As long as I can remember, Omak dah berniaga nasik lemak since Ibu masih di sekolah rendah lagi. Gaji Ayah yang tak seberapa.. maklum sajalah. Walaupun waktu tu barang masih jauh lebih murah dari sekarang namun dengan gaji yang tak seberapa tu.. and tho kami hanya dua beradik.. alhamdulillah.
My Mom.. is a very ambitious lady.. dia nak itu.. dia nak ini. Tapi tak pernah sekali dibebankan atas gaji Ayah. Thus atas usaha sendiri.. Omak sey berniaga nasik lemak. Dijual di kedai-kedai kopi kepunyaan Ah Seng and Ah Tong di kampong kami. Waktu itu hanya 30 sen sebungkus. Tapi cukup sudah untuk mengalas perut hingga waktu makan tengah hari.
Taste wise.. Ibu rasa sedap la kut. Seingat Ibu tiap kali Omak sey mintak cuti.. gerenti tokey kedai Cina tu akan bergaduh dengan Omak sey. Kisahnya.. dia orang akan lari "income" kalau Omak sey tak berniaga.
Ibu jugak pernah berjual nasik lemak di sekolah tapi banyak kali jugak Ibu kena "sembur" dengan orang kantin. Sebab katanya.. kami tak ada hak berjual di sana. How irony.. rezeki Allah itu untuk semua. And.. memadailah jika Ibu saja yang tahu kisah selanjutnya.
And so, walaupun Ibu selalu kena marah dengan orang kantin (only now I know.. ada spy antara kawan sekelas) tapi cikgu-cikgi di sekolah ada masa tetap jugak mintak Ibu bawak sebungkus dua. Lepas la untuk belanja sekolah Ibu... alahhhh.. mula la nak nangis ni.
Waktu tu.. mana ada orang berjual daun pisang. Kalau ada pun.. maybe kami takkan beli sebab "tak mampu". Thus.. solution.. Ayah akan cari ni di kawasan terbiar yang ada pokok pisang. And ada masa ada jugak orang kampung yang rasa pokok pisangnya perlu "dibersihkan".. well.. mula la "orang-orang yang tertentu" ni akan mencari Ayah. Itu belum lagi cerita pacat yang dah gemok melekat di betis atau takut ada ular sesat masa Ayah mencari daun pisang.. aduhaiiii..
Belum lagi cerita Ayah mencari daun pisang semasa hari hujan atau ketika Ayah tergelincir dari anak bukit hanya semata-mata mencari daun pisang. Banyak sangat kenangan yang mampu membuat Ibu menangis jika diingat semula.
Macam ni sajalah.. keluarga kami bukan seselesa sekarang. Anak-anak perempuan tak ada yang nak berkawan dengan Ibu hanya sebab Ibu tak ada anak patung togel. Adik pun.. mujur saja dia rajin mencari duit poket dengan bermain Cak Lempong di majlis-majlis kenduri kawin. Well.. just tell me about hard life.
Omak sey.. maybe sebab tak ada rantai leher 4-5 lapis or gelang tangan hingga ke siku and my dad.. well.. cukup saja Ibu katakan.. keluarga sendiri pandang sinis..
Tapi semangat Omak sey memang kuat. Dengan berjual nasik lemak and karipap.. Omak mampu menyampaikan "hajat" nya. Ayah.. very simple person. Cukup makan.. cukup pakai.. dia dah biasa "diuruskan" hence.. well he's very happy with his life back then.
And hari ini.. Omak sey masih berniaga nasik lemak. Walaupun kami dah cukup makan pakai tapi maybe sebab berjual nasik lemak dah serasi dengan jiwa kami.. entahlah..
Dulu Ibu selalu komplen takmo makan nasik lemak yang sama dengan yang Omak sey jual di kedai so untuk kelainan Omak sey akan tukar dengan telur mata separuh masak and boh goreng kangkung. Aiwahhhh.. heaven on earth.
And pagi ini.. Ibu ulang lagi nostalgia ini tapi untuk hidangan Cik Asben before dia pi kerja pulak.
Cukup la tu ya.. bucu baju dah lencun ni..
And pagi ini.. Ibu ulang lagi nostalgia ini tapi untuk hidangan Cik Asben before dia pi kerja pulak.
Cukup la tu ya.. bucu baju dah lencun ni..