Beautiful Friends

Wednesday, July 31, 2013

Repeat paper..

Tick tock tick tock..
Ramadhan is almost over. Sedih pulak hati. Harapnya tahun hadapan masih ada kesempatan lagi bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Tidak seperti tahun lepas, budget menu tahun ini jauh lebih jimat. Ini kerana Ibu masak ikut spek and request dari anak-anak and jugak Ayah as well as Omak sey. Bi makna, ada masa lauk yang sama akan dimasak walaupun hingga sampai 3 petang berturut-turut. Pada Ibu.. okey jer. As long as yang tukang request kenyang and senang hati.


Lala goreng pedas.
Yang ini fresh untuk petang ni. Ibu sendiri yang berhajat so dayakan jugak la masak. Hajat hati tu nak jugak ngada-ngada mintak Omak sey masakkan.. tapi tak sampai hati la pulak. Cuma kali ni Ibu tambah serai masa menumis.. nak tambah aroma and tambah rasa. At last.. khalasss..


Siakap tiga rasa. Repeat paper ni.
Request dari Si Manja Ibu. Mujur la Giant di Kuala Pilah ni tiap hari tak putus dengan stok ikan siakap nyer. Sampaikan muka Ibu dah jadi muka regular. Kali ni, kuah tu Ibu buat banjir. Omak sey yang request. Tu hari buat, kuah tak cukup. Nenas pun Ibu boh extra. Ada orang suka meratah la pulak.

And so.. sekian la dulu menu iftar untuk hari ni. Untuk moreh and sahur dah ada plan lain pulak.

Wassalam..

9 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Sham,

    Ramadhan kareem pantas berlalu ... mudahan Allah SWT jumpakan kita Ramadhan yang akan datang ... ameen.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Sham. Maaf Zahir dan Batin. Maaf jika ada terlanjur cara dan bahasa ... Selamat dalam perjalanan menziarah keluarga ... jumpa lagi insyaAllah di alam maya. salam kasih dan sayang persaudaraan :)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam wbt REAL,

    Selamat hari raya eid mubarak.. taqabbalahu minna wa minkum.

    Like wise.. & semoga persahabatan yg terjalin terus kekal w'pun sekadar hanya di alam maya.

    ReplyDelete
  3. kak sham
    belum abis raya lagi ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt Sham ... dah dapat keputusan repeat paper lum? sibuk ye :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Utk Kekanda nun Jauh disana..

    Bila nak balik pdg pasir?
    Unta dah lama tunggu kerinduan..hahaa

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt Sham,

    Kalau dilipek sebosar kuku… Kalau dibontang sebosar alam …
    Kok hilang dicaghi …

    Kok hanyut dipinteh … Kok tonggolam disolam …

    Datang biarlah nampak muko …

    Kok poei biarlah nampak belakang … Jauh diimbau, dokek digamit …

    Seuntai salam, sojambak kato … Dogup bicagho, meghisik raso ...

    Sham ... dipinteh sudah, disolam pun sudah ... mudahan yo lah Sham sehat wal'afiat :)

    ReplyDelete
  7. Alaikumsalam wbt all,

    Ada je ni.. saja jer.. nak bela tarantula biar cukup gemuk kat rumah comel ni.
    Insya'Allah.. akan di-update sesegera yg mungkin.
    Nak kasi khatam cuti2 M'sia dulu.

    Ilal'liqak..

    ReplyDelete
  8. kak sham..
    tq utk hadiah2 itu
    suka sngat ;)
    nanti nak letak dalam lemari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...