Beautiful Friends

Sunday, January 5, 2014

Sesi beli jiwa..

Pagi Sabtu kami dimulakan dengan.. yang dalam gambar tu la. Punca kisah.. sebenarnya adik-adik students U nak pi survey khemah untuk kami ber-camping dalam seminggu dua lagi. Tempat yang sebelum ni dah biasa sangat.. so saja nak tukar lokasi. Then kebetulan, one of them ada pulak kawan dengan sorang Kuwaiti ni thus the Kuwaiti jemput dia jalan-jalan ke sana. Sepatutnya kami ikut sekali. Tapi dah kami pulak ada plan lain.. maka terpaksalah berpecah. Dah jadi macam tu.. Ibu offer je la untuk dia orang bawak bekal sikit masa pi sana. Sama je kerjanya..


Aktiviti hari ni sebenarnya more on sesi beli jiwa anak-anak. Tho' cadangan asalnya nak meraikan Cik Asben on his birthday.. kira sama je la tu. Anak-anak happy.. kami pun happy jugak. Tak tahulah berapa kilometer kami dah round dalam mall tu. Pusing punya pusing punya pusing.. pedih jugak laa tapak kaki.



The best bantal peluk in the world..

Dah penat main.. masing-masing mula la lapar pulak. Seafdhalnya.. makan nasik la.. senang kerja. "Panas" sikit perut..





Makanan yang macam ni.. mana-mana je boleh dapat kat sini. Tapi dah kami berhajat nak makan ikan bakar.. so kena pi ke Souk Mubarakiyah la. Banyak kali dah Ibu post cerita pasal Souk Mubarakiyah ni. Souk ni kira taraf muzium jugak dah. Pasar lama. Tapi untuk make sure souk ni masih beroperasi.. ada laa jugak dia orang buat kerja naik taraf. Tho' tak menyeluruh.. tapi secara berperingkat.




Apesal la comot sangat budak Cinonet ni??

Lepas makan sambung lagi pi ronda. Teman pulak Cik Asben pi carik barang kat area pasar distasya (jubah lelaki). Budak-budak ni sementara dok tunggu Ayah selesai.. sempat la jugak main mercun pop-pop sekotak dua. Mujur tak ada yang komplen bising.



Meh.. Ibu nak tunjuk sikit antara jenis barang-barang yang ada dijual kat Souk Mubarakiyah ni..

Pasar buah yang sekali dengan pasar sayur..

Pasar madu yang sekali dengan pasar buah kurma. Segala jenis kurma dan madu ada dijual di sini..


Pasar barang kering..

Yang ini tak boleh nak zoom.. pasar emas.. faham sendiri je la ya..


Pasar basar.. di sinilah kami jumpa lubok ikan jaket kami. Pasar lain.. susah sikit nak jumpa ikan jaket. Tapi ramai yang reluctant nak datang ke sini dengan alasan pasar ni "kotor" sikit. Too bad.. your loss..

Sebenarnya banyak lagi ada dijual kat Souk Mubarakiyah ni. Even segala jenis barang-barang branded taraf AAA pun ada. Yang datang membeli pun bukan calang-calang. Tapi entahlah.. 

Anyway.. ada rezeki Ibu sambung la cerita pasal Souk Mubarakiyah ni.

Ilal liqa'..

2 comments:

  1. Assalam K.sham..
    Terliurnya tgk roti nan dan lauk pauk tu sumer. Su kan, memg suka la makanan2 ala gitu. Dah la tgh lapar ni... Hahaha..

    Eh.. main mercun pop pop? Bwk dr malaysia ker tu, atau ada jugak kt sana?

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Su,
    Roti tu bukan roti nan Su.
    Roti biasa saja. Given FOC.
    Kira ganti mkn ngan nasi la.
    Sedap mknn masa panas saja, dah sejuk jadi liat la pulak.

    Mercun pop pop tu beli di sini saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...