Beautiful Friends

Wednesday, April 16, 2014

Teka-teki.. ada hadiah babe..

Assalamualaikum all,

Kali ni kita go on something more light and easy la. "Meroyan" tiap hari pun tak baik untuk kesihatan diri. Thus Ibu nak share satu teka-teki.. siapa dapat jawab complete dengan penjelasan to the said teka-teki ada hadiah. Insya'Allah.. hadiah tersebut Ibu akan kirimkan penghujung bulan ni. Ada kawan nak balik Tanah Malaya.
Btw, Ibu bagi peluang nak menjawab sampai esok. Or sampai ada yang jawab dengan betul. And the teka-teki..

Lebih putih dari salji
Lebih hitam dari malam
Terdiri dari 5 huruf
Bermula dengan huruf Mim
Terdapat di dalam Al-Quran
Makan haram tapi minum halal
Diguna lelaki 3 kali sehari
Diguna perempuan sekali seumur hidup
Tips : Mengingatinya juga adalah satu ibadah.. dapat pahala babe..

Anyway.. kat Malaysia tengah lunch hour ni kan.. Meh Ibu nak share pic lunch kami semalam..


Kari kepala ikan merah
Peria & udang goreng berlada
&
Telur masak kicap (telur goyang tu)

20 comments:

  1. nak join, tengah perah otak nak cari jawapan...hehehe

    ReplyDelete
  2. As Salam Kak Sham, saya mengelat sebab saya google. Tak dapat hadiah pun takper sebab memang saya mengelat, hehehehhe.

    Jawapannya kubur yang dalam bahasa Arab di sebut Maqabir. Di eja dengan ejaan B.Arab memanga da 5 huruf jer.

    Lebih putih dari salji, lebih hitam dari malam : Ada yang berpendapat, merujuk kepada amalan kebaikan yang akan menyinar dengan terang benderang. Manakala jika tiada amalan kebaikan yang membantu maka gelap gelitalah kuburnya tidak bercahaya langsung.

    Ada juga pendapat yang mengaitkan dengan kain kapan yang berwarna putih, manakala bila dah ditimbus jenazah, maka alam kubur sesungguhnya gelap gelita.

    Di dalam surah At-Takathur. Ayat ke-2 dah mention Al-Maqabir, tapi ejaan itu adalah untuk plural.

    Makan haram tapi minum halal : Katanya di larang makan di atas kubur, tapi boleh disiram air.

    Lelaki boleh masuk ke liang lahad 3 kali sehari masa mengebumikan jenazah, tetapi perempuan hanya sekali seumur hidup iaitu ketika rohnya telah dicabut.

    Mengingati kubur, mati sememangnya satu ibadah.

    Off late, saya memang sering menziarahi perkuburan. Kubur arwah Ba, arwah atuk kesayangan saya yang paling saya rindu dan arwah Pak Andak yang baru saja pergi.....

    Kak Sham, mohon penjelasan sebab ada ikhtilaf di jawapan tu semua. Saya tak pasti.

    ReplyDelete
  3. We have a winner.
    By all means.. K.Sham tak letak pun kata tak boleh tanya Cik Gugel.
    Dah betul la tu..

    - Putih tu utk kubur org yg beriman
    - Hitam tu utk kubur bg org kafir
    - Terdiri dr 5 huruf - Miqrabah = KUBUR
    - Makan atas kubur mmg haram
    - Siram air atas kubur mmg boleh
    - Lelaki mmg boleh ziarah kubur 3 kali sehari
    - Tapi perempuan hanya sekali saja ya'ni masa dia dah meninggal dunia (roh tlh dicabut)

    Ok. Aziela.. nnt tlg bg address pd email K.Sham ni ya.

    sarfaeiz@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.... syukur kerana dapat ilmu baru hari ni. Saya tak tahu pun asalnya tentang perbezaan ziarah antara lelaki dan perempuan tu...

    Terima kasih yer kak..

    ReplyDelete
  5. Tak sempat nak jawabbbb...tapi alhamdulillah dapat syer ilmu baru sebab Aina pun tak tahu jawapannya.

    ReplyDelete
  6. Sorry Kak.. saya bab² teka-teki ni memang saya fail... boleh jadi pemerhati saja, nak contribute jawapan jauh sekali le... hehehe..

    ReplyDelete
  7. Jun & Aina,
    K.Sham ni pun tumpang and memanjangkan ilmu dr sorang kawan ni.

    P/s;
    Kina - K.Sham pun bukan jenis suka teka-teki.

    ReplyDelete
  8. Lelaki mmg boleh ziarah kubur 3 kali sehari
    - Tapi perempuan hanya sekali saja ya'ni masa dia dah meninggal dunia (roh tlh dicabut)


    lelaki boleh ziarah kubur 3kali sehari jeke? 4 kali 5 kali xleh?

    ReplyDelete
  9. The rational..

    Lelaki mmg boleh ziarah kubur sekerap yg dia suka. Lg bagus kalau sewaktu menziarah ke kawasan kubur tu juga disertai dengan rasa insaf tentang hal "kematian".

    Cuma dlm logik jika dikaitkan dgn teka-teki ni,

    1- waktu menggali kubur
    2- ketika mengkebumikan jenazah
    3- ketika talkin dibacakan

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,
    maaf sampuk, sbenarnye bukan ziarah. klu baca betul2 masuk ke liang lahad. mmg pompuan xdibenarkan turun jenazah kecuali darurat.
    tpi cume ade kekeliruan betul ke tak boleh turun lebih tiga kali?

    ReplyDelete
  11. Dah betul sgt la tu Milla.
    Cuma biasa la kan.. teka-teki ni biasa nyer lebih berkias dari guna perkataan yg tepat.

    Thanks Milla.

    ReplyDelete
  12. Aa salam..
    Br dpt soalan tu pkul 4 pagi td.Timbul segala urat otak duk pikir.Thanks for the explanation.. 😊

    ReplyDelete
  13. Perempuan bole turun sekali jer sumur idup xpaham la

    ReplyDelete
  14. Ayat mana 'miqrabah', minta admin jelaskan

    ReplyDelete
  15. Anon,
    Perempuan mmg masuk/turun sekali saja ke dalam liang lahad, iaitu ketika dia sendiri yg menjadi mayat/arwah.

    ReplyDelete
  16. Maaf Anon.
    My bad.
    Sepatutnya Makabir, yg bermakna KUBUR.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih.. memberi pengajaran kpd sy dan mginsafkan.. t.ksih skli lgi

    ReplyDelete
  18. salam cik kak Sham,
    wak teringat kubur Baqi's madinah yg org pompuan xleh nak masuk, org lelaki leh masuk ziarah tp xleh amek gmbr pulak., huhu2 dan kubur orang islam tak sepatutnya ditanda atau tulis nama smpikan ada org yg menjaga (beri penerangan) .., wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Wak nak tahu.. kubur Emir di sini punyalah sempoi. Pernah sekali masa banjir batu nesan tercabut.. jenuh gak masing-masing bukak plan tapak sebab nak pi letak semula batu nesan tu.

      Unlike kubur the royals di tempat kita...

      Delete
  19. Jazakillahukhairr.. kebetulan soalan ni diberi oleh ustaz sekolah Aisya. Aisya minta izin screenshot jawapan dan penerangan ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...