Beautiful Friends

Monday, November 11, 2013

Manchester United 1 - Arsenal 0

Assalamualaikum all,

Cerita pasal demam bola lagi ni.

Malam tadi kan ada match between Manchester United -vs- Arsenal. Result MU menang 1-0 kan. Yang di rumah ni bukanlah fanatik sangat pun. Cuma kalau dah ada geng tu.. best la jugak layan. Kebetulan ada lady friend baru sampai dari Tanah Malaya so what better way to greet her than to jemput makan-makan di rumah. Well, at least that is our way laa.


Makanya, mulalah Ibu dengan agenda masak-masak and kebetulan ada 2 ketul kepala ikan merah.. so selamatlah sudah jadi masak asam pedas. As always.. sedap makan banyak.. tak sedap makan sikit.


Then, malam sebelum tu Ibu jumpa pulak spicis ni kat kedai Pinoy masa melayan gunting rambut budak-budak ni (including the dad). Ada masa jumpa jugak adik-beradik spicis ni kat pasar basah.. tapi entahlah.. susah pulak nak dapat sekarang ni. At last beli la 2kilo. Ingat dah banyak sangat la. Rupanya.. alahaiiiii..


Last but not least..jumpa pulak tauhu basah. Akhirnya.. selamat sudah jadi lauk. Kalau nak goreng dengan sayur.. selalunya kurang dapat sambutan. Jadinya Ibu masak sahajalah cara yang "biasa".


Layan bola at mini stadium Hawally..
Ticket - FOC
Dinner - provided
Desserts and such - also provided
~ Auntie Elli bawak fruits
~ Auntie Mun bawak black forest cake

9 comments:

  1. Wahh sedapnya layan bola free "full board" :)

    ReplyDelete
  2. KA,
    At least kalau team kesayangan "kalah".. perut kenyang jugak.

    ReplyDelete
  3. alamak saya tak reti tengok bola kak syam...biasanya masa rwah abah saya ada dulu, saya tolong buat seteko kopi je untuk dia tengok bola sampai awal pagi..esoknya dia akan bagi tahu saya pasukan mana yg menang, kalau nak harap saya yg tengok..memang choy..hihi

    ReplyDelete
  4. K.sham! Terliur tgk kupang tu! favourite su tu! Kena cari nampknya ni.. hehe...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum LW,
    K.Sham ni.. kalau ada tgk.. kalau ada tp tak dpt tgk pun.. takde hal..

    Tu la kata.. ada kwn.. boleh la layan.. kut sensorang.. sendri sambung ayat la..



    Assalamualaikum Su,
    K.Sham pun tak sure itu spisis kupang ke, lala ke atau kepah. Tapi rasa isi mcm lala cuma kulit tebal dari lala yg biasa.
    As long as halal.. boleh je layan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sham ... arsenal ke manchester ke tak hal ... yang menang pastinya ... asam pedas nyonya :)

    ReplyDelete
  7. Alaikumsalam wbt REAL,
    Tersangat la setuju.. tapi Sham ni tukang masak saja.. Sham tak pandai nak appreciate makan kepala ikan.
    Lebih redha makan terung & bendi sahaja.

    ReplyDelete
  8. Kak Sham,

    kami kat sini pun hari tu stock tauhu takde. Baru last week ada balik..

    ps; org jawa takde tauhu ngan tempe tapi bermakna seminggu.. ahaks..

    ReplyDelete
  9. Yong,
    Very the tekak ikut bangsa kita kan.
    K.Sham ni tempe tu masih ada ampun lagi.. tapi tang tauhu tu.. boh dalam mihun goreng ke, dalam mi kari ke, goreng pedas ke.. semua jadi lauk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...