Beautiful Friends

Thursday, September 3, 2015

The OLD me..

Cerita semalam..
Jalan-jalan ke Old Market Lane di Grand Avenues.. adik-beradik Avenues la ni.


Misi utama nak mencari suku-sakat ni la..

 Di mana ada usaha.. di situ ada fridge magnets..





And kalau ada la jiran tetangga yang rasa nak terjah tempat ni.. boleh la cari kedai ni..


Tersorok sikit. Kalau dari pintu masuk Ikea.. jalan terus sampai ke Grand Avenues.. before sampai Starbucks.. belok kiri. Tapi kut sesat jugak.. tanya jer la kat kaunter pertanyaan tu. Khalass.

Terselit pulak gambar Pok Sheikh ni..

Satu yang best lepak kat sini sebab the ambiance macam sikit-sikit kat Souk Mubarakiyah.. the old souk. Tengok Pok Sheikh relax sambil minum teh kelat or layan shisha.

Ini baru original.. yang layan coffee kat Paul.. Dean Deluca.. macam kureng sikit la..



Model berbayar ni..

Selain dari tu.. kut la rajin nak pi teroka lorong kat area ni.. boleh la jumpa kedai jual minyak wangi.. jual abaya.. jual crafts from the locals. Tapi pictures.. NO CAN DO. So terpaksa la snap curik-curik. Itu pun dah kena sound. Adat la tu.. ada Minah Arab tengah shopping time tu. So.. kita sedia maklum la..

 Kedai minyak wangi..


As you can see.. the 'kadama' (terselit hujung kanan) tengah dok jinjing begs dari hasil belian 'Madam'.. tak boleh teropong lebih-lebih.. kena sama-sama menjaga sensitiviti..





Tambah syok bila sampai kat sini.. jumpa pulak roti Simit. Roti keras kejung yang sangat famous kat Turki nun. Hati dah berbunga-bunga berangan nak layan roti Simit sambil makan sup ayam and teh kelat + mint. Tapi apakan daya.. heroes suma masih kenyang sebab baru jer heavy breakfast kat Ihop.


Roti Simit..

Tengah tunggu to be seated..

Unfortunately.. bila dah gitu kisahnya.. terpaksa simpan hajat dulu la. Ada rezeki.. syukur.. takda.. banyak benda lain boleh makan lagi.

Kita skodeng Pok Sheikh jer la..

My heroes..

Apa yang best nyer kat sini.. ntah la..


Ada anak dara sambut birthday sambil siap boh bunga api atas kek..

Dean Deluca yang sentiasa penuh dengan customers..

Jenuh menapak nak sampai ke hujung nun..

And akhirnya.. sampailah ke bahagian nak menunaikan janji pada anak-anak..

Hangus duit dapur Ibu..

Sempat la si Ibu layan mata sekejap..
But sincerely.. boleh la repeat lagi kat CD pulak.. nak cover hok yang tertidur tu sebenarnya. And at the same time.. masa ending cerita ni.. ramai la jugak yang dok kesat air mata dengan hujung bucu baju.. well at least the Arab boy next to me does.

16 comments:

  1. huhu, best nyer bila lihat blog lain gi melancong ke negara orang,
    ni yang saya kena kuatkan usaha lagi neh...hihi,
    tapi, buat masa ni, layan blog tuan blog jer la dulu yang dapatnyer...
    thankz untuk segala gambar yang menarik dan coretan yang menggembirakan hati.
    *****************************************
    [ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
    Penyertaan dibuka sehingga : 14/09/2015
    mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah' (MTSFAZ).
    program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
    sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
    p/s : Jika tuan/puan ingin melakukan WAQAF sahaja pun, digalakkan (dibuka sepanjang tahun).
    maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah..
      Ada rezeki saya akan menyusul ziarah ke blog Tuan pulak.

      Delete
  2. seronok layan movie ye kak, sampai terus ke alam mimpi hihihi... Dah sekian lama tak tengok movie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal Mila..
      Best sangat layan movie.. tau-tau tinggal 15 minit jer lagi nak habis.

      Delete
    2. Haha... rugi lh kakak...
      Masuk dan lena...

      Anak2 sedara sy g tgk inside out... sy ada conference kt picc...
      Balik rumah... riuh dok bercerita ...
      "When u was baby u hv only joy... bla bla bla ...
      Anger disgust adult bla bla bla ... stay focus "

      Haha ... mcm best je....

      Nk cr cd gak lah... hihihi

      Delete
    3. Huda,
      Dah tetua ni macam tu la.. dapat kerusi empok sikit.. ekon pulak.. dapat 10 minit pun cukup dah..

      Delete
  3. Assalamualaikum Sham,
    Lama tak menegur sham di alam cyber. :) :) Cantik ye souk dlm entry Sham kali ni. Mcm di Europe pula. Teringin pulak nk ke Kuwait tp kalau urusan visa pelancong ke kuwait, byk tak 'red tape' nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam wbt Che Nor.
      Sham pun baru jer jumpa Old Souk ni sebenarnya.
      Red tape.. tak jugak sebab Kuwait still guna VOA.
      Rasanya cuma 7kd (maybe less - tak pasti) and last for 3 months.

      Delete
  4. Bagi pelancong mungkin teruja ke mana2 sahaja jalan di sana berbeza dengan orang yang duduk kat sana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik macam mana pun tempat orang.. kampung halaman jugak yang kita ingat selalu..

      Delete
  5. Replies
    1. Huda,
      Sini takda apa pun.. cantik lagi tempat kita..
      Ada hutan.. ada air terjun.. ada sungai..

      Delete
  6. Best nya kaya raya si madam jln ada kadama angkat barang...

    Hihihi...

    Btw... comel posing model berbayar akak tu....

    Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru kadama yang angkat barang.
      Pernah jumpa.. sorang bibik utk sorang anak.
      - 5 anak.. 5 bibik..

      Delete
    2. Perhhhh.... tu x masuk tukang masak lg...

      Tukang cuci...

      Mmg kaya sgt ke org kuwait

      Delete
    3. Yg kaya tu.. kaya lah..
      Ada jugak yg biasa-biasa.. mana-mana pun sama Huda.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...