Beautiful Friends

Friday, June 24, 2016

Ramadhan.. 10 malam terakhir..

Baru masuk seminggu puasa (tu ari la ni).. lagu raya dah UP. Adeiihhhh.. cepat betul. And how do I take it.. ntah.. macam takda perasaan langsung la dia orang ni.

Why I'm saying this..
Korang tak sayu ke.. bulan Ramadhan ni datang sekali jer dalam setahun. Time tu la kita dapat merasa nak pi solat terawih.. time tu la kita akan lebih prihatin bila masuk waktu maghrib (ada nada sarkastik di situ ya).. time tu la laki bini and mungkin jugak anak-anak akan sama-sama masuk dapur sibuk nak membantu menyiapkan juadah iftar.. then pengalaman bangun sahur yang sure macam-macam peil dan keadaan. Tak lupa.. time ni la ada bazar ramadhan. Seriously.. sampai ari ni Ibu tak jejak lagi kaki ke param. Semua ni.. sekali jer dalam setahun.

Yet..
Raya.. at least kita ada 2 kali raya. And since kita ni tinggal dalam negara yang berbilang bangsa and agama.. boleh jer tumpang raya cina.. tumpang raya hindu.. tumpang sekaki dengan raya Natal. Sorry la babe. Raya to me just a matter of hari cuti.

Mungkin jugak semasa sel-sel otak Ibu ni mula nak berkembang.. mula nak masuk tahap waras berfikir.. Ibu didedahkan dengan pengalaman merantau ke nun kat Tanah Pasir Berdengung.. where.. the celebration and festive season is actually during Ramadhan.

Ibu dapat tengok bagaimana masyarakat di sana sangat memuliakan Ramadhan. Masing-masing berebut nak khatam Al-Quran. Masjid penuh siang malam. Orang bersedekah sana sini.

Pada yang berbuka puasa di rumah.. mungkin juadahnya lebih istimewa and kami yang sebagai the only Asian family dok kat building tu.. sebenarnya tak payah bersusah-payah nak siapkan juadah macam-macam. Kejap-kejap.. ding-dong.. kejap-kejap ding-dong.. jiran atas bawah nak sedekah macam-macam.

Then kalau pulak kami berbuka puasa di masjid.. mashkoor.. ada masa dapat nasik talam ayam.. ada masa dapat nasik beriani kambing. Bukan sebab Kuwait negara kaya thus penduduknya boleh suka-suki sedekah macam-macam. Tapi sebab kefahaman untuk memuliakan bulan Ramadhan itu sendiri.

Then selepas iftar.. masing-masing berebut nak cari masjid yang Pak Imam nyer kategori kelas A. Suara merdu.. yang jenis kita tak faham apa dia baca pun.. sampai bab doa qunut tu boleh tersedu-sedu nangis sebab time tu la paling skima.. paling tensi.. paling kita terasa.. banyak nyer aku dah buat dosa. 

Erkkkk.. gerenti ada yang kata Ibu ni meroyan tahap mak-mak nak monopos lagi la ni. Its up to you.. tak jadi kudis pun. Sekadar nak kongsi pengalaman (pada yang nak berkongsi)..

But so unlikely di sini.. ada sekali Ibu terpaksa pi ke Jusco Metro Prima, Kepong sebab nak pi kedai buku.. mak aihhhh.. ramainya orang bershoping hari raya. Macam pesta. Well.. tak boleh nak salahkan dia orang pun.. mungkin sebab pengurusan waktu bekerja di sini menyebabkan masing-masing hanya ada masa untuk menyiapkan kelengkapan menyambut hari raya during that particular time only. Masing-masing punya cerita la kan.

Then kut pi solat terawih.. terawih pun biasa selesai.. say dalam jam 10.00pm (tempat Ibu jam 10.15 ke 10.30pm).. time tu sure mall pun dah nak tutup kan.

Lepas terawih kut la tak ada yang nak sambung dengan moreh.. semua pakat nak balik tidur awal (esok nak bangun sahur kan).

From what I'm seeing.. macam bulan puasa ni.. just a matter satu obstacles before kita dapat berhari raya.. dapat nak tayang baju raya yang macam-macam.. makan itu ini. Walhal yang sebenarnya.. macam lepas kita berbuka puasa pun.. dapat segelas air.. khalass.. setel. Segala juadah yang tadi dibeli di param tak bersentuh. Silap-silap lepas sahor pagi esok kut tak masuk fridge.. ada yang masuk tong sampah saja.

Where actually.. dalam bulan puasa ni la kita nak menguji diri sendiri.. boros ke aku ni berbelanja (in term of say.. ziarah param etc).. macam mana ketahanan kita mengharungi satu hari berlapar dahaga (time ni la kita testing diri sendiri.. macam mana those people yang less fortunate hidup). Apa daya kita nak tambah pahala.. nak mula kibas-kibas Al-Quran yang dah lama tak dibaca tu ke (novel boleh pulak pulun sampai khatam kulit-ke-kulit.. ni ngata diri sendiri ni).. time ni ke kita baru mula nak rajin cari rumah anak yatim tu.. rumah ibu tunggal ni sebab nak bagi sedekah.. bayar zakat.. ishhh.. sarkastik nyer la pulak.

Berapa hun sangat la tinggal pahala puasa Ibu hari ini.

Tapi rasa korang semua faham apa yang Ibu bebel kat sini kan. Semua dah cerdik pandai. 

In short.. sementara kita masih ada peluang tumpang bernyawa dalam bulan ramadhan ni buat la apa-apa yang patut. Rebutlah peluang buat extra pahala dengan cara masing-masing. Mana tahu.. bulan ramadhan tahun ni mungkin jadi our turning-point in life. Barakah bulan puasa ni babe.

Pada siapa-siapa yang terasa (kut la) Ibu mintak maaf lillahi'taala. Tak ada niat nak menyindir.. tak ada niat nak perli-perli. Mungkin cuma.. itu saja cara yang Ibu boleh sampaikan maksud teguran Ibu pada kawan-kawan.. pada adik-adik.. pada yang membaca entri Ibu kali ni.

Okey.. time dah up. Masa untuk masuk dapur.. anak-anak mintak Ibu masak nasi totamo ayam merah hari ni. Errr.. sekali pun tak pernah try sebenarnya. Doakan menjadi yek.

Assalamualaikum..   

Jangan PAPA demi nak BERGAYA..

Raya dah tak lama lagi.. sayu jer hati mengenangkan Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Actually.. seronok bila sambut bulan puasa ni. Pada yang dah biasa dengan Ibu.. sure faham yang Ibu lagi suka sambut Ramadhan dari sambut hari raya.

Ikhlas..
Pada Ibu.. hari raya just a matter of hari cuti. Dapat berkumpol dengan saudara.. kawan-kawan.. and whoever la. 

Then mungkin hari raya tu jugak kita masak extra istimewa dari biasa. Well.. again.. rumah kami tak ada apa-apa yang istimewa pun. Being the only Makcik yang paling tua.. my Omak memang akan diziarah dek kaum keluarga. Thus.. that makes us super extra busy. Tak terkejar weiiii kalau setakat nak jamu lemang ketupat rendang and suku-sakat juadah hari raya.

So..
To make is less hassles.. kami hidang nasik putih dengan lauk-pauk N9. Infact.. disebabkan itu jugaklah rumah kami memang selalu kena serbu. By lunch hour.. mana tahan nak makan kuih raya jer kan.

And dengan sebab itu jugak.. wajib Ibu angkut sekali segala bibik dari warong kami untuk membantu (biasa nyer 1-3 hari raya). Tak terlayan babe.. mana nak menghidang.. mana nak mencuci etc. Kita sama-sama la dapat benefit dari tugas masing-masing kan.

Tapi yang Ibu nak cerita kat sini.. my adik-adik sepupu-sepapat. Ye la kan.. darah muda.. semua nak cantik.. semua nak sedondon. Ada jugak yang rajin bertanya.. 'along ada kaler tema ke tahun ni?'.. me jawab.. 'takda.. pakai jer apa yang ada'.

Ikhlas babe..
Memang sejak dari merantau lagi kami jarang sangat ada kaler tema. Yang tersesat (few years) tu sebab Omak yang berhajat. Tapi bila dah tua-tua ni.. ntah la. Tambah bila anak-anak dah mula pandai nak memilih sendiri apa yang berkenan.

Again Ibu stress di sini.. memang kami jarang ada baju raya. Kalau dulu mungkin sebab kami merantau. Thus.. keperluan baju raya sebenarnya hanya untuk dipakai pada pagi hari raya. And bila dah balik ke Kuwait.. sesekali bila ada jemputan dari majlis-majlis rasmi.. barulah keluar segala stok baju melayu and baju kurung. Then la ni.. bila anak-anak dah besar.. ada yang nak pakai distasya ada jugak yang nak pakai baju melayu dari previous years sahaja.

Ibu tak pernah melarang tapi jika rasa sampai tahap membazir.. memang Ibu akan tegur. Ntah.. memang dah cara kami macam tu.

And for that reason jugak selalu dalam gurau-gurau bila berbuka puasa bersama.. Ibu pesan ke adik-adik sepupu.. jangan membazir sangat. Buat cara yang kita mampu. There's no point of showing-off.. gila nak impress orang lain kalau poket kita sendiri yang rentung.. poket sendiri yang menjerit.

Pada yang boleh terima.. alhamdulillah. Yang rasa.. Ibu ni membebel tahap mak-mak dah monopos.. tak jadi kudis pun.


Niat Ibu ikhlas lillahi'taala.

Okey.. dah sampai hajat.. cerita pun dah habis.

Ada rezeki kita sambung cerita lain pulak.

P/s;
Hari ni hari Jumaat.. kalau sempat bacalah surah Al-Kahfi.

Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...