Beautiful Friends

Thursday, April 4, 2013

Parlimen dah BUBAR.. kita still kawan kan kan..

Assalamualaikum all,

Parlimen dah bubar. So maknanya tak lama lagi kita akan ada election day. Semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu tarikh "keramat" tersebut. Jangan pandang dan ambik mudah. Aiyuwahhh.. sempat kempen lak kat sini.

Seikhlasnya Ibu tak minat bab politik ni. So bila kawan-kawan gigih dok pong-pang pong-pang pasal cerita ni kat "semua media", Ibu ignore sahaja. Sebabnya, bila terlalu fanatik.. masing-masing jadi "naik sheikh". Sampai lupa diri, melupakan landasan kesopanan dan adab kita sebagai orang Melayu.

Tapi dah itu mainan orang politik kan. Yang tak terlibat tu, tak payah la jadi nasi tambah. Mencarut sana.. mencarut sini. Kutuk sana kutuk sini.

Anyway.. itu cerita masing-masing. As per my part.. suka baca.. tak suka.. ignore or scroll down je la.

End of story.

Anyhow.. meh Ibu nak share sikit. Dalam dok berkempen tu, janganlah ada sampai bergaduh-gaduh. Kita kawan elok-elok ya.

Jangan nanti demam pilihanraya dah selesai.. masih ada pulak yang sorang pandang kanan.. sorang lagi pandang kiri. Tak elok macam tu.


P/s;
Kami pun tak lama lagi ada taklimat mengenai "pengundi pos" di sini. Tanggungjawab jugak tu..

Wednesday, April 3, 2013

Field trip to KiTCO & Sambal tumis sotong berpetai..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. field trip ke Kilang KiTCO (jenama makanan ringan) selesai sudah hari ni. Penat.. yes.. memang penat. Cuaca pulak hari ni yang agak terik dari biasa juga menjadi faktor pendorong kepada keletihan dan kelesuan anak-anak. Walaupun lawatan hanya memakan masa dalam sejam tapi kerana dek bahang mesin-mesin di dalam kilang, semua jadi macam "battery weak".

Okey, tak perlu cerita banyak.. kita layan gambar sahajalah kali ni ya.












Then balik rumah, semua melepet sebab battery semua dah kong. Cuma lepas tu baru la Ibu perasan.. ada pulak dapat extra pack jajan. Tak tau la siapa yang punya. Tapi lepas "diwar-warkan", ada la yang mengaku.

Cuma bila dah lunch hour tu, kena la makan kan. Takkan nak makan jajan je. And nak makan pulak.. kena la masak. Ibu sebenarnya dah prepare awal. Cuma tinggal nak masak je lagi. Sebab memang dah tau.. bila balik sure melepek nanti.

And hasilnya..


Anyway, kira berbaloi la cuti sekolah anak-anak kali ni. Walaupun terpaksa dipecahkan kepada dua kumpulan.. meriah.. yes.. masih tetap meriah. Esok turn geng Kuwait Selatan pulak.

Okey, Ibu mintak diri dulu. Nak charge battery kejap.

Ilal'liqa..

Tuesday, April 2, 2013

K.Pilah + Bachok

Assalamualaikum all,

Selesai sudah minum petang kami. Pulut kuning, sambal ikan bilis dan modify mode.. tambah dengan serunding daging. So, secukup rasa. Ada rasa N9 ada rasa dari Pantai Timur.


Sebenarnya, kami jarang minum petang. Sebab jarak lunch biasanya jam 2.00 petang. Then nak minum petang.. kenyang lagi. Unless, Cik Asben sendiri yang request. Tapi dah hari ni kelas mengaji diawalkan.. Ibu masak lunch "very light" then bolehlah anak-anak sama-sama dengan Ustaz Ikhwan minum petang bersama.

Sambal ikan bilis tu, sengaja Ibu buat extra. Tak habis.. boleh simpan. Sesak-sesak merangkap lauk emergency jugak tu.

Ada masa, time sarapan kalau dah nak cepat sangat atau dah buntu.. berguna jugak sambal ikan bilis tu. Makan dengan roti or roti canai.. aci jer.

Well, at least dengan tekak kita orang la.

KELEBIHAN Daging Kambing ~ Get your facts right..

Kelebihan Daging Kambing

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik.

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu.

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti.

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

(Yang ini memang Ibu kena ambik perhatian)

Mencantikkan Kulit.
 
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

(Patutlah Minah-minah Arab kat sini semua kulit cantik-cantik)

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

(No wonder dia orang ni anak ramai...)

(Berangan dulu.. projek masa balik pencen nanti)

URI ~ dan cara membersihkannnya..

Assalamualaikum all,

Korang pernah tak tengok macam mana rupa uri? Btw, tahu ke "uri" tu apa? Meh, Ibu tunjuk dulu macam mana rupa uri tu. Anyhow, kalau kurang pasti.. uri tu.. placenta la.


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri. Tapi kalau nak kira, kita kaum wanita pun boleh je ambik tahu benda-benda macam ni. No question asked.

Uri atau dikenali sebagai placenta dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera.

Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Cara menguruskan uri.

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci).

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam bekas mudah reput seperti kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang–binatang lain nanti.

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

a- Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

b- Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. 

c- Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

d- Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


P/s;
Ibu pinjam info ni dari wall kawan. Share kat sini.. mudah-mudahan boleh beri menfaat pada semua. Insya'Allah.

Monday, April 1, 2013

Minum petang ~emergency~

Setiap hari Isnin, anak-anak ada kelas Bahasa Arab. Sepatutnya mula jam 7.00 malam tapi atas sebab-sebab tertentu kelas diawalkan pada jam 4.00 petang pulak. Alamak, apa nak masak ni? Ibu tak pandai nak buat kuih-kuih tradisional ni.

Panic.. yessss.. memang panic. Bukanlah satu kewajipan, tapi tak manis kiranya kalau Ustaz Ikhwan balik dengan perut kosong. Nak jamu air bujang.. errr.. macam kureng sesuweiii jugak.


At last.. kita makan kue tiaw goreng la hari ni ya. And memandangkan Ibu tak ada daun bawang, so ganti dengan sawi sajalah. Mujur jugak cili boh banyak lagi. Alhamdulillah. Makan bertambah-tambah Ustaz Ikhwan tadi. Seronok tengok orang makan ni. Lagi seronok kalau dia "beriya" makan. Rasa macam kita masak bestttt la sangat.

Kita kasi close-up sikit..

Kicap cili pedas penyelamat keadaan..

Mujur jugak tadi ada kicap cili pedas. Memang Ibu rekomen tambah kicap cili pedas sebab rasa macam terkurang garam pulak tadi. Ni la bahana masak kelam-kabut. Isshhh..

And tadi, Ustaz Ikhwan mohon jika boleh esok pun kelas mula awal macam hari ni. Errr.. nak masak apa pulak esok ni?

NO APRILFOOL please..

Assalamualaikum all,

Short and sweet.. tak payah nak dakwa-dakwi lagi.. Nak bergurau.. banyak cara lain lagi ye.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...