Beautiful Friends

Wednesday, December 12, 2012

MAKANAN YANG MENJADI KEGEMARAN RASULULAH SAW

Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup.

Buah Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

Buah Anggur
Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Buah Tembikai (Segala Jenis)
Nabi berkata wanita mengandung yang memakan buah tembikai tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata serta membuang kelupaan.

Cendawan
Baik untuk mata dan perancang keluarga.

Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

Buah Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

~Wallahullam

18 comments:

  1. hurrmm kena restock laa kismis n kurma..madu mmg sentiasa ada..madu asli laa bukan madu kaki 2 hahaa

    ReplyDelete
  2. buah tin tu kalau jemaah haji bawa balik buah tangan... penah la rasa.. suka biji2 kat dalam dia..

    ReplyDelete
  3. Qies,
    Madu yg "kaki 2" tu mmg xyah restock.
    Tp sesapa yg sanggup restock dpt payung EMAS tau..

    Nani,
    K.Sham x brapa suka sgt buah tin.. psl "biji" tu la..
    Ye la, selera masing2 kan.

    ReplyDelete
  4. buah tin tu kurang sikit sama mcm kaksham sebab biji dia. yg fresh belum pernah rasa lagi. sama gak ke?

    ReplyDelete
  5. Entahlah Mala, setakat ni tak jumpa lagi yg hat segar.
    Maybe lagi sedap la kut.. ntah laa..

    ReplyDelete
  6. Yang sentiasa ada stock kat rumah saya ni adalah madu dan kurma. Dua2 tu adalah kegemaran saya.

    ReplyDelete
  7. KA,

    Nak tau tak?

    2 biji kurma setiap pagi baik utk disiplin diet yg paling berkesan.

    Dan..

    1 sudu madu setiap hari baik utk kesihatan kaum ADAM.

    ReplyDelete
  8. suka la blog akak ni, banyak info menarik...

    ReplyDelete
  9. err kak, boleh ker anis nak share kat blog anis? nanti anis letak sekali link ke blog akak...boleh?

    ReplyDelete
  10. Kak Sham,
    Kat sini tin fresh banyak, kalau kak sham dah pernah mkn fresh confirm sukes punya.
    Yong pulak buah tamar dulu x boleh nak masuk tekak sgt, dari dulu kalau org sibuk buka cari tamar yong pulak ada ke tak de its ok. Terukla tekak yong nie kan? Sampaila yong dpt duduk pdg pasir ni barulah tahu nikmat tamar kat tekak!! Sodap! Esp yg fresh sojuk2..

    ReplyDelete
  11. Dik a.k.a Anis a.k.a CeqGu..
    Layan jer..
    Tak letak link asal pun tak kisah..
    F.O.C..

    Yong,
    Yg fresh & sejuk tu mmg best.
    Kruk krak kruk krak.
    Tau2 dah sekilo abis.
    Akak pun dok sini baru pandai layan tamar, dulu nak abis sebiji masa bukak posa pun liat..

    ReplyDelete
  12. Info yang best.. mana nak cari buah tin tu ek kaksham? kt sana ada tak?

    kak..nak kirim minyak zaitun ngn habatussauda bleh tak? :D

    ReplyDelete
  13. Lyza,

    Buah tin tu biasa kalau kiosk yg jual brg2 dr Tanah Arab sure ada.
    Biasa kalau kedai yg jual kurma ke, manisan arab ke.. try la tanya.

    Yg tu.. insya'Allah.
    Tunggu akak balik dulu la ya sayang.
    Segan nak kirim post kat org.

    ReplyDelete
  14. ooo pregnant woman elok makan tembikai?
    dulu mak kita kata kalau makan tembikai nnti baby kepala besar susah nak keluar... hahaah..
    anyhow, kita dh stop tambah baby laa.

    ReplyDelete
  15. Sham pun baru ni jer tahu.
    Selama ni mana org tua bg mkn tembikai.. sejukkkkk..

    ReplyDelete
  16. Salam Ibu Sham...
    kiter terjah blog Ibu Sham dari blog Cik Yong.....

    Baru saya tau yg Nabi berkata wanita mengandung yang memakan buah tembikai tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya...

    Masa pregnant aritu mmg buah ni yang saya paling sukaaa sangat makan...dari buah smpkan ke jusnya, almost everyday saya makan...masa tu saya tak tau pun tembikai merupakan salah satu buah favorite Rasulullah...

    And alhamdulillah, mmg saya lahirkan baby yang sangat comel dan so behave..cuma kengkadang tu mmg sker ghiau buat perangai...hehe..but, i really thank God for giving me this perfect little angel from heaven...

    ReplyDelete
  17. W'salam Mama Mikhayl,
    Alhamdulillah.. harap2 you're lil-precious will outshine from the others. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  18. Good info..saya minta share kat blog saya ye.. www.dzurliza-cantikcantik.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...