Beautiful Friends

Thursday, February 28, 2013

Tak muak ke?

Masak dan makan apa yang ada sambutan sahaja. Hatta, Ibu makan peria.. anak-anak makan ikan. Tapi Amsyar makan jugak peria tu. Peria ni tak pahit mana pun. Kalau pahit pun, mungkin sebab dah biasa.. maka tak rasa apa pun.


Dalam pada tu, ada jugak yang bertanya.. "tak muak ke asyik makan peria?". Jawab.. "tak muak pun".

Memang kami tak pernah muak pun. Entah la. Tekak masing-masing kan. Alhamdulillah.. anak-anak pun tak pernah komen. Dah rasmi kami.. "suka makan banyak.. tak suka makan sikit". Jadi, bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Mungkin jugak sebab Sang Ayah jauh di mata, maka dia orang ni tumpang faham dengan keadaan Ibu. Jika benar bagai disangka.. hanya "syukur" sahajalah yang mampu Ibu ucapkan.

P/s;
Dalam pahit-pahit peria ni.. elok jugak untuk masalah kencing kotor dan darah tinggi. Daunnya pulak, kalau mengikut kepercayaan masyarakat Cina, direbus dan diminum airnya. Baik untuk merawat penyakit kencing manis. Tak percaya.. try tanya Cik Gugel atau Tok Wi.

8 comments:

  1. salam Syam, akak suka peria tapi sbb anak2 tak suka dan hubby pun agak kureng suka so jarang akak masak tapi mmg sedap tu mmg tak muak kan kalau makan peria ni

    ReplyDelete
  2. akak saspen bila akak private kan blog hari2 terjah tapi tak dapat masuk....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt Sham,

    Alahai ... so very happy to have you back with us ... kami sabar dan doa that you are sihat and everything is okay, AlhamduLiLLAH ...

    Sometimes we need to get away ... yes

    Peria ... pahit but sangat sedap ... may favourite too in any form except mentah ... ada orang pandai buat ulam ... memang terror :)

    Welcome back Sham :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum!!! saya datang ni..
    buat apa nak bertapa lama2..he he he... jenuh nak cover baca semua entry nih..

    saya suka makan peria.... baik yang mentah buat ulam sampai yang dimasak..

    tapi kalau masak, tak suka lembik2..biar keras2 sikit, baru sedap nak makan..krup krap gituh...

    kalau peria katak yang kecik tu kan, kalau digoreng deep fried..wallahhh...kalau pi kedai mamak selalu mintak..sedapppp....

    awet muda tau...

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam wbt K.Nor,

    Tu la kan.. tak muak pun. Cuma kalau dah kurang sambutan tu, kita pun sama la "slow" skali kan.


    Sue,

    Tak private pun. Cuma repair umah jap.


    Alaikumsalam wbt REAL,

    Kwn mcm ni la yg buat Sham cair.
    Yes, its good to be back too.
    Sham pun rindu kat REAL jugak.
    Tiap ari jenguk rumah sana.

    Faham.. kita menyampuk..
    Tak faham.. kita dok dendiam jer..


    Alaikumsalam wbt NP,

    Trima kasih sudi ziarah.
    Kan kan.. peria tu jgn masak lama sgt. "Bunyi" tu lg buat feel.

    P/s;
    Awet muda.. makin rajin la mkn peria lps ni..

    ReplyDelete
  6. kak sham, peria tu try slice nipis2 dan goreng celup tepung, swedap sangat, rasa pahit-pahit lemak..

    ReplyDelete
  7. LW,

    ramai nyer la pulak rekomen resepi yg satu ni..
    Kena try jugak la gamak nyer..

    ReplyDelete
  8. gerenti sedap..

    mcm LW cakap tu, peria katak tu potong nipis2... pastu gaul dalam tepung yang dicampur dgn rempah apa saya tak tahu...goreng deep fry.. perghhhh sedap...lemak2 pahit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...