Beautiful Friends

Wednesday, September 3, 2014

Hukum bercukur bulu kening

Assalamualaikum all,

Dah lama Ibu tak "copy and paste" kan kan.

Kenapa Ibu pilih tajuk yang ada kaitan dengan "the buluss".. well.. its universal.. semua orang ada bulu kening.. kan kan.. Tebal.. nipis.. bercamtum kat tengah.. bercabang kat tepi.. rezeki masing-masing la kan.

Anyway..
Sapa-sapa yang bulu kening dah elok-elok tebal cantik tu.. janganlah pi gatai tangan nak cabut nak trim macam-macam. And yang kurang nasib baik tu.. jangan la pulak pi alter sampai jadi macam kening pelakon opera cina tu. Everything happen with a reason. Nevertheless.. Allah dah jadikan umatnya cantik dengan cara masing-masing yang tersendiri. Terima hakikat.. and redha la.

Aci tak??

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo”
(HR : Bukhari dan Muslim)

Note : Tatoo di sini juga merangkumi "inai" yang dilukiskan di luar dari kawasan yang sepatutnya. Contoh seperti yang banyak dilukis di tangan pengantin perempuan hari ini.

Setakat nak memperbaiki atau menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan mata seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam.. itu adalah dibenarkan sama ada bagi wanita yang bersuami atau tidak.

Ini mengambil kira satu riwayat dari Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Bakar Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasullullah s.a.w. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a. mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya dengan tujuan menambat hati suaminya. Aisyah r.a. menjawab : "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."

So.. pada yang masih kurang faham tu..

1- Nak repair tu boleh as long as jangan sampai hilang rupa yang asal or mengubah terus kejadian Allah. Contoh macam bulu kening yang bercantum kat tengah tu. (Contoh sahaja ya).

2- Nak cabut bulu kening suka suki memang diharamkan.

As simple as that. Period. End of discussion.

Dah terang.. dah jelas.. so lepas ni pandai-pandailah bawak diri ya.

P/s;
Ada rezeki kita share pasal "the buluss" yang lain-lain pulak ya.
Insya'Allah.


4 comments:

  1. 15years back masa nak mekap tuk sanding satu2 nya syarat yg hubby ltk jngn cukur@cabut kening saya.

    ReplyDelete
  2. apa boleh buat ibu sham..ramai yg tahu tapi 'buat' jugak huhuh

    ReplyDelete
  3. Tifa,
    K.Sham dulu mak andam cabut jugak.. sampai ari ni bulu kening tu merajuk takmo tumbuh semula.


    JM,
    Pandai2 la bawak diri lepas ni kan.

    ReplyDelete
  4. saya ada baca soal jawab agama kat paper yg dikendalikan seorg ustazah yg pernah jadi menteri . katanya , mencabut bulu kening bertujuan utk merapikan itu dibenarkan tetapi kalau cukur dgn tujuan utk lukis semula tu haram sbb dah ubah kejadian asal ... bagi saya , klu x nak berdosa , jgn buatlah ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...