Beautiful Friends

Sunday, January 26, 2014

Manic Sunday..

Assalamualaikum all,









Manic Sunday buat kami di sini tapi selamat berhujung minggu pada orang Tanah Malaya. Ada jugak yang dah mula kerja.. sekolah hari ni kan.. Dulu masa mula-mula kawin ngan Cik Asben blur jugak kejap. Dah biasa cuti hari Ahad sekali sana cuti pulak. Lebih bengong bila hari Khamis ada office yang kerja separuh hari. And ada jugak yang hari Sabtu pun kena kerja. Time tu memang bengong maksimum. But gradually.. lepas tu okey jer..

Kat sekolah Haazem hari ni macam pesta.. semua parents sibuk nak bayar yuran untuk term ke-3 (baru dapat sms kan). Walhal boleh jer bayar awal-awal atau tunggu reda sikit bi makna.. janganlah bayar time budak nak pi sekolah tu. Tapi biasalah.. tak semua have the luxury untuk datang kemudian atau Mak-mak Arab sanggup mengorbankan masa senggang ke mall atau salon or spa untuk bayar yuran. Makanya.. semuanya nak kena buat hari ni jugak.. before masuk kelas jugak.

Sebenarnya kalau setakat nak bayar yuran tu benda biasa tapi yang jadi luar biasa is when ada yang potong queue atau tanya macam-macam soalan yang remeh-temeh. Kut masa first term tu kita faham la.. ni dah third term.

Yang sebetulnya dia orang ni memang jenis yang kuat bergadoh. Kut tak ada hal pun jadi hal. Yang jadi mangsa.. sama ada the clerks ataupun kita ni yang dari bangsa Asian.

Tak tau la Gulf Countries yang lain tapi for us di Kuwait ni.. selalu jer kena "third class" service. Dah lali pun sebenarnya. So to avoid dari kena buli.. kita sendiri kena ada self confidence. Jangan bagi muka dengan dia orang ni. Bukan semua pun yang bangsa Arab tu bagus-bagus. Well.. jangan jadi bias pulak. Itu hanya segelintir. Ramai lagi Kuwaiti and other Arabs yang baik. My neighbours (selain dari bau belacan - rumah sebelah ni jer) they are all very nice to us.

Sampaikan during party anak-anak dia orang mewah kami dapat macam-macam. Selalunya time dia orang party kami jarang ada di rumah. Hence.. nanti the next morning ada la bibik yang ding dong kat pintu hantar cakes and segala manisan.

Unlike us.. susah pulak kami nak offer makanan sebab Ibu prefer all yang pedas-pedas. And dia orang memang kureng sikit bab pedas ni. But dia orang dah faham. Ada masa kut ada yang bertembung dengan our friends kat lobby.. ada pulak yang peramah tunjuk arah ke rumah kami. Actually, we're the only Malaysian staying in this building. Yang lain semua bangsa dia orang jer.

Well.. tu pics kat atas tu saja nak tunjuk sebahagian yang dah selamat masuk perut kami. Minggu ni Cik Asben on call thus semua kena perintah berkurung. Lepas tempoh kurantin nanti legalah sikit budak-budak ni. Seminggu sakan mengadap air tangan Ibu.. faham-faham je la kan.

Okey habis cerita dah. And as I said.. manic Sunday kan.. so faham-faham je la kan..

Ilal liqa'

4 comments:

  1. Negara orang dengan budaya dan cara masing-masing. Kita kena ada give and take. Banyak bersabar la nampaknya kan?

    Wahhh lauk Peria dengan udang tu mengancam sangat lah!

    ReplyDelete
  2. Azie,
    Mmg kena byk bersabar tapi byk masa jugak kita kena be firm. Otherwise mmg kena pijak kepala la dgn diaorg ni.

    Tgk saja la peil diaorg time dtg cuti ke Malaysia..

    P/s;
    Bukan semua tapi still..

    ReplyDelete
  3. Ros,
    Itu stok menu hampir seminggu. K.Sham mmg x galakkan anak2 mkn fast-food. Sekali-sekala tu.. biasa la kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...