Beautiful Friends

Thursday, March 28, 2013

The Vengeance..

Sessi baleh dondam. Kut kan tak menciyeh poloh.. tak tau la kan. Tapi raso eh memang dah cukup podeh dah tu. Even, extra podeh dari biaso.

Memang tak aman tidur malam tadi. Makan tak puas. Walhal rasa macam cukup catuan dah cili tu. Mungkin jugak sebab cili dah lama. Mungkin jugak itu.. mungkin jugak ini. Macam-macam yang Ibu fikir dalam kepala otak ni. Kerja kalau tak sudah.. macam ni la akibatnya. Isshhhh.. tak suka la.

Anyway, hari ni Ibu masuk dapur awal dari biasa. Nak mengqada' apa yang terkurang semalam. Mula dengan "bismillah" semoga yang dirancang resulting seperti yang diharapkan.



Alhamdulillah, kalau ikut ruling Ibu memang dah cukup pedas. Tapi tak tahulah macam mana respon Si Bujang Sulong. Dia kalau makan tak cukup pedas, makan rasa macam tak kenyang. Tapi kalau tengok cara dia "menyuap" tu, kira PASS dah.

Then ada pulak sorang adik berkirim hajat. Dah alang-alang Ibu masak guna peria hari ni (memang itu pun yang dimintanya), Ibu buat pulak gulai udang dengan peria. Bukan susah sangat pun. Walaupun kena masak 2 round, tapi hati puas.

Kepada yang berkirim hajat, selamat menjamu selera..

Selesai sudah tugasan untuk hari ni. Nak ngadap "tugasan" untuk KAFA petang ni pulak.

Kalau ada cerita menarik di KAFA nanti, insya'Allah Ibu share kat sini kemudian. 

P/s;
Sepeket 500gram cecah RM20.00 di Tanah Malaya.. abih camno tu??

Wednesday, March 27, 2013

Makan malam yang mengeciwakan ku..

Alhamdulillah, selesai sudah makan malam kami. Simple.. cuma nasi goreng kangkung and telur mata. Cukup la tu.. sesekali makan seringkas macam ni.. bagus jugak. Tapi still jugak Ibu kena masak extra (separate) untuk Haazem yang tak makan sayur and tak pedas. Isshhh..


Unfortunately, walaupun dah segenggam cili Ibu guna..masih jugak tak cukup pedas. Terus tekak jadi mantul. At last bahagian Ibu kena share dengan Amsyar. Dia, as long as nasi goreng.. semua jadi.

Tapi dia pun agree with me.. memang tak cukup pedas. Memang betul-betul frust la malam ni.

Esok akan ku gagahkan jugak menggulai, walaupun sekadar gulai telur dengan mangga. Issshhhh.. frust betul ni.

 

Jack of all trades, master of none..

Saja suka-suka.

Recently, ada sedikit rombakan tang deco kat rumah ni. Instead of guna bunga pacak-pacak.. cucuk-cucuk tu, Ibu gantikan dengan mini-plant. Adalah sepasu-dua Ibu tambah kat rumah ni. Ada jugak hat yang lama Ibu dah bagi pada sorang adik ni. Dia berkenan sangat. Asyik mata pandang ke situ jer. So, Ibu bagi je la. Boleh jugak Ibu ganti dengan hat yang lain.

Then bunga yang lama-lama tu, Ibu gubah la buat something else. Nak buang, sayang. Mana la tau, nanti-nanti ada nak buat flower ball ke.. apa-apa je la. Dah la mahal benda-benda tu kat sini.

Nak angkut dari Tanah Malaya.. segan pulak ke Cik Asben. Dia selalu tegur Ibu sebab benda-benda macam tu pun nak bawak. Dah tu, mana ada kat sini jual bunga-bunga macam kat.. alah, apa ke nama kedai tu. Ada laaa.. aaaaa.. Lovely Lace.

Anyway.. Ibu bukan la jenis handal sangat pun. Tapi rasa nak jugak share kat sini. Manalah tau, ada yang berkenan.. boleh la buat sendiri pulak nanti. Re-cycle mode.





Well, like as I said.. I'm just like the "Jack of all trades, master of none". Handal sangat tu tak la.. tapi boleh la setakat nak hias rumah sendiri.

P/s;
Kan dah kata.. pepel mesti ada..


Save us.. save the earth..


SHARE THIS USEFUL INFORMATION.

6 Air Purifying house plants


1- Bamboo Palm :
It removes formaldehyde and is also said to act as a natural humidifier.

2- Snake Plant :
It absorbs nitrogen oxides and formaldehyde.

3- Areca Palm :
One of the best air purifying plants for general air cleanliness.

4- Spider Plant :
Great indoor plant for removing carbon monoxide and other toxins or impurities. Spider plants are one of three plants NASA deems best at removing formaldehyde from the air.

5- Peace Lily :
Peace lilies could be called the “clean-all.” They’re often placed in bathrooms or laundry rooms because they’re known for removing mold spores. Also know to remove formaldehyde and trichloroethylene.

6- Gerbera Daisy :
Not only do these gorgeous flowers remove benzene from the air, they’re known to improve sleep by absorbing carbon dioxide and giving off more oxygen over night.

So, for a start.. the kids plant this in their bathroom.. aci tak??


Tuesday, March 26, 2013

Ting-tong ding-dong..

Warming up. Sungguh Ibu tak tahu nak makan apa.. tak tahu nak masak apa. Semua gara-gara kakak Kembo datang berziarah. Tekak jadi "mantol". Mantol tu.. vocab orang N9. Bi makna.. tak selera laa.

Tapi yang tak ada selera cuma Ibu sorang. Orang lain okey jer. So, at last dok ting-tong ding-dong dengan Cik Asben tanya nak makan apa.. nak masak apa.. wa-akhiran Cik Asben proposed buat dalca ayam saja. Tak payah fikir lauk lain sebab nanti dalca tu makan dengan roti. Khalas.


Tu kat atas Ibu ada tunjuk aksi dalca ayam.. sejak dari sessi suai kenal dengan segala sayur-sayuran yang lain, dalam mangkuk dan akhir sekali aksi sebelum selamat masuk tekak menuju ke dalam perut.

Di rumah ni kalau nak buat dalca, aliens kena meriah. 2 in 1.. anak-anak and Cik Asben terjah ayam.. Ibu pulak ngap sayur.

And biasanya kami layan dengan roti turki. Yang dalam gambar tu sikit je. Kalau ikut saiz sebenar, lebar piring makan la jugak. Sekeping memang jarang habis. Unless dah lapar sesangat la.

Well, sekian cerita dalca ayam and roti turki untuk kali ni.

Akhir qalam.. ilal'liqa..

Ku jatuh Chenta..

Kata laa apa nak kata.. tapi Ibu bukan spicis yang kumpol handbag. Suka tengok orang pakai. Sebab bila orang pakai, semua nampak cantik, semua nampak manis.

Handbag pada Ibu hanya perlu sebagai medium untuk menyumbat segala reta seperti nail clipper (kut tetiba ada anak jantan Ibu yang kuku sopek sebab...), vicks, panadol, buku cerita, wet tissue, my lumix, handset, handkerchief, "lampin orang pompuan" and entah apa-apa lagi. Senang cerita handbag Ibu sama taraf dengan beg Doreamon.

Then, handbag tu mesti tak pandai komplen kalau letak kat kaki, terduduk, terjatuh, tersadung, terpenyek dan ter-ter-ter yang macam lagi. Oleh sebab itu, harganya tak boleh cecah ribu riban. Rugi woooo..

Then spesifikasi lain, kena lepas bahu so senang nak angkut. Lagi bagus kalau boleh sling. Katalah Ibu tak "ladylike". Janji Ibu selesa.. senang hati nak angkut sana sini.

Tapi kan kan.. sejak berjemaah dengan sorang kawan ni, tidur Ibu tak keruan. Fikiran asyik melayang ke sana, terkenang-kenang, terbayang-bayang, kejap-kejap pi intai, kejap-kejap pi skodeng. Isshhhh.. tak suka la macam ni.

Inilah rupa calon-calon yang telah mengganggu tidur malam ku, mengajak ku menskodeng outlet-nya saban masa. Ikut hati dah sampai depan kedai ni. Tambah pulak Cik Asben kata LULUS. Apakan daya, anak-anak masih dalam exam week. So tumpuan kena padu dan jitu hanya untuk mereka.

Meh, Ibu nak tunjuk sikit..








P/s;
Sambil-sambil tu kalau ada kawan-kawan nak bagi nasihat ke, komen ke.. okey jer.. Yang mana satu idaman hati??


Monday, March 25, 2013

Straight to my face..


Khas untuk soft drinks lovers.. like me. Juga untuk kawan-kawan yang suka benda-benda manis. Lepas baca short note dari sorang kawan ni, memang ter-skima la kejap. Harap kekal dalam hati and otak lepas ni.

Tapi sejujurnya, lama dah tau but since Ibu perlu kadar gula tinggi setiap hari, so tu yang terpaksa telan coke BEBSI (tak ada P kat sini) tiap hari.

Kalau ada sesiapa yang rajin nak dengar (panjang la sikit..), boleh la layan diri kat sini.

Btw, inilah note yang my friend hantar tu.
1) Do u know that FRUCTOSE consumption increases uric acid, and thus the risk of GOUT and HYPERTENSION?
2) Do u know that when u are consuming FRUCTOSE, u are actually consuming FAT? Because fructose IS METABOLIZED like fat !!!
3) Do u know that FRUCTOSE is also a chronic TOXIN a.k.a. POISON?
If u DO know, then u will avoid pepsi, coke, soft drinks, packed juice, redbull, gatorade... and even baby formulas!!!
P/s;
Kalau bukan kita yang nak jaga diri kita sendiri.. siapa lagi kan kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...