Beautiful Friends

Wednesday, August 15, 2012

Sotong bakar, no kulit sotong please...


Lagi menu ringkas dari dapur Ibu. Dah 2-3 kali juga menu ni tertangguh sebab memberi laluan untuk menu lain. Biasa laa kan. Ibu ni masak main terjah saja. Ada masa, last minute boleh tukar fikiran. Memandangkan kuah kicap pedas masih berbaki, maka "membakar" lagi laa kita hari ni.

Ibu biasanya kalau nak membakar sotong, lebih selesa kalau kulit luar tu dibuang dahulu. Anak-anak pun lagi suka yang sebegitu. Sekecik mana pun saiz sotong, mesti nak buang kulit jugak. Dah biasa macam tu, so macam tu laa jadinya.

Nak bakar sotong kalau ikut style Ibu, memang cukup ringkas. Cara-caranya;

1- Buang kulit sotong.
2- Buang isi perut sotong termasuklah jika ada telur sotong sekali.
3- Diperap dengan garam sahaja.
4- Dan terus dibakar.

Reason;
1- Ibu tak suka perap dengan kunyit nanti sotong rasa macam sotong kunyit pulak.
2- Bawang merah dan bawang putih memang tak digunakan langsung sebab Ibu memang nak "rasa" sotong yang original.
3- Membakar sotong pun memadai hanya untuk mengeringkan sedikit air sotong, jika terlalu kering nanti sotong jadi liat dan hilang manisnya.

BTW, ini cuma cara Ibu. No offense to anybody pun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...