmatimu), kemudian orang yang bersin itu menjawab ;

"Yahdikumullah wa yuslihubalakum (semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki hatimu).

Alangkah indahnya ajaran Islam. Alangkah hebatnya Allah yang mengatur kehidupan hamba-hambaNya supaya kehidupan manusia sentiasa aman dan teratur. Insya'Allah kita terapkan segala sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan seharian kita. 

Wallahu'alam.

Thursday, May 30, 2013

Bila suka jadi duka..

Anak-anak dah terlampau bosan kekdahnya. So bawak la pi ngeteh petang tadi. At the same time, bolehlah sambil-sambil pi gunting rambut Amsyar. Sebelum kena tegur.. eloklah kita pi hantar dulu.

Tapi kawasan yang kami pi ni tak ada kedai mamak or restauran India. So, lepak kat fastfood la jugak. Kawasan ni memang area Pak Sheikh and Minah Arab melepak. Cuma sekarang ni maghrib lewat so belum la ramai kaum-kaum tu berjemaah kat sini lagi. Tunggu je la lepas isya'.. sampai tak cukup meja.

Masa kami pi ngeteh tadi, semua dok pakat minum kat dalam tapi bila dah malam.. mulalah semua berebut meja kat luar pulak. Sebenarnya banyak lagi kawasan lepak kaum-kaum ni. Yang paling sibuk, area yang ada "marina" la.


Muka budak yang sepenuh hati layan hat yang diminta..

Mine.. setakat temankan anak je kan..

Arif punya..

Muka puas selepas "second round"..

Muka separa sihat..

Sementara tunggu anak-anak makan and buat revision, Ibu layan yang hat ni..


Kawasan ni la tempat dia orang melepak. Bila waktu malam.. meriah area ni. Tambah cantik bila water fountain tu pasang lampu. Depan kawasan ni pulak ada satu complex khas yang dok berjual segala jenis handbag yang "berjenama". Pernah jugak Ibu masuk.. twice. Tapi tak terjangkau dek akal ku.. 

Paling-paling pun harga beg kat sini "semurah" RM2000. Itu yang dah siap "diskaun". And since Ibu tak pandai nak appreciate (yet) beg yang macam tu, rasanya.. tak perlulah Ibu nak khatamkan kedai-kedai yang ada kat situ.

Cuma malam tu bila balik dari ngeteh..


Boleh pulak budak kecik tu naik balik suhu badan dia. Sampai berdarah hidung. Aduhaiii..

Wednesday, May 29, 2013

Bandung.. ohhhh.. Bandung..

Assalamualaikum all,

Orang Johor jangan marah ya. Ibu alter sikit jer. Sikittttt jer.

Yang sebetulnya mi kuning malas nak buat. Nak rebus spageti pun malas. So yang paling cepat, kita celur kue tiaw jer la.

Kuah bandung tu pulak (tak pasal-pasal BANDUNG dapat nama) Ibu guna hat instant jer. Tapi biasa la. Kalau hat instant ni ada masa ada yang power. Ada masa, setakat power tang promosi kat peket jer.

So, Ibu pun mula la meng-alter. Tumis mana yang patut, masuk perencah yang dah di-modify.. terus siap.

Tapi masak pulak terlebih banyak. Walhal yang makan bertiga jer. Tolak tepi Haazem and Arif laa. At last mujur ada kawan komen kat FB. Terus Ibu roger-roger ke suami Si Polan mintak singgah ke rumah balik dari office nanti. Alhamdulillah, dapat jugak menyampai hajat kawan-kawan.

Sedap tak sedap.. itu tanggung sendiri la ya.
 
 


Marathon masuk dapur..

Gear dah mula panas ni. Tambah seronok bila tengok fridge makin kosong. Cuma tinggal rempah-ratus dan serba-sikit stok dalam gerobok yang nak kena perabis.

Memang dah itu janji Ibu dengan Cik Asben. Setiap stok yang dibawa dari Tanah Malaya mesti dihabiskan (seboleh-bolehnya). Tak berbaloi rasa kalau beriya-iya bawak masuk ke sini then masih tinggal berbaki.

Daun kesum, daun kunyit, bunga kantan, tempoyak, daging salai, sardin cap ayam, ikan bilis, ikan pari jeruk and a few others.. tu semua jatuh dalam stok barang kawalan. Sekarang ni cuma tinggal Ibu yang kena extra rajin bermarathon nak bagi perabis semua tu.

Yang tukang makan mungkin tak ada masalah. Yang masalah cuma Ibu la sebab kena dok fikir menu and bila nak masak. Maklum sahaja, kami bukan keluarga besar. Nak jemput kawan-kawan bertandang ke rumah, Amsyar pulak tengah berperang dengan buku. Next week dia dah mula exam for first term.

Kena buat kenduri jugak macam ni nanti. Sempat ke??




Tuesday, May 28, 2013

Sick-bay is now open..

Sini dah masuk musim panas. Budak-budak paling senang demam. Arif pagi ni badan dah mula dedar. Haazem pulak dah mula batuk. Tu semua tanda Ibu kena bukak sick-bay.

Bila dah sakit, peil mula macam-macam. Selera makan pun sama berubah.

Sebagai permulaan, Arif dah mula mintak kuah putih.. masam and ada vege. Singgang la tu. Pandai makan tapi tak pandai sebut. Banyak kali dah ajar, tapi macam tu jugak yang disebutnya. Tak kisahlah.. lama-lama nanti.. tau la dia tu.


Si Cinonet tu kalau makan, ikan jarang yang bermakan. Bukan tak makan langsung.. tapi jarang.. jarangggg. Tapi bab sayur yang 3 jenis ni ie.. carrot, baby corn and lady finger memang dia tak ngelat. Cuma dia pesan, "Ibu.. nanti bende tu Arif nak yang muda ya. Sebab yang tua.. kacang (biji) dia tak sedap".

Aduhai.. hancur Bahasa Melayu budak-budak ni.

P/s;
Nak menyelit sikit..

Anak bertuah..

Assalamualaikum all,

Haazem and Arif dah start summer holiday. Bila dok rumah saja.. mulalah mintak itu ini. Mulalah jugak budak dua orang tu keluar masuk dapur. Semanjang asyik nak mengunyah.. semanjang asyik lapar sahaja.

Kalau jenis pandai makan apa yang dihidang, itu bagus sangat. Tapi ni jenis pandai "mintak" apa yang nak dimakan. Mujur jugak yang dimintak tu masih dalam kategori boleh bikin. Walaupun asyik jenis lauk ulang tayang tapi as previous entry.. 10 kali masak.. 10 macam rasa.

Kali ni ayam masak merah Ibu kena reject. Cuma sebab Haazem nampak bawang and Ibu  lupa nak buang serai yang Ibu guna masa memasak. Sekali dia nampak semua tu, langsung dah tak boleh masuk tekak.

Mujur Amsyar sudi jadi tukang perabis. At last kesihan punya pasal.. Ibu goreng fish fillet saja untuk Haazem. Makan bertambah-tambah budak tembam tu. Aduhaiiii..

Bahan bukti.. ayam masak merah yang kena reject dek Haazem..

P/s;
Sedikit ingatan
 

Monday, May 27, 2013

Keanu Reeves.. OMG!

Tidakkkkkkkk!!!

Apa dah jadi ni?
Dapat watak baru ke sampai terpaksa put on weight macam ni?
Bukan die-hard-fan pun, cuma suka tengok mamat ni berlakon.
Entah laa.. cuma suka tengok jer..

P/s;
Tapi bila dia terus hentam kata dia pro Israel.. terus Ibu buang dia dari senarai..
 
 

Serupa tapi tak sama..

Assalamualaikum all,

Tiap kali masak walaupun jenis masakan yang sama, rasa tetap takkan sama. Sebab.. Ibu masak main campak-campak jer. Bukanlah campak tu "campak". Tapi.. tak ada sukatan. Bak kata orang N9, masak lobo-lobo.

So, bolehlah dibayangkan respon nyer nanti kan. Ada masa okey, ada masa ada orang akan komen "boleh laa", ada masa ada orang akan tanya "kenapa pulak lain rasa ni?".

So telinga kena buat selamber as well as hati kena banyak sabar. Especially, bila sampai ke tahap yang ketiga tu. Ramai hakim tak bertauliah dalam rumah ni.

Mungkin sebab kami enjoy "makan" so biasa nyer benda pertama yang kami discuss during meal will be.. result from Ibu's cooking.

Even kalau ada kesempatan pi jalan-jalan ke mana-mana pun, perkara pertama yang kami akan pertimbangkan.. will be bab makan.

Dengan sebab itu jugak, selama kami balik kampung nanti.. agenda penting.. memang nak mengkhatamkan wishlist "makan-makan". Harap-harap nanti semua tak ada masalah. Insya'Allah.. bi'iznillah.

Hari ni, Ibu masak asam pedas kepala ikan merah for lunch. Tunggu jer la komen dari Amsyar nanti..



Dari dapur Ibu..

Assalamualaikum all,

Tiba-tiba minggu ni Cik Asben kena on-call. Ada kawan minta swap. Dengar khabarnya the wife baru selamat melahirkan seorang anak perempuan. Dah jadi macam ni, anak-anak tak ada modal nak ngada-ngada makan di luar lagi. And Ibu kena kerah tenaga masak di rumah pulak. Bukan masak di kedai orang lain.

Since gear masih rendah, so malam ni Ibu cuma masak dua jenis menu. Itu pun ada orang tu makan bertambah-tambah jugak. Alhamdulillah.. ada jugak yang sudi makan masakan Ibu.. elehhhh.. nak mengada-ngadalah pulak.


Menu pertama, gulai pucuk paku. Lauk orang kampung saja ni. Patutnya kalau ikut rule, udang tu ganti dengan ikan bilis. Tapi ikan bilis di rumah ni sangattttt la berharga. Tambah pulak, kalau boh udang.. semua makan. Tapi yang pasti, mesti extra podeh. Sampaikan ada orang tu.. siap keluar air hidung. Tu la.. eksyen sangat kununnn sampai kuah banjir..


Menu kedua, khas untuk anak-anak. Tapi Cik Asben selamber je layan 2-3 ketul. Yang ini Ibu goreng plain jer. So untuk budak tembam yang tak makan pedas tu.. tak ada excuse nak ngelat makan malam ni. Dia mula tu dah mula dah buat muka ngelat kunun kata Ibu tak masak lauk untuk dia.. so dia boleh makan meggi. Issshhhh.. bertuah nyer anak.

Well, itu jer Ibu nak share kali ni. Esok lusa tulat.. ada rezeki.. kita sambung lagi ya.

Sunday, May 26, 2013

HRC Kuwait ~ menyampai hajat kawan-kawan..

Assalamualaikum all,

Tick tock tick tock.
Marathon menyampaikan hajat kawan-kawan. Kami jarang ke sini kalau tak bersebab. Tambah pulak bila dah masuk musim panas ni. At least, kalau sejuk sikit tu bolehlah beriadah kat kawasan ni.


So alang-alang dah sampai ke sini, Cik Asben ambik kesempatan nak menembak di sini waktu malam. Dah hobi dia, layankan sajalah.


Sebenarnya, nak mencari dua beradik ni saja. Mujur ada stok lagi. Kalau dah minat tu..

Anak-anak pulak, dari siang dok berjimba di sini. At last, semua bateri kong. Dah tu, mula laa mintak macam-macam. Dah jadi macam ni, Cik Asben yang mula janji nak minum saja.. at last terjebak sama jugak.


Selamat makan malam kami. Terus tutup dapur Ibu untuk satu hari. Tapi... sangatttttt tidak baik untuk kantung syiling Cik Asben.


Susah nak dapat bergambar dengan Bujang Sulong ni. Tapi last night entah apa la pulak mimpi. Siap sengeh lagi tu. Kalau ada yang perasan, bibir bawah belah kiri Amsyar tu ada bengkak sikit kan. Tu bekas kena sparing masa kat kelas karate la tu. Mujur anak jantan, kalau pompuan dah kena bagi diskaun ni.
 
 Hurmmm.. orang sakit kena minum ni saja..

Saturday, May 25, 2013

Bright Sunshiny Day..




Assalamualaikum all,

Terang-benderang nyer hari ni. Dah musim panas kan.. macam ni la cerahnya cuaca. Tu sebab gomen bagi cuti tiga bulan during summer break. Anak-anak senang demam dan mudah kena segala jenis penyakit time ni.

Bagi kami, ini peluang untuk pulang ke Tanah Malaya. Tiket dah siap, beg dah siap, baju raya dah siap, buah tangan dah siap.. tunggu hari tuuuuu jer lagi.

Tapi sebenarnya, ada banyak lagi yang tak siap. Antaranya, anak-anak masih berperang dengan first term exam. Haazem final paper on this coming Monday. Then Amsyar pulak sambung on the following week.

Yang tak best tu, kali ni cikgu masing-masing cuma ambik 50% on exam paper. Yang selebihnya anak-anak kena sambung during holiday. Kena prepare assignment and scrap book. Macam-macam la pulak kali ni. Tak merdeka jugak la macam ni.

As usual, hari minggu.. hari dapur Ibu cuti. Well at least during breakfast and lunch. Dinner.. kita tengok keadaan la ya.

And hari ni, Ibu berhajat nak makan singgang (ala Siam style). Pada Ibu.. best lagi singgang version kita.

Anyway.. lepas tu kami sambung cerita kat pasar ikan pulak. Panas menyengit. Tak larat nak tunggu time ikan baru naik sebab time tu makhluk Allah ramai sangat. Kat bawah ni, ada gambar keadaan antara dua darjat.. belah kiri building jual ikan while yang belah kanan tu hat Pak Arab parking boat masing-masing.

Yang kat bawah tu Ibu kena dera berjemur ambik gambar dalam keadaan panas terik ni. Kata Cik Asben, best ambik gambar cuaca macam ni. Errrr.. ada la agenda dia nanti tu.





Last but not least, saja nak tayang-tayang dengan Cik Yong dari Tanah Seberang. Sana tak ada Ikea kan kan..

Wednesday, May 22, 2013

Kenapa berlaku senggugut??

Makin menjadi-jadilah pulak kakak kembo mengganas kebelakangan ni. Hari ni sehari suntuk Ibu asyik terbaring. Bangun pun cuma setakat nak masak lunch untuk anak-anak balik sekolah and cuci pinggan as well as kemas rumah mana yang perlu.

Yang lain-lain.. terpaksa on hold dulu.

Selama ni Ibu tak pernah nak ambik tahu sangat kenapa "sakit" ni sakittttt sangat. Tapi bila dah jadi macam ni, tambah pulak bila sampai dah mengganggu tugas-tugas lain.. terpaksalah tanya Tok Wi, tanya Cik Gugel and mana-mana yang patut.

And hasil dari pencarian tersebut, Ibu share kat sini. Semoga mampu memberi manfaat pada yang lain.

Senggugut? 
Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia matang. Ia bukan saja sesuatu yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.

Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit, ”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya bermaksud kesakitan ketika haid, atau haid yang sukar dan bermasalah. Oleh itu, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami ketika haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.

Gejala senggugut 
Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan cirit-birit. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.

Kenapa senggugut itu terjadi
Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan ketika haid. Pengecutan ini terjadi terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, ketika haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan, akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.

Lapisan tisu yang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologi. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai mengganggu aktiviti mereka.

Kontraksi yang terjadi akibat dari prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan kadar prostaglandin yang terlalu tinggi tadi, keluhan senggugut akan berlaku. 

Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak? 
Disebabkan senggugut merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik sangat memainkan peranan. Sekiranya adik beradik anda ada yang senggugut anda mungkin akan mengalaminya juga.

Selain itu terdapat beberapa faktor risiko lain yang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang itu mengalami senggugut iaitu haid pertama yang awal, kitar haid yang panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh dan seterusnya mengakibatkan senggugut. 

So lepas ni, Ibu kena pastikan Ibu cukup rehat dan kurangkan emo/stress sebelum kakak kembo nak datang berziarah.

Thus sebab tak larat nak masak dinner, malam ni kami layan hat ni sahaja. Pada anak-anak, suka sangatlah. Tapi Cik Asben.. mencari nasik jugak laa..


Organica Pasta & Pizza at Hawalli..

Assalamualaikum all,

Its MALAS time again. Mujur Cik Asben faham. So, plan terjah kami.. try something new. Sebenarnya, ada sabahat me-rekomen tempat ni. And, masya'Allah.. walaupun dah enam tahun berkampung di Hawalli, kami tak tahu pun tentang kewujudan kedai makan ni.

Nama diberi, Organica Pasta & Pizza. Maybe, semuanya on organic base la kut. Taste wise, harga and  lokasi.. not so bad. Cuma dicadangkan.. jika tidak keberatan, ada baiknya share sahaja portion yang diminta. Sebab.. its serving in big portion. Well, itu ikut saiz perut keluarga kami la.

Beroperasi 9.00am until 1.00am. Bagus.. bagus.. boleh la kami melepak sana jika ada kes darurat tengah-tengah malam. Then, pancake (tujuan utama kami ke sini) juga dihidangkan sepanjang hari.


Pembuka bicara..

Ini Ibu punya..

Sebetulnya ada 3 keping.. tapi selamat dahhhh..

Muka orang "tak sepenuh hati".. frust tengok Ibu punya lagi best..

Portion Cik Asben
Shared between Amsyar, Arif and Haazem.. pun tak habis jugak.. so tapau..


Sementara menunggu hidangan sampai, tak ada apa nak buat.. Ibu snap je gambar deco sebelah meja kami ni.

Then nak jadi kisah, dah nama pun plan terjah.. boleh pulak kamera bawak tapi memory card tinggal dalam cable. Bagus sangat la tu. So dah macam tu, snap je la gambar guna phone cap ayam ni. Kira aci je la, setakat untuk buat kenang-kenangan kan kan.

Tuesday, May 21, 2013

Mampukah kita??

Assalamualaikum all,

Jika di Malaysia, tergamakkah pihak berwajib berbuat sebegini?

Tapi yang pasti, jika ia dilaksanakan, kadar jenayah pasti menurun dengan mendadak. Gerenti samseng-samseng dan yang sewaktu dengannya tak berani nak berbuat kalau bilau lagi..


Untuk cerita penuh, boleh baca di sini.

P/s;
Nampak tak ada beg kecik digantung bersama dengan mayat (bahagian atas).
Ibu rasa.. dalam tu ada "kepala".

Treasure Hunt Day - the story..

Assalamualaikum all,

Recovering.
That is the actual word. Tambah dengan anak-anak sedang berperang dengan first term exam. So take as the Treasure Hunt event their last "suka-suki" before hitting back for Tanah Malaya for summer holiday.

Cuaca panas, sikit pun tidak mengganggu atau mengurangkan semangat anak-anak untuk join the game. Semua seronok, semua excited.. luckily we decided to tell them cuma sehari sebelum event. Otherwise, mau bernanah telinga dok dengar dia orang tanya the same question tiap hari.


 
Since kami (Ibu and Cik Asben) bertugas on that day, so dah tentu kami harus berada di kawasan event awal dari jemputan yang lain. So while menunggu yang lain sampai.. beginilah antara gelagat anak-anak yang sempat Ibu rakamkan. Kawan-kawan tak sampai lagi. Semua pakat layan bosan.


At the same time, Ibu ada anjurkan game teka tutup botol. Macam-macam figure yang Ibu dapat hari tu. Well, this was one of it. Si Polan teka 456 tutup botol. Well, jawapan yang tepat...


Ini pulak sesi taklimat untuk kanak-kanak. Yang kelakarnya mula-mula tu semua pakat bagi ekspresi muka khusyuk.. muka fokus.. but at last bila habis saja taklimat.. "Cik Eli.. kami tak faham la macam mana nak main ni?".


These are two of the adult team. Yang kiri tu, kumpulan "Mami Jarum". The only group wanita. While yang kanan tu kumpulan "Bujang Ter..". Kalau di dengar dari cerita dia orang ni, macam-macam..


Ini pulak gelagat si Haazem and his partner. Sebenarnya, Ibu pun tak sangka Haazem ni boleh selesaikan all the tasks. Knowing him, dia jenis yang "selamber'. Tapi kali ni, it was totally beyond my imagination. Sorry sayang..



Ini pulak gelagat Si Arif during the hunt. What else can you expect from a five year old kid. All the time, Ibu sengeh or gelak saja laa. Its sure gonna be a one time life experience for him.


As you can see, there are no picture of Arif dapat any hadiah on that day. Sedih bukan kepalang dia. Luckily Amsyar sudi kongsi hadiah dia dengan Arif. Then satu hal pulak lepas tu. Nak menyampaikan hajat Arif pulak. Dengan penat, dengan lapar.. dia insisted kami pi jugak cari hadiah dia. At last pujuk punya pujuk, tidur dalam kereta.. penat sangat la tu.


Ini pulak group photo untuk semua anak-anak yang join treasure hunt hari tu. Comel kan.

 
Last but not least, gambar Ibu being busy-busy me. Actually Ibu and Cik Asben bertugas as juru gambar on that day. Malam tu balik dari event terus edit gambar pulak untuk convert ke video. Penat.. yes.. nevertheless semua seronok.

Belum lagi penat hilang, anak-anak dah tanya "bila lagi kita nak main macam hari tu?" Kids..