Beautiful Friends

Tuesday, July 1, 2014

Sambal gesek kundang muda - with recipe

Bila masuk sahaja bulan puasa.. Facebook sure bertukar jadi FOODbook. Kawan-kawan pun mula dok tayang-tayang gambar makanan. Especially menjelang waktu iftar. Pada Ibu.. okey jer. Kira bagi idea jugak untuk masak-masak.

Sebenarnya Ibu memang jarang membeli lauk-pauk di bazaar Ramadhan. Reason : jarang jumpa yang berkenan di hati. Faktor harga jugak jadi penyebab. Bayangkan sahaja seketul ayam goreng boleh cecah RM4.00. Walhal jika seekor ayam seberat 2kg hanya dalam lingkungan RM14-15. Kerat 8.. cukup sekadar ayam goreng versi Upin Ipin.. makanlah puas-puas.

Ini skima ayat orang yang duduk 24/7 di rumah. Yang bekerja sudah tentu terpaksa akur dengan faktor harga serta masa yang terhad.

Hasil me-round 2 kali di Kampung Terachi

Anyway..
Nak tayang-tayang air tangan Ibu sikitlah.

Few days back ada kawan tunjuk sambal gesek kundang muda. Ahhhh sudah.. hati sudah tidak keruan. Akibatnya.. satu kampung Ibu dok round mencari kundang muda. Namun apakan daya.. banyak yang dah masak. Akibatnya.. satu Terachi tu.. 2 kali Ibu round. Tapi alhamdulillah.. mujur saja.. dapatlah seciput..

And hasilnya..

Presenting..
Sambal gesek kundang muda..

Sangat sinonim dengan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Hatta.. jika tak ada kundang muda.. boleh saja digantikan dengan air asam limau, belimbing buloh atau mangga muda. As long as ada cili api and ikan bilis.. dah cukup la tu.

Jika ada yang berhajat dengan resepi.. ni ada Ibu sertakan.

Bahan-bahan
Air asam limau, belimbing buloh, mangga muda atau kundang muda
Cili api secukup pedas
Ikan bilis secukupnya
Garam

Cara-caranya;
- Tumbuk cili api separa hancur.
- Masukkan ikan bilis dan tumbuk bersama cili api tadi.
- Akhir sekali.. campurkan mangga muda.. atau belimbing buloh atau kundang muda.
- Tumbuk serata bersama cili api dan ikan bilis.
- Keluarkan dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
- Perisakan dengan garam.. setel.

Manakala jika menggunakan air asam limau.. setelah cili api dan ikan bilis ditumbuk.. keluarkan.. seterusnya perahkan air asam limau.. gaul serata dan perisakan dengan garam hingga mendapat rasa yang dikehendaki. Beres.

Nota;
Sesuai dimakan bersama segala jenis ulam-ulaman.

Selamat menjamu selera friends.

8 comments:

  1. Kalu nak gu kan dengan belimbing buluh, mudah saja buatnya tu kan?

    Saya jer tak terfikir nak buat, sedangkan bahan tak banyak dan sentiasa ada dalam rumah.

    Hmmm harus cuba.

    Dah lama saya tak melalui Terachi, sejak dah 2,3 tahun tak ke K. Pilah. Mertua dah meninggal jarang dah kami balik K.Pilah.

    ReplyDelete
  2. foodbook dibulan ramadhan ni bg saya, kalau kita pandang dgn mata lalat, mmg busuk lah yg kita nampak, kalau pandang ngan mata lebah, madu lah yg kita dapat
    kadang2 kita buntu nak masak apa, bila ada kgkawan share resepi@ idea masak.. sedikit sebanyak membantu ;)

    emm kecur air liur tgk smbal akak ni tau

    ReplyDelete
  3. Kak Sham, kek kampung sey pun susah nak dapek buah kundang ni. Sudah eyy, sambal gesek sumo eh pakai belimbing buluh yo. Sodap yo kak...tak bangun2 kok dapek tu...hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Kalau kat Linggi, lepas tumbuk tu digoreng pula....... arggggghhhhhh rindu nya sambal gesek kundang muda.........

    ReplyDelete
  5. Aina kalau buat sambal ni selalu guna belimbing buluh je tapi tak tau nama sambalnya tau buat dan makan je. Kalau balik Bota mak mertua selalu guna ikan bilis dan cili kering perah asam limau.

    ReplyDelete
  6. kaksham..
    telan air liur tengah2 hari buta nie.. hahahaha...
    kena buat gak nie walaupun takda kundang muda..ada penggantinya pun ok..
    thks for sharing kaksham ^_^

    ReplyDelete
  7. Setakat resepi mudah2 tu.. boleh la share.
    Tuan badan pun..
    1- Senang nak mengarang ayat
    2- Bahan2 pun mudah nak dapat

    Tp pd umat manusia di rumah ni.. lauk mcm ni la yg jadi penaik selera.
    Especially during bersahur.

    ReplyDelete
  8. k.sham.. mak su pun biasa buat ni. kait buah kundg kat belakang rumh. tak tahu la asal dr mana mak belajar. setkt ni, su tk pernh lg belajar ngan mak camner nk buat. hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...