Beautiful Friends

Thursday, June 13, 2013

Practice make perfect..

Practice make perfect..
Betul ke macam tu??

Tapi kalau dah berkali-kali cuba still tak jadi jugak.. ada masa kita kena angkat bendera putih jugak. Ada la sebab kita tak boleh sukses tu.

Tapi jangan pulak ambik jalan mudah.. langsung tak mahu mencuba. Mungkin jugak yang kat "satu" tu tak berhasil.. cuba pulak hat yang lain.

Insya'Allah minggu depan Ibu dah mula dengan tugas baru. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Ibu nanti ya..

So dengan sebab itu, hari ni Ibu brush-up semula skill lama. Apa lagi kalau bukan skill membungkus nasi lemak. Cuma kali ni bukan nasi lemak tapi mihun goreng. Agenda asal nak menghabiskan stok daun pisang. Yang tinggal pun, cukup-cukup laa untuk Cik Asben buat bungkus ikan bakar. Itu pun kalau dia "rajin".


Ini sebenarnya bekal kami untuk pergi berjuang malam ini. Tak laa jauh mana, cuma setakat kat Kedutaan Besar saja. Kami sekeluarga and few others janji nak main badminton malam ni.





Ibu tak main laa kali ni. Setakat nak menemankan anak-anak and Cik Asben saja. Nak dok umah sensorang.. macam tak best pulak.




Dan walaupun tak ramai mana yang join kali ni tapi alhamdulillah..


REZEKI...

Wednesday, June 12, 2013

Tuesday, June 11, 2013

Lagi cerita ~ PANCUNG

Saudi beheads Syrian for drug smuggling ..
Saudi authorities beheaded a Syrian man on Tuesday convicted of trying to smuggle narcotics into the kingdom, the interior ministry said. Hussam Al Rjoob had attempted to “smuggle a large amount of narcotic tablets” the ministry said in a statement. His execution in the northern province of Jawf brings to 51 the number of people executed in Saudi Arabia this year.

 Berita ni Ibu direct copy paste dari wall Ayman Mat di FB.

Kalaulah di Malaysia buat macam ni, Ibu yakin peratusan kes dadah akan menurun dengan mendadak.

Tak ada lagi dah orang berani or suka-suki jual dadah sana sini. Tapiiii.. mampu ke kita buat macam ni??

Macam bagus jer..


Memang itu the common fitrah manusia. Selalu hat yang baik tenggelam dek yang "kurang baik". But yet, who are we to judge people. Sedangkan diri sendiri pun belum tentu betul.. inikan pulak nak menghukum sesama manusia.

So, jangan buang masa mencari kesalahan orang lain atau bz bz bee kepoci pasal salah, aib atau kekurangan orang lain. Cermin diri.. tengok apa yangg kurang. Betulkan mana-mana yang patut. Itu lebih afdhal

AMARAN KERAS ;
Jangan pulak ada yang sentap.
Ini "peringatan" untuk diri sendiri.

Sementara tu, malam tadi kami jamu tekak dengan masakan lobo-lobo. Or.. masak campak-campak. Kalau yang asal dari N9 sure faham istilah "lobo-lobo" tu.

Sesekali masak ringkas yang macam ni ie. tanpa yang bersantan or pedas.. okey jugak. Tapi kalau selalu.. rasanya memang ada la yang menegur nanti. Dah biasa gigit cili, kalau kurang.. faham-faham la sendiri.


Budu + tempoyak..


Tapi disebabkan ada budu + tempoyak tu.. maka dengan rasa kurang bersalah Ibu terpaksa makan dengan nasi bertambah-tambah. Its still okey.. nanti bulan puasa kita try cover semula. Kalau boleh laa..

Monday, June 10, 2013

Marathon tutup kedai..

Take 5 kejap..
Macam-macam yang nak kena buat minggu ni. Antaranya, scan stok dalam fridge.. scan baju-baju lama.. buat stok cili boh.. and issshhh.. banyak lagi laa..

Dah tu, semua kotak-kotak yang selama ni dok bawak katil.. semua dah keluar balik. Kami ni jenis yang suka guna kotak jer bila balik kampung. Cuma benda-benda penting and baju pakai yang dok dalam beg. Kotak-kotak tu pulak, semua angkut dari Tanah Malaya masa mai sini last year.

Kata tak banyak.. tapi macam banyak jugak..

So sampai sana nanti, lepas punggah barang.. boleh la lupus terus. Then bila nak mai sini, beli jer la kotak baru pulak. Senang jer nak dapat stok. Ada customer Omak tu bukak kedai borong jual segala jenis coklat and jajan. Makanya.. pilih jer saiz mana yang berkenan.

Pijar tangan dah ni..

Tambah kami balik ni pun bukan banyak bawak barang pun. Sekadar bawak buah tangan untuk Omak Ayah and mertua sahaja. Tapi kalau nak mai sini, segala jenis barang kami nak angkut. Dari stok ikan bilis, sardin, meggi sampailah ke stok bunga kantan, daun kunyit and pucuk ubi.

Entahlah.. orang lain mungkin lain caranya. Tapi kalau kami.. memang begitulah routine nyer setiap tahun.


Sementara tu, makan tetap kena makan. And since stok tauhu pok and segala jenis fish ball, sotong ball masih banyak.. Ibu buat mi kari saja untuk lunch hari ni. Untuk dinner.. nanti-nanti laa kita fikir kemudian.

Kuwait ~ today..

Menakutkan..
Jangan silap sikit jer. Tak pasal-pasal nanti.. takut ada yang dah sampai ke Tanah Malaya ~ FOR FREE.

Dalam satu kes.. khabarnya.. ada seorang anak Asian ni.. buang sampah. Terkantoi dengan sorang Pak Polisi. Terus kena tahan.. later.. satu family kena post balik kampung. Tho' yang salah tetap salah.. tapi banyak lagi cerita ceriti yang masuk dalam kategori "tidak adil".

More stories.. boleh sahaja baca di sini

Memang tidak dinafikan, menumpang di negara orang, maka Tuan Rumah berhak berbuat apa sahaja. Tapi.. tak boleh nak komen lebih.. its their country.

Sekarang ni, setiap masa ada sahaja berita tentang "raids" dan tangkapan yang didengar. Semua ini disebabkan tindakan kerajaan Kuwait hendak menurunkan jumlah expats. Bukan sedikit tapi..

So, jagalah adab dan sopan serta perilaku. Jangan disangka as Malaysian, kita terlepas dari tindakan undang-undang. Yang salah tetap salah.

Semoga Allah merahmati serta menjaga kita semua. Insya'Allah.

Jom kita share sedikit tentang cerita Pak Polisi di sini..







Ini semua pemandangan biasa di sini ketika ini.



Penjualan samsu haram dan arak.


Pil terlarang.


Dadah.


Mengoperasi kemudahan kedai talifon antarabangsa secara haram.

Sunday, June 9, 2013

Terima kasih ustaz..

Alhamdulillah, selesai dan sampai sudah hajat Si Cinonet dan Haazem. Dua orang ustaz budak-budak ni dah nak balik Tanah Malaya for good. Tamat sudah tempoh pengajian mereka di sini. Kelak masing-masing akan menyambung pengajian di Tanah Seberang pulak. Semoga Allah memperkenan hajat dan doa mereka.

Dah jadi macam tu, anak-anak mintak Ibu jemputkan dua orang ustaz tu ke rumah untuk sesi sembang-sembang sambil makan-makan. Mujur jugak semua ustaz tu tak ada program lain, otherwise.. payah gak Ibu memikir nak slot-in ke hari lain sebab dia orang masih ada kelas di sini.



Muka orang yang teruja nak jumpa ustaz. Dengan kopiah and jubah. Beriya kunun nak ambik gambar dengan ustaz. At last.. "Arif malu laa..".


Arif tengah tunjuk skill. Baca doa makan jer. At least dia berani la jugak baca in public. Tu hari masa kat majlis penutup KAFA dia baca doa selepas makan. Kira balance la kan kan.


Sudi-sudi kan la yaa.
Yang terkurang.. terlebih.. harap maklum saja la ya.


Ini memang kes biasa. Kut tak gadget Uncle Bob.. reta Uncle Yus yang jadi mangsa. Memang selamber jer budak kecik sorang ni. Mujur la uncle yang berdua tu suka melayan.



 


Nak tayang-tayang menu kami malam tadi. Lauk ulang tayang yang entah ke berapa kali. As well as, Ibu dah nak tutup kedai hujung minggu depan. So mana-mana yang patut "disegerakan".. kita percepatkan.

Maklum saja bila Cik Asben saja yang tinggal di rumah, so menu wise pun jadi makin simple. Faham-faham sahajalah.. orang separa bujang.

P/s;
Next plan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...