Beautiful Friends

Wednesday, October 11, 2017

Masak lemak cili api ikan salai.. bukan senang nak makan sedap babe..

Masakan yang sangat sinonim dengan orang Negeri Sembilan. Setakat nak masak.. memang senang.. memang ringkas. Tapi proses yang meyalai ikan keli tu.. ada sikit 'manja' la. Tapi kut nak senang.. beli yang ready made jer. Sepanjang jalan dari Seremban ke Kuala Pilah.. ramai jer yang berjual.

Kisah nyer..
Kebetulan minggu lepas ada tempahan daging salai. Alang-alang kami dah main asap.. kami salai jugak la ikan keli dalam 40 ekor. Boleh buat stok sikit.


First and foremost.. ikan keli. Kena cuci bersih.. buang darah hitam then dicuci lagi sekali dengan asam limau. Sebab nak buang hanyir ikan keli and buang lemak and lendir. Semua pun sedia maklum kan.. ikan keli memang banyak lemak and lendir.


Then kami cari pulak pelepah daun pisang. Yang ini untuk dijadikan 'bantal' tempat alas ikan keli tu nanti. So nanti tak ada la melekat ke jaring tempat menyalai tu. Tapi pelepah daun pisang tu pun kami cuci.. takmo la ada benda-benda pelik yang sekali melekat. Benda nak jadi darah daging ni.


Tang sabut kelapa pulak.. kami jemur terlebih dulu. Musim-musim hujan ni.. sabut selalu jadi lembab. Bila sabut lembab.. menyalai jadi lama.. bau asap pun macam tak best jer.


Dah selesai mencuci semua ikan salai tu.. barulah kami salai.. yang bawah kami alas dengan pelepah daun pisang.. hat yang atas kami tutup pulak dengan daun pisang. Biar melekat aroma daun pisang tu. Percayalah.. ikan keli yang disalai dengan sabut kelapa dan ditutup pulak dengan daun pisang.. lebih wangi dari yang disalai dengan kayu-kayu biasa tu.


Sedia maklum ikan keli ni banyak lemak.. api dan asap sabut kelapa kena 'monitor' selalu. Sebab silap-silap pandang.. boleh rentung nanti. Ikan keli ni banyak lemak.. bila disalai tu.. lemak tu akan bertukar jadi minyak.. and minyak ni la yang akan jadi bahan bakar.

Kami ni dah ada pengalaman. Rentung sekali jalan 30 ekor ikan keli. Terpaksa pulak mencari stok yang lain untuk diganti.. orang dah berharap.. kita pun tak sampai hati nak kata 'tidak'.


Tapi tu la kan.. rezeki dari berniaga ni.. stok sendiri.. insya'Allah sentiasa ada. Nak dijadikan cerita.. ada pulak customer yang baik hati bagi buah belimbing buluh. Apa lagi.. pucuk dicita.. masak lemak cili api kami malam kelmarin. Kuah and ikan keli sama habis. Seperiuk nasi tak berbaki. Anak-anak semua senyum tersandar. Tak ada la sok sek sok sek perut lapar mintak 'jajan' menjelang tengah malam.

Habis dah cerita menyalai ikan keli.. ada rezeki kita sambung dengan cerita lain pulak.

Ilal liqa' peeps.. assalamualaikum.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...