Beautiful Friends

Sunday, October 12, 2014

Miang satu badan..

Memang miang satu badan Achik nengok eh..

Lokasi kejadian..
KFC Giant Senawang..
Me and Manja pi sarapan kat sana..

Sekali..
Mata dah terpaku.. mata dah melekat..

Budak-budak sekolah..
Tak besar mana pun.. ada la kut dalam sebaya Bujang Sulong..

Makan tak seberapa tapi..
Subhanallah..
Tak tahu la apa motip sebenar dia orang dok dalam restoran tu..

Konon-konon tengah minum sambil yang si lelaki tangan sebelah atas bahu si pompuan.. si pompuan tangan sebelah atas peha si lelaki..

Sambil share tengok apa ntah kat gadget.. share tengok and share earphone jugak..

Melihat pada kondisi.. ada jugak yang dah ber#*^ ni.. (perkataan seterusnya tidak manis untuk dipaparkan di sini)..

Ada 2 couples..

Adeihhh.. astagfirullah..
Tetiba hati sudah jadi panas..
Serious punya panas..

Kita yang dah taraf MAK orang ni terus jadi sentap..

Ibu : Assalamualaikum.. Achik nak tanyo.. ni yang duduk dokek-dokek.. bepoluk-poluk ni.. dah kawin ko??
Budak-budak : Minta maaf la Achik (sambil sengeh-sengeh macam takda perasaan malu or bersalah)..
Action taken : 4 orang budak sekolah tu terus blah..

Memang terus menggigil kejap badan time tu..
Heart beat terus jadi laju.. laju macam masa Ibu kena hyper thyroid dulu..

Anak dara sapa.. anak bujang sapa.. Ibu mintak maaf.. Bukan niat Ibu nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi.. Ibu rasa sebagai orang TUA.. Ibu wajar bagi teguran..



P/s;
Ini ke erti sebenar KEMAJUAN??

Saturday, October 11, 2014

Gendang gendut tali kecapi..

Ya ampunnnnn..
Tau.. masih ingat lagi..

Ibu dah janji takmo post gambar makanan while I'm back in Tanah Malaya (this time around la).. itu pun sebab Bujang Sulong is not here to enjoy the same food luxury as I'm having now.

Tapi tu la..
Gatal jugak tangan..
Tak boleh tahan.. nak share jugak.

The one thing that I and my SIL share.. kami enjoy makan-makan. Ya'ni kami tak kisah kalau pi terjah masuk restoran yang tak pernah ada food review pun. As long as.. sedap mata memandang.. ya'ni BERSIH.. insya'Allah..

Then the other "peil" yang biasa kami buat.. kami jarang settled with one dish. Hatta.. lepas 1.. 1 dish kami akan try. Oleh yang demikian.. biasanya kami akan prepare "perut kosong" before nak pi bertarung dengan menu yang pelbagai..

Ramai kata tak padan ngan badan.. tapi percaya laaaa.. you'll be surprised with the food I can consumed at one time.

Tapi lepas tu.. tersandar sampai ke malam la.

And hari ni.. meh Ibu nak share..

Bagi penduduk kawasan Mah Fah, Seremban.. mungkin dah biasa. And actually dulu Ibu biasa singgah sini sebab nak beli donut.. macam-macam donut ada babe.

And hari ni..
Since business dah semakin maju.. dia orang dah extend pulak buat restoran kat area atas. Very the "super cool" babe. Very back to nature.. surrounded by pokok-pokok (sejukkkk jer makan kat situ) and makanan pun.. alhamdulillah.. secukup rasa.

Ibu tak sempat nak snap nasi lemak rendang ayam.. nasi lemak ayam goreng.. or bubur ayam.. cuma sempat snap pic mihun soto jer (semua set breakfast) Segan jugak sebenarnya. Very the typical Malaysian.. asal nak makan.. mesti nak ambik gambar..

Tapi dah Ibu pun orang Malaysia.. so.. bertabah laa.. tak suka.. what can I say..

Meh Ibu belanja photo grid.. ambiance and the mihun soto..

Cerita pagi semalam..

Mihun soto je babe.. tapi dah tekak Melayu.. macam tak kenyang la pagi-pagi ni layan fish and chips.. and yang sewaktu dengannya..

P/s;
Kut ada yang tersentap..
Mintak maap la yo.. Acik oghang kampung.. tau makan tu jo..

Friday, October 10, 2014

10 sifat mazmumah

Assamualaikum all,
Salam hari Jumaat.. penghulu segala hari.

Tak ada apa nak share hari ni. So apa kata kita fahamkan makna 10 perkataan yang di bawah ini.

Apakah dia 10 sifat mazmumah itu?

1. Riak.
Bermaksud mengkhabarkan amalan baiknya kepada seseorang samada secara berkias ataupun berterus terang.

2. Ujub.
Bermaksud hairan diri atau bangga diri. Orang yang bersifat ujub ini adalah timbul dalam hatinya sangkaan bahawa dia sempurna dari orang lain.

3. Sumaah.
Bermaksud mengharapkan puji-pujian dari orang ramai terhadap amal baik yang dilakukannya.

4. Kasihkan dunia.
Cinta kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai daripada mengasihi Allah dan Rasul-Nya.

5. Bakhil.
Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.

6. Buruk sangka.
Perasaan buruk sangka yang timbul terhadap orang yang ikhlas melakukan kebaikan.

7. Takbur.
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. Merasakan dirinya lebih mulia dari orang lain dan memandang hina ke atas mereka.

8. Hasad.
Bermaksud perasaan iri hati terhadap seseorang yang dikurniakan nikmat atau kelebihan oleh Allah ke atas mereka. Dia berharap Allah menarik balik nikmat tersebut dan memberikan kepadanya sahaja.

9. Dengki.
Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyamainya atau lebih darinya.

10. Panjang angan-angan.
Sifat ini menunjukkan kekerdilan manusia, kemahuannya lebih tinggi, tidak sesuai dengan kemampuannya yang sebenar.

Nampak ringan tapi ia sangat dibenci oleh Allh swt.

Semoga dengan pemahaman perkataan-perkataan tersebut, kita akan berusaha untuk menjauhinya. Insya'Allah.

COPY PASTE.


Thursday, October 9, 2014

Cerita pendek hari Khamis..

Tu ari ada la suku-sakat bertanya..

"Long.. ko ni kan.. sombong la kat blog. Jarang sangat nak tinggal jejak.."

Meh.. Ibu nak jawab..
&& jawapan ni Ibu kira pukul rata untuk semua kawan-kawan alam maya..

Bukan Ibu sombong..
Memang tak tipu la. Rajin jugak sebenarnya bertandang ke rumah kawan-kawan. Cuma yang jarang nak tinggal jejak tu sebab.. kebetulan and banyak masa.. semua benda yang Ibu nak tanya.. semua yang Ibu nak kata.. orang lain dah tanyakan dulu.. kata dulu.

So.. nak ulang benda yang sama.. errrr...

Dah jadi macam tu.. harap tak ada lagi la dakwa-dakwi or buruk sangka.. still.. terpulang la kan..

Ok.. Itu jer kisahnya..

Budak Manja dah boleh teman Ibu pi pasar..

Daa..

Wednesday, October 8, 2014

Kecintaan ku.. kecintaan kami..

Benda wajib..
Balik sini mesti kena cari bahan bacaan untuk anak-anak..

Sana pun banyak.. macam-macam ada.. tapi ni in Bahasa Malaysia.. ke Bahasa Melayu??

Port wajib.. MPH..
Sana senang.. suma ada..
Buku anak ada.. buku Ibu ada.. buku Cik Asben pun ada..

Memang ni la keja kita orang..
Balik sini beli buku.. angkut ke sana.. Following years.. angkut bawak balik sini semula.. Nak sedekah.. sayang la pulak..

Ni nak tayang-tayang yang ringan-ringan dulu.. Bekal untuk anak-anak..


Rasanya tak melampau sangat kalau seawal umur 6 tahun.. si Cinonet tu dikenalkan dengan bahan bacaan yang sebegini..

Haazem.. taste macam Amsyar jugak..
Mencari stok anime.. katun rambut tegak-tegak tu.. Buku-buku macam tu.. lagi la takda harapan dia orang nak sedekah ke library embassy. Sayang katanya..

Ibu pulak.. Impiana and Anjung Seri pun angkut jugak. Bosan-bosan.. selak gambar pun cukup la..

Novel..
Yang ni memang Ibu tak pernah beli kat sini. Biasanya Ibu akan beli yang hat secondhand kat sana. Lagi murah.. then.. bila dah khatam.. angkut balik sini semula.

Memang most of the bookstore ada buy back policy.. tapi as I said.. SAYANG..
 
Korang.. macam mana?
 
 

Friday, October 3, 2014

Ibu tak ajar.. dia yang kata..

Diberi peringatan..
Pada yang dah nak muntah pelangi baca cerita pasal "Haazem sakit" ni, elok la stop terus pembacaan. Memang buat sementara waktu ni.. Ibu memang tak ada modal lain selain dari cerita "Haazem sakit".

Okey??

Don't know bout others.. but..
Terapi minda jugak sebenarnya sangat penting. Communication between si pesakit dan para doktor jugak sebenarnya membantu semasa the healing process. Especially when you're dealing with kids..

Bak kata Haazem semasa ditanya..
Kenapa balik sini berubat.. sana tak ada doktor ke?
Jawab Haazem..
"Doktor kat sana bukan tak pandai.. cuma.. dia orang tu MALAS !!!"

Kut la ada doktor Pak and Minah Arab yang baca statement ni (and kalau dia faham la..) sure sentap.

But..
Itu cerita jujur dari anak Ibu.
- Dia yang sakit..
- Dia yang kena mengadap doktor kat sana..
- Dia yang kena tanya macam-macam.. 
- Dia yang kena tengking kena marah sebab menangis tahan sakit..
- Dia yang kena cucuk sana.. cucuk sini.. (sampai hari ni bengkak pun tak hilang lagi)

Itu belum lagi ayat skima pressure..
Contoh ayat..
- What are you not telling me?
- There is something you're not telling me?
- What are you hiding from me?
- Are you sure you're telling me the whole story?
(sila baca dengan penuh ekspresi muka.. ya'ni kening berkerut sampai nak bertaup.. lebih dramatik kalau boleh angkat kening sebelah terjungkit)

Ehh.. dah ko yang jadi doktor.. ko investigate la..

Tapi bila ditanya tentang doktor di sini..
- Doktor kat sini kelakar..
- Doktor kat sini baik-baik..
- Doktor kat sini takda yang jerit-jerit marah Haazem..
- Doktor kat sini kalau garang pun tapi still senyum.. (firm la tu)

And tang the nurses pulak..
- Kakak kat sini senyummmmmm jer..
- Kakak kat sini semua baik-baik..
- Kakak kat sini kalau mintak tolong.. takda komplen..
- Kakak kat sini cakap perlahan (sopan) jer..
- Kakak kat sini kalau cucuk se-lowwww jer..

What can I say.. budak-budak ni ikhlas..

Tapi yang paling best..

HAAZEM PALING SUKA HOSPITAL KAT SINI SEBAB BOLEH CAKAP MELAYU..

Semoga jati diri anak Ibu tidak akan luntur walaupun di kelilingi oleh Pak Sheikh.. Minah Arab.. and segala bangsa jenis manusia di dunia ni..

Meh..
Ibu nak belanja sekeping gambar separa horror.. so diberi peringatan.. mana-mana yang lemah semangat tu.. baik jangan tengok la..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Thursday, October 2, 2014

Malaysia.. tetap di hati ini..

Assalamualaikum all,

Hari ni dah boleh senyum sikit. Senyum sebab tengok Manja Ibu dah boleh gerak sana-sini laju sikit guna tongkat. Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Cuma tunggu lusa nak pi bukak stapler je lagi ni. Other than that.. so far so good.

Adat la bila dah luka.. Allah dah jadikan elok-elok melekat.. ni kita pi pulak kerat-kerat. Bayangkan 1mm urat tu kalau nak tunggu bergabung semula mau makan masa 1 hari. Ni kalau dah main "setengah meter". Sambung saja ayat dalam hati.

** Itu belum lagi nak fully recover macam biasa.. melompat.. berlari.. sepak terajang.. dll..

Tambah pulak bila membela pesakit tahap kanak-kanak.. huk hek huk hek.. redha je la kan.

Bab tidur..
Sementara dah naik pangkat jadi nurse tak bertauliah ni.. and since Ibu bertugas tak ada shif.. hatta siang malam rotation on "solo" saja.. bantal bawah mata and celak ala-ala panda bear tu.. months to come.. kita claim je la dengan Cik Asben pi manjakan diri kat mana-mana spa yang bersepah kat Kuwait tu. Itu pun kalau Ibu redha dengan "Kuwait Dinar" yang sanggup dihanguskan demi tujuan tersebut.

Alaaa.. gradually.. okey la nanti tu.

Tapi sementara Ibu di Tanah Malaya ni walaupun dengan maksud "nak berubat" and bukan balik cuti.. tapi still BALIK MALAYSIA BABE !!! and semua yang kat sini.. semua BEST..

And at the same time.. hati ni sayu jugak bila mengenangkan Bujang Sulong yang ditinggalkan di sana. Tiap hari bila ber-wassup tu.. sayu bila membaca wassup berkisah makan roti canai kat kedai Tasty, layan ikan bakar kat Souk Mubarakiya, makan tom yam kat Oriental Cuisine etc.

Kut biasanya "macam best" tapi bila setakat si Ayah and si Bujang Sulong makan berdua.. mana nak rasa feel. Tambah pulak si Ayah yang jenis tak kaki sembang.. ishhhh.. derita babe !!!

And Ibu di sini pun.. tak sampai hati nak tayang-tayang hat yang "makan-makan" tu ke Bujang Sulong. Sayu weiiii.. As I said.. tho' kami balik mengejut atas alasan "Haazem sakit".. still.. WE'RE IN MALAYSIA !!!

Tak banyak sikit.. dengan nada riak (sungguh tak baik tau) I'm back in Malaysia.. balik kampung.. nampak tol.. nampak stesyen Petronas (sampai ari ni payung free tak dapat jugak).. nampak kedai tom yam.. nampak kedai jual goreng pisang.. nampak mesin gelek orang jual air tebu.. nampak Giant.. nampak restoran Mc D lengang (ada la sorang dua makhluk Allah makan kat dalam tu).. nampak KFC.. and sementara ABC ni time maghrib tu boleh la layan slot cerita "maafkan ku kerana tak sempurna" (hantam je tu)..

Begitulah nikmatnya bila dapat balik kampung..

Mungkin ada yang bertanya or berkata.. "dah tu kut BEST sangat dok sini.. balik je la keja sini"..

Apakan daya babe.. rezeki kami masih di sana. Komitmen yang bagaikan sain kontrak sampai mati.. banyak lagi ni.. jadi redha je la..

Insya'Allah.. sampai masa.. kami akan balik pencen tanam sawi and layan ayam itik di kampung.. petik kacang botor tepi pagar.. petik kangkung atas batas.. aduhaiiii.. nikmatnya.. and harapnya doa kami ni Allah makbulkan.. Insya'Allah wa bi'iznillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...