Tetiba pagi ni rasa nak mengumpat.. actually dari semalam lagi ni..
Kisah nyer..
Pi jemput anak balik sekolah. Kereta parking bersimpang-siur. Suma skima.. aku sampai dulu.. so suka ati aku la. Tak terlepas jugak yang nak jemput anak dengan motor. Memang.. so the tuttttttt..
Tapi yang paling buat Ibu rasa nak mencarut ni.. ada pulak sorang Hamba Allah ni.. datang jemput anak hanya setakat dengan pakai 'singlet'. Yang tali dua tu la.. sampai menampakkan bulu ketiak pulak tu. Muka dah kategori 'ok.. can do' dah.. tapi bab singlet tu. Tau la suma panas berdenting ni bang.. tapi sekejap jer pun. Balik umah ko nak macam mana pun.. ko nyer pasal la.
Kita nak mengadap anak-anak orang.. bini-bini orang.. cikgu-cikgi.. kut pun tak segan dengan diri sendiri.. segan la dengan anak-anak kita tu.
Kita dok pasak ke anak-anak pakai elok-elok.. pakai sopan-sopan.. tutup aurat (bukan urat ya) etc.. but diri sendiri..
Then dengan selamber pulak hisap rokok.. correct me if I'm wrong. Kawasan sekolah kan kawasan larangan merokok or is it the moment you pass the 'pagar' sekolah.. ko dah boleh buat suka ati jer. Serious.. kalau Ibu silap.. harap perbetulkan.
So.. pengajaran hari ni.. be presentable.. not just bersih.. adab pun kena ada. Islam tak ajar kita be selfish. Trust me.. Ibu rasa selain dari Ibu.. sure ada orang lain yang rasa kurang selesa dengan Hamba Allah tu semalam.
Serious nyer pedas ni peeps..
Assalamualaikum..