Precious Friends

Sunday, May 19, 2013

Tauhu dan petai goreng.


Assalamualaikum all,

Ini sebenarnya cerita lama.. saja re-post sebab ada yang berhajat.

So, katalah apa pun... kami okey jer. Ramai yang ngelat nak makan petai sebab BUSUK. Tapi adatlah kan. Kalau nak kan "khasiat" nyer terpaksalah "berkorban" sikit. Furthermore, pi je lah gosok gigi lepas makan. Setaka toilet akan extra berbau, kita still kena cuci toilet jugak kan kan kan. Well, petai memang banyak khasiatnya. Yang paling popular, mencuci kencing kotor. Amsyar pun makan jugak tapi tak banyak laa. Setakat 2-3 biji jer. Yang lain tu Ibu and Cik Asben laa yang dok perabih.

Masa balik cuti lepas, lauk ni la yang selalu Ayah dok minta Ibu masakkan. Goreng pulak extra podeh. Memang naik seleralah. Tambah pulak masa iftar. Selera orang kampung, macam ni je laa. Segala hasil bumi dimaksima sebaik mungkin. Lagi pun kalau setiap hari dijamu dengan ayam, daging, sotong, udang dan yang sewaktu dengannya.. bosan jugak.

Kalau ada yang berhajat dengan resepi sempoi ni, boleh la try..

Bahan-bahan;
Segenggam biji petai yang telah dibuang kulit
** Cili api secukup pedas
** 2 biji bawang besar
- sebiji untuk ditumis
- sebiji dipotong kasar
** 5-6 ulas bawang putih
(Semua bahan-bahan ** ditumbuk kasar)
Segenggam ikan bilis
Tauhu basah
(dipotong kecil dan digoreng sedikit)

Cara-caranya;
* Tauhu digoreng - ketepikan.
* Ikan bilis digoreng garing - ketepikan.
* Bawang besar dipotong kasar - ketepikan.
* Petai digoreng sedikit - ketepikan.
1- Tumis bahan-bahan ** hingga naik bau.
2- Setelah itu masukkan tauhu, biji petai, ikan bilis dan bawang yang dipotong kasar lalu digaul serata.
3- Perasakan dengan garam.
4- Alhamdulillah.. dah siap.

Nota : 
Kalau tak ada batu lesung untuk menumbuk.. guna je chopper atau blender. Rasa sama jugak (pada Ibu la).

MAK Treasure Hunt 2013 - The Trailer

Assalamualaikum all,

Baru boleh nak bernafas sikit ni.

Sambil tu kita layan "mukadimah" dulu ya. Lega-lega nanti kita sambung cerita.


P/s;
All credit goes to Syafata Inc.

Thursday, May 16, 2013

Selamat hari Guru..


Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan seorang guru biasa.

Usman Awang

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik..

Wednesday, May 15, 2013

Mampukah ku bertahan??

Assalamualaikum all,

Tak tau la selama mana Ibu mampu bertahan. Dah tentulah perut dah terbiasa kena latih makan nasi. Tapi bila perut dah mula rapat ke dada.. bahaya.. sangatttttt bahaya. Tambah pulak bila rasa cepat mengah. So, harap maklum. Terpaksalah Ibu rombak makan malam.. errrr.. untuk Ibu sahaja.

Yang lain, masih dengan rutin yang biasa. Yakni, nasi and whatsoever la.

Doakan yang baik-baik sahaja untuk Ibu ya.

Bismillahhirrahmanirrahim...

 

As simple as..


Assalamualaikum all,

Kenduri anak-beranak.
Ibu tak pandai nak beli jiwa, but this the least that I can do for my family.


Favorite Cik Asben. Hatta masak ulang kali pun dia takkan komplen. Apa sangat la setakat daging goreng kunyit. As long cukup bahan. Insya'Allah, akan Ibu cuba tunaikan.

Kuku kuning dek kunyit.. cuci jer la. Apa kes??


Gulai ayam. Lauk paling basic untuk orang N.9. As long as ada cili, serai, santan, kunyit and ayam.. khalass.

Setakat Amsyar and Haazem, settle satu cerita. Cuma kesihan ke Haazem. Sebab kepedasan, maka sesuap nasi.. seteguk air. Tak tau la dia kenyang nasik or kenyang dek minum air.


Yang ini asal cerita sebab tengok tarikh expiry cuma tinggal sehari. So, dari expired dalam fridge.. baik Ibu convert jadi lauk. Alhamdulillah.. habis jugak. Ye la, dah beli then tak masak.. tak sanggup nak "menjawab" dengan Cik Asben.

There.. I told you. My life is simple. Semua pasal cerita makan.. makan.. and makan.

Stress release..

Assalamualaikum all,

Korang tak suka.. nasib laa. Ibu.. hilang stress nengok peil Si Bobo ni.

P/s;
Tak baik kutuk-kutuk.. dia pun hamba Allah jugak.. 

Tuesday, May 14, 2013

Gala Dinner Tourism (Part 1)

Assalamualaikum all,

A night without the boys, lain pulak rasanya. Maklum sahaja dah terbiasa.. "ibuuuuu". Ni bila hanya kami berdua, rasa macam ada yang kurang. Canggung.. was actually the actual word.

Sebetulnya kami dapat jemputan dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait untuk menghadiri Gala Dinner Tourism sempana mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014.

Ramai jugak delegasi serta wakil perlancongan dari Malaysia yang kami jumpa malam tadi. Aside from the persembahan dari penari-penari kebudayaan, Istana Negara sangat menarik dan kreatif.. kami jugak diberikan taklimat penuh tentang program-program yang telah disusun sepanjang kempen ini berlangsung.

Tak perlu cuti-cuti luar negara, yang dalam Malaysia pun dah cukup hebat.

Tapi jika diberi peluang, Ibu lebih suka jika anak-anak jugak diajak turut serta kerana mereka jugak perlu pendedahan tentang negara mereka sendiri.

Bab makanan, sebenarnya Ibu menjangkakan akan dihidangkan satey, nasik lemak, rendang ayam dan lain-lain masakan terkenal dari Malaysia. Well, I guessed the target market was the locals dan bukan kami. Oleh sebab itulah makanan semuanya berasaskan dari selera Pak Sheikh dan Minah Arab.


And as aspected, perut memang tak kenyang mana pun. Well, at least that was me. Dah tekak orang kampung nak mencari yang pedas jugak But since sampai rumah pun dah almost midnight, maka terpaksalah Ibu tangguhkan plan untuk "refill".

So pagi ni, ada laa orang tu lapar nasik. And since ada tugas yang dah menunggu.. kita makan nasik air sajalah dulu ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...