Beautiful Friends

Wednesday, October 24, 2012

Talapia masak lemak tempoyak


Assalamualaikum all,

Hari Jumaat ni, insya'Allah kita akan merayakan Hari Raya Aidil Adha. Kami mungkin hanya akan beraya di rumah. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, memang terjah pi Malaysian Embassy laa. Cik Asben kena rotation on-call minggu ni. Anak-anak pulak semua pakat nak nak pergi kalau ayahnya tak pergi sama.

Dalam kepala dok fikir macam-macam.. apa nak masak untuk hari raya ni. Nak jemput kawan-kawan datang ke rumah pun rasa macam serba-salah jugak sebab Cik Asben sure busy. Tambah pulak bila musim hari raya ni sure banyak site yang problem. Karang jemput orang tapi tak berlayan.. hurmmm..

Dua tiga malam ni pun tak aman Cik Asben nak menjamah makanan. Even malam tadi, Cik Asben terpaksa makan separuh hati sebab kerja bertubi-tubi masuk. Nasib baik terubuk bakar tu dah second round. Tak laa ralat sangat kalau makan cincai-cincai saja.

Ibu pulak rasa macam tak aci kalau tak ada lauk yang berkuah. Since tempoyak masih banyak, ingat nak tukar seleralah. At last talapia jadi mangsa. Dua ekor saiz besar sekali kena kurban malam tadi. 

Mujur adik Ikhwan and  Uncle Bob ada membantu. Kalau setakat kami anak-beranak belum tentu habis lagi tu. Adat laa kan.. makan berebut memang best kan kan kan.

Kalau ada yang berhajat dengan resepi;

Bahan-bahan;
Ikan talapia
Cili api secukup pedas
Santan pekat 1 tin
Sedikit air
Serbuk kunyit
Mangga muda 2 biji (jika suka)
1 sudu makan tempoyak

Cara-caranya;
1- Blend cili hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan dalam kuali bersama santan, sedikit air dan sedikit serbuk kunyit.
- kalau guna kunyit hidup/segar, lagi best.
3- Kacau selalu dengan api yang sederhana besar.
4- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan talapia yang telah dicuci bersih.
5- Apabila ikan telah masak, masukkan tempoyak serta mangga yang telah dihiris nipis dan perasakan garamnya.
7- Settle.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...